Pegawai Bertanggungjawab |
Nama |
Hafizan Bin Khamis |
E-mel |
fizan_303@yahoo.com |
No. Tel |
|
Jabatan |
|
Tarikh |
Tajuk |
|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender |
Majlis Perbandaran Selayang |
No. Sebut Harga |
MPS/SH/88/18 |
Tarikh Iklan |
28 May 2018 -
5 Jun 2018 |
Tarikh Jual |
30 May 2018 -
5 Jun 2018 |
Tarikh Tutup |
5 Jun 2018 |
Masa Tutup |
12:00 PM |
Tempat Hantar |
Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Tingkat 6, Menara Majlis Perbandaran Selayang, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
|
Kebenaran Khas |
|
Syarikat Bumiputera Sahaja |
|
Harga Dokumen |
RM 80.00 |
Syarat Sebut Harga
a) Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang beralamat di Negeri Selangor serta mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan, berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini.
b) Dokumen Sebutharga boleh didapati di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Tingkat 6, Menara Majlis Perbandaran Selayang, dari jam 8.30pagi – 12.45tengahari, 2.15petang – 4.30petang (Isnin – Khamis), 8.30pagi – 11.45tengahari, 3.00petang – 4.30petang (Jumaat).
c) Bayaran dokumen sebutharga akan dikenakan 6% Goods & Services Tax (GST). Bayaran boleh dibuat secara tunai di Majlis Perbandaran Selayang (bayaran ini tidak akan dikembalikan).
d) Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada kontraktor atau wakil yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor dikehendaki membawa bersama-sama Surat Wakil Kuasa.
e) Kontraktor yang berminat hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL DAN SALINAN yang masih sah tempoh untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen :
i) Sijil Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB)
ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
iii) Sijil Taraf Bumiputera
iv) Salinan Surat Perakuan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
f) Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Tingkat 6, Menara Majlis Perbandaran Selayang, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebutharga.
g) Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan di talian 03-6126 5838.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
- (G2) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM500,000.00
|
Bidang Pengkhususan CIDB |
CE14 LANSKAP
|