Cetak
MDHS. SH PSP 98/2018

CADANGAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR 100 UNIT TONG SAMPAH ‘LEACH BIN’ BAGI TAHUN 2018 UNTUK MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Nur Afiqah binti Shawaludin
E-mel nurafiqah@mdhs.gov.my
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Hulu Selangor
No. Sebut Harga MDHS. SH PSP 98/2018
Tarikh Iklan 5 Jun 2018 - 22 Jun 2018
Tarikh Jual 5 Jun 2018 - 22 Jun 2018
Tarikh Tutup 22 Jun 2018
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Majlis Daerah Hulu Selangor
Jalan Bukit Kerajaan
44000 Kuala Kubu Baharu
Selangor Darul Ehsan.
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang di tetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat itu di tolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebutharga.

1. KEADAAN BARANG

Semua barang yang bekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGA

Harga yang di tawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUTHARGA SEBAHAGIAN

Sebutharga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

4. BARANG SETARA

Sebutharga boleh di tawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh dinyatakan.

5. PERSETUJUAN

(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga; dan

(ii) Setiap butiran akan dipertimbangkan sebagai satu sebutharga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pengawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut: dan

(ii) Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengajian apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI.

Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa bekalan / perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini. 

8. PENOLAKAN

(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebutharganya boleh ditolak:

(ii) Apabila diminta, penyebutharga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah di lakukan mengenai bekalan yang di tolak itu: dan

(iii) Fasal –kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. TAFSIRAN

Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan di kawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

10. INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia di kehendaki di masukkan ke dalam sebutharga.

11. CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

12. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang di tawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakkan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penyebutharga.

13. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor catalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah di nyatakan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

14. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki dinyatakan secara berasingan.

15. MATA WANG

Sebutharga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
080101 KEJURUTERAAN AWAM, BINAAN DAN KELENGKAPAN KEMUDAHAN AWAM > KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM > KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM (KECUALI KELENGKAPAN KEMUDAHAN PERMAINAN/SUKAN)

ATAU

080199 KEJURUTERAAN AWAM, BINAAN DAN KELENGKAPAN KEMUDAHAN AWAM > KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM > PEMBUAT (KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM)

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian