Cetak
PDTK/PF/NEGERI/NO.15/2018

KERJA-KERJA MEMBINA STOR, TANDAS DAN MENAIKTARAF KAWASAN TAPAK BARU TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM BATU 4, JALAN KAPAR, DAERAH KLANG

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Noridah Ismail
E-mel noridahismail@selangor.gov.my
No. Tel 03-33711963
Jabatan Pembangunan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Pejabat Daerah Klang
No. Sebut Harga PDTK/PF/NEGERI/NO.15/2018
Tarikh Iklan 16 Apr 2018 - 24 Apr 2018
Tarikh Jual 16 Apr 2018 - 24 Apr 2018
Tarikh Tutup 24 Apr 2018
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar PETI SEBUTHARGA, ARAS 1, BAHAGIAN PEMBANGUNAN, PEJABAT DAERAH / TANAH KLANG
Tarikh & Masa Taklimat 17 Apr 2018 03:00
Alamat Taklimat AUDITORIUM, ARAS 2, PEJABAT DAERAH / TANAH KLANG

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    KLANG SAHAJA
Harga Dokumen RM 10.00

Syarat Sebut Harga

 

Semua Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)/Satu  Pendaftaran Kontraktor (SSPK) Gred G1 beralamat di Daerah Klang  adalah dijemput untuk mengemukakan  Sebutharga bagi Pelaksanaan Infrastruktur seperti di atas.

2. Kontraktor yang layak hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti berikut :

(i) Kontraktor mestilah Bumiputra Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor PKK)

(ii)kontraktor mestilah memastikan lesen  masih lagi berkuatkuasa sepanjang perolehan tawaran diproses.

(iii)Kontraktor mestilah mempunyai Gred  dan Kategori mengikut Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) yang berkaitan.

(iv) Kontraktor yang berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST.

3.Kontraktor dikehendaki memastikan semua dokumen berikut masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya 3 bulan dari tempoh pembelian borang sebut harga:

  1. Sijil asal Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh LembagaPembangunan

  2. Cop Pemborong/Kontraktor    

  3. Wajib kemukakan tiga (3) bulan salinan penyata kewangan terkini semasa kemukakan sebutharga – Bulan Januari - Mac 2018.(Penyata perlu disahkan (cop) oleh Pihak Bank. Penyata yang di scan tidak diterima.

  4. Wajib mengemukakan resit pembelian dokumen sebut harga dan profail syarikat.

  5. Profail Syarikat perlu diikat bersama Dokumen Sebutharga, Salinan Pendaftaran UPEN

4.Borang/Dokumen Sebut Harga boleh dibeli dengan hargaRM10.00 dengan menggunakan kad kredit melalui sistem e-tender/sebutharga (http://tender.selangor.gov.my). Semua dokumen sebutharga yang dimuat turun bagi tajuk sebutharga ini mestilah dicetak dan  diisi dengan lengkap sebelum dihantar.

5. Borang/Dokumen Sebut Harga tidak boleh dibeli pada tarikh tutup.

6. Bagi kontraktor yang tidak berdaftar,pendaftaran boleh dibuat secara on line melalui sistem     e-tender/sebutharga berkenaan.

7. Naskah tawaran boleh dirujuk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian di website yang sama di bahagian modul dokumen meja dan Naskah Meja Tawaran di kaunter Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah /Tanah Klang

8. Sila kembalikan Borang Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap ke dalam sampul serta ditulis nombor rujukan tender ke dalam Peti Sebut Harga yang telah disediakan  di kaunter Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Klang dan;

9. Borang Sebut Harga yang lewat dikembalikan TIDAK akan dipertimbangkan   untuk menyertai  Sebut Harga ini.

10. ..Kegagalan tuan mematuhi syarat-syarat berkenaan menyebabkan dokumen tawaran tidak akan dikeluarkan atau penyertaan tuan dalam tawaran berkaitan akan dibatalkan.

WAJIB HADIR TAKLIMAT pada 17 April 2018 Jam 3.00 Petang bertempat di Auditorium, Aras 2, Pejabat Daerah / Tanah Klang

Kontraktor yang hadir semasa lawatan dikehendaki membawa beberapa dokumen berikut :-

 

  1. Membawa bersama Kad Pengenalan (salinan tidak dibenarkan).

  2. Hadir sendiri semasa lawatan dibuat. Wakil kontraktor sama sekali tidak dibenarkan.

  3. Sijil asal yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

         iv.        Sijil asal yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

  1. Cop Pemborong / Kontraktor yang mempunyai alamat.

 

 *Catatan Segala pembelian / perolehan dokumen sebutharga yang tidak sah / tidak melalui sistem,tindakan sewajarnya boleh dikenakan ke atas lesen pendaftaran tuan

 

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G1) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM200,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis