Cetak
PPN.SEL.3/2018

Membekal dan menghantar 60 unit pencetak, 1 unit komputer riba dan 20 unit komputer desktop kepada Jabatan Pertanian Selangor

Pegawai Bertanggungjawab
Nama RAFIZAH BINTI UMAR
E-mel iwan_ieza@yahoo.com
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Pertanian Selangor
No. Sebut Harga PPN.SEL.3/2018
Tarikh Iklan 21 Feb 2018 - 1 Mar 2018
Tarikh Jual 23 Feb 2018 - 1 Mar 2018
Tarikh Tutup 1 Mar 2018
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Jabatan Pertanian Negeri SelangorTingkat 4 Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah Seksyen 14 Shah Alam 40632 Selangor Darul Ehsan
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 10.00

Syarat Sebut Harga

Dokumen boleh diambil mulai 23 Februari Jumaat jam 10.00 pagi di Jabatan Pertanian Selangor, Shah Alam.

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebutharga.

 

1.         KEADAAN BARANG

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

 

2.         HARGA

          Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

 

3.         SEBUTHARGA SEBAHAGIAN

          Sebutharga boleh ditawarkan bagi semua bahagian item atau sebahagian bilangan item.

 

4.         BARANG-BARANG SETARA

          Sebutharga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

 

5.         PENYETUJUAN

i)           Kerajaan tidak terikat untuk menyetujuterima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga.

ii)          Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebutharga yang berasingan.

 

6.         PEMERIKSAAN

i)           Kerajaan adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.

ii)          Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

 

7.         PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI

Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

 

8.         PENOLAKAN

i)           Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang yang telah dipersetujui sebutharganya boleh ditolak.

ii)          Apabila diminta penyebutharga hendaklah menyebabkan barang-barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu.

iii)         Fasal kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan gantirugi kerana kemungkaran kontrak.

 

9.         PENGIKLANAN

          Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebutharga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

 

10.      TAKSIRAN

          Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

 

11.      INSURAN

          Tiada apa-apa insurans atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebutharga.

 

 

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA

12.      CUKAI

          Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

 

13.      PEMBUNGKUSAN

(i)         Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan

(ii)        Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

14.      PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

 

  BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

 15.      CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

 16.      MATA WANG

Sebutharga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)

  17.      PEMBUNGKUSAN

                          (i)        Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;

    (ii)       Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan     dan belanja pembungkusan; dan

    (iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak            mencukupi atau cacat hendaklah digantikan oleh penyebutharga.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
210101 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > HARDWARE (LOW END TECHNOLOGY) - SUPPLY ALL TYPES OF COMPUTER HARDWARE INCLUDING PC, NOTEBOOK, PRINTER, DOCUMENT SC

DAN

210103 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > SOFTWARE - SUPPLY ALL COMPUTER SOFTWARE, OPERATING SYSTEM, DATABASE, OFF-THE-SHELF PACKAGES INCLUDING MAINTENANCE

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian