PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN AM, PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT, MEMBERSIH KAWASAN DAN PENJAGAAN SENI TAMAN, BAGI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH SEPANG
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Tender Admin |
E-mel | tenderadmin@selangor.gov.my |
No. Tel | 0355447557 |
Jabatan | Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat SUK Selangor |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Pejabat Daerah Sepang |
---|---|
No. Sebut Harga | PDS/SH(BKP)05/2014 |
Tarikh Iklan | 5 Nov 2014 - 14 Nov 2014 |
Tarikh Jual | 5 Nov 2014 - 14 Nov 2014 |
Tarikh Tutup | 14 Nov 2014 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah / Tanah Sepang, Bangunan Tun Aziz, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor |
Tarikh & Masa Taklimat | 4 Nov 2014 10:30 |
Alamat Taklimat |
BILIK SEMINAR, BLOK A, PEJABAT DAERAH/TANAH Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Harga Dokumen | RM 10.00 |
Syarat Sebut Harga
SYARAT-SYARAT AM Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga. 1. KEADAAN BARANG Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan. 2. HARGA Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan. 3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item. 4. BARANG SETARA Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi. 5. PENYETUJUAN (i) Kerajaan tidak terikat untuk menyetujuterima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebutharga; dan (ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan. 6. PEMERIKSAAN (i) Kerajaan adalah sentiasa berhak melantik seorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan (ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki. 7. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawaian (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini. 8. PENOLAKAN (i) Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui sebutharganya boleh ditolak; (ii) Apabila diminta penyebutharga hendaklah menyebabkan barang-barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu; dan (iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan gantirugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak. 9. PENGIKLANAN Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu. 10. TAFSIRAN Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya. 11. INSURAN Tiada apa-apa insurans atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga. BARANG-BARANG EK-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA 12. CUKAI Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan. 13. PEMBUNGKUSAN (i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan (ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual. 14. PENGENALAN Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang-barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan. BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA 15. CUKAI Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan. 16. MATA WANG Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM). 17. PEMBUNGKUSAN (i) Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak dibungkus; (ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan (iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah digantikan oleh penyebutharga. PEMBERIAN TIDAK JUJUR DAN PEMBAYARAN KOMISYEN 18. Pihak Kontraktor adalah dilarang daripada membuat tawaran, memberi atau bersetuju untuk memberi mana-mana pegawai Kerajaan apa-apa pemberian, dalam apa-apa bentuk balasan atau hadiah sebagai dorongan untuk atau kerana melakukan atau bersetuju melakukan apa-apa perbuatan yang berkaitan dengan perolehan ini. Semua penyebutharga yang menyertai tawaran sebutharga ini diminta mengisi dan menandatangani surat akaun pembida seperti di Lampiran D (Bahagian I). 19. Jika didapati berlakunya pelanggaran syarat ini oleh pihak Kontraktor, ejen atau pekerja-pekerjanya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor) yang menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Pencegah Rasuah 1961, maka Kerajaan hendaklah mempunyai hak untuk menamatkan perolehan ini dan berhak mendapatkan apa-apa gantirugi daripada Kontraktor yang timbul akibat penamatan perolehan ini. 20. Pihak Kontraktor perlu mengambil perhatian serius tentang surat peringatan dari Perbendaharaan Malaysia bil. S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld.26 SK.5 (1) bertarikh 28 Januari 2009 berkaitan Kesalahan Dalam Dokumen Perolehan Kerajaan yang menyatakan seperti berikut:- (i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. (ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. (iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. (iv) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. ARAHAN DAN MAKLUMAN KEPADA PENYEBUT HARGA 1. PERIHAL SEBUT HARGA Sebut harga ini bertujuan untuk mendapatkan Perkhidmatan penyelenggaraan am, pembersihan bangunan dan pejabat, membersih kawasan dan penjagaan seni taman bagi Kompleks Pejabat Daerah / Tanah Sepang 2. SKOP TUGAS Penyebut harga yang berjaya akan bertanggungjawab untuk: a. Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan am dan civil b. Menyediakan perkhidmatan mencuci, membersih dan penjagaan senitaman. c. Menyediakan kakitangan yang berkemahiran dan peralatan yang mencukupi untuk melaksanakan tugas berkenaan. 3. DOKUMEN SEBUT HARGA 3.1 Sebut harga hendaklah dibuat di atas borang-borang yang telah disediakan dan selepas ini dipanggil dokumen sebut harga. 3.2 Dokumen ini dibahagikan kepada lima (5) komponen yang terkandung dalam satu jilid seperti berikut: a. Lampiran Q Dan Syarat-syarat Am b. Lampiran A : Arahan Dan Makluman Kepada Penyebut Harga c. Lampiran B : Maklumat Am Pejabat Daerah /Tanah Sepang d. Lampiran C : Spesifikasi Perkhidmatan dan Butir-butir kerja– Bahagian A hingga G e. Lampiran D : Borang-borang Yang Perlu Diisi - Bahagian A hingga H (Borang-borang ini perlu ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa dan dicop dengan cop syarikat) 4. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA 4.1 Penender hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat dalam dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang sebut harga. 4.2 Borang-borang di Lampiran D hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruangan yang disediakan. Borang-borang tersebut hendaklah ditaip atau yang ditulis dengan tangan mestilah terang dan boleh dibaca dengan jelas. 5. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA 5.1 Tawaran sebut harga manual mestilah dimasukkan dalam Peti Sebut Harga Pejabat Daerah Tanah Sepang di dalam sampul berlakri dan bertanda “Perkhidmatan penyelenggaraan alat hawa dingin, perkakas/sistem elektrik, pembersihan bangunan dan pejabat, membersih kawasan dan penjagaan seni taman bagi Kompleks Pejabat Daerah / Tanah Sepang†No. Sebutharga: “PDS/SH(BKP)/05/2014†yang dialamatkan kepada: Pegawai Daerah Pejabat Daerah / Tanah Sepang, Bangunan Tun Aziz, Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor 5.2 Tarikh tutup sebut harga ialah pada 14 November 2014 (Jumaat) jam 12.00 tengahari. Tawaran sebut harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan. 5.3 Pejabat Daerah / Tanah Sepang tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan dokumen-dokumen sebut harga yang dihantar kerana hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran. 5.4 Penyebut harga adalah menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan sebut harga yang disertainya. 5.5 Dokumen yang dikemukakan perlu disediakan di dalam dua set dan dimasukkan ke dalam dua sampul surat yang berasingan dan berlakri. Kedua-dua sampul surat tersebut kemudiannya hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri serta dimasukkan ke dalam peti sebut harga sebelum tarikh tutup, dan dilabelkan dengan nombor sebut harga dua set dokumen tersebut ialah : a. Dokumen Sokongan Teknikal: • Lampiran D : Bahagian A – Latar Belakang Syarikat beserta semua dokumen pembuktian yang diperlukan • Lampiran D : Bahagian B – Borang Akuan Sebut Harga • Lampiran D : Bahagian C – Jadual Harga Perkhidmatan • Lampiran D : Bahagian D, E, F, G, H dan I – Senarai Pekerja & Kelengkapan • Lampiran D : Bahagian J – Pengalaman Kerja • Profail Syarikat b. Dokumen Sokongan Harga: • Lampiran Q • Lampiran A dan B • Lampiran C: Bahagian A, B, C, D, E, F dan G • Lampiran D : Bahagian C – Jadual Harga Perkhidmatan 6. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUT HARGA 6.1 Syarikat yang hendak menyertai sebut harga ini hendaklah terdiri daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang: • 221001 – Pembersihan Bangunan Dan Pejabat • 221002 – Membersih Kawasan Salinan surat pendaftaran kontraktor hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah ataupun hampir tamat, penyebut harga hendaklah mengemukakan salinan surat dari Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan telah dibuat. Hanya syarikat yang memiliki empat bidang di atas semasa menyertai sebutharga ini sahaja akan dipertimbangkan untuk proses penilaian sebutharga. 7. HARGA TAWARAN 7.1 Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti kos makanan, minuman, pencuci mulut, tenaga pekerja, pengangkutan, perkhidmatan, penyelenggaraan, peralatan, kelengkapan dan lain-lain yang bersangkutan dengan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan alat hawa dingin, perkakas/sistem elektrik, pembersihan bangunan dan pejabat, membersih kawasan dan penjagaan seni taman bagi Kompleks Pejabat Daerah / Tanah Sepang, Salak Tinggi, Sepang, Selangor. 7.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ini ditutup. Penyebut harga yang berjaya ditawarkan sebut harga ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan. 8. TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK 8.1 Penyebut harga adalah diwajibkan menghadiri taklimat dan membuat lawatan tapak di Kompleks Pejabat Daerah / Tanah Sepang, Salak Tinggi, Sepang, Selangor sebelum membuat tawaran. Lawatan ini adalah penting supaya penyebut harga mendapat gambaran sebenar mengenai kedudukan kawasan-kawasan yang terlibat serta membantu penyebut harga dalam menentukan kadar harga yang sepatutnya ditawarkan. Lawatan tapak dan taklimat di Kompleks Pejabat Daerah / Tanah Sepang, Salak Tinggi, Sepang, Selangor akan diadakan pada 4 November 2014 (Selasa) jam 10.30 pagi. 8.2 Kontraktor hendaklah melihat atau melawat kawasan Kompleks Pejabat Daerah / Tanah Sepang, Salak Tinggi, Sepang, Selangor dan telah berpuashati mengenai bangunan, accessibility, cara operasi bangunan dan lain-lain keperluan yang ternyata atau tidak untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Sepang tidak akan melayan sebarang tuntutan atas dasar kurang maklumat atau tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang pengurusan bangunan. 9. MENARIK BALIK TAWARAN/MENOLAK TAWARAN Penyebut harga tidak boleh menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebut harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah tawaran dibuat. Jika penyebut harga menarik diri atau menolak tawaran, nama penyebut harga akan dikemukakan kepada pihak berkuasa (Kementerian Kewangan / Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor) untuk tindakan selanjutnya. 10. TEMPOH SAHLAKU TAWARAN Tempoh sahlaku sebut harga ini ialah selama 90 hari bermula daripada tarikh sebut harga ditutup. Tempoh ini boleh dengan persetujuan bersama dilanjutkan jika dan apabila perlu. 11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA 11.1 Kerajaan tidak terikat untuk setujuterima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga jua pun. Keputusan sebut harga adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan dari penyebut harga berkenaan sebab-sebab sebut harga mereka tidak berjaya. 11.2 Penyebut harga yang berjaya tidak boleh menolak tawaran. Nama penyebut harga akan dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan menggantung pendaftaran jika penyebut harga menolak tawaran. Penyebut harga dikehendaki menandatangani satu perjanjian kontrak dengan Kerajaan Negeri dan adalah terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian dan syarat-syarat sebut harga. 12. CAGARAN KESELAMATAN 12.1 Sebelum sesuatu kontrak perkhidmatan disempurnakan, penyebut harga yang berjaya dikehendaki memberi cagaran keselamatan sebanyak 2.5% daripada jumlah nilai kontrak yang bernilai RM200,000.00 tetapi tidak melebihi RM500,000.00 setahun dan sebanyak 5% bagi kontrak yang nilainya melebihi RM500,000.00 setahun. 12.2 Cagaran keselamatan ini hendaklah dalam bentuk jaminan bank daripada bank-bank yang diluluskan dan berdaftar di Malaysia. Bagi kontrak-kontrak yang bernilai tidak melebihi RM500,000.00 (Nilai keseluruhan kontrak) jaminan insuran daripada syarikat-syarikat insuran yang diluluskan dan berdaftar di Malaysia boleh diterima selain daripada wang tunai dan jaminan bank. Cagaran ini akan dikembalikan sesudah kontrak diselesaikan dengan memuaskan. 13. POLISI INSURANS Kontraktor dikehendaki mengambil polisi insuran bagi Insuran Tanggungan Awam, Insuran pampasan Pekerja dan lain-lain polisi yang difikirkan perlu dan diminta oleh Kerajaan atas perbelanjaan sendiri. Polisi insuran yang diperakui dan resit ke atas premium yang dibeli itu hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan dalam masa (14) hari selepas notis penerimaan tawaran. 14. BAYARAN KEPADA PEMBEKAL 14.1 Penyebut harga yang terpilih sebagai pembekal perlu mengemukakan invois berdasarkan perkhidmatan yang disediakan pada setiap bulan untuk proses bayaran. Jumlah yang tercatit di dalam kontrak adalah jumlah maksimum dan jumlah sebenar akan ditentukan oleh jumlah perkhidmatan yang disediakan (termasuk pemotongan di atas ketidak patuhan kontrak, jika berkaitan). UNTUK MAKLUMAN LANJUT, SILA HUBUNGI:- Cik Zetty Nor Sheha binti Mohamad Tanuri di talian 03-87061993Lawatan Tapak
Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
---|---|---|---|---|
1 | BILIK SEMINAR, BLOK A, PEJABAT DAERAH/TANAH SEPANG BANGUNAN TUN AZIZ BANDAR BARU SALAK TINGGI 43900 SEPANG |
SELURUH KAWASAN BANGUNAN PEJABAT PEJABAT DAERAH/TANAH SEPANG BANGUNAN TUN AZIZ | 4 Nov 2014 10:30 |
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
221001 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT DAN 221002 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MEMBERSIH KAWASAN |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
tender_naskah_meja_tawaran | 1.04 MB | application/pdf | Muat Turun |
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |