Cetak
PPHL 10/2018

Kerja-Kerja Menaiktaraf Kuarters Dan Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat, Batu 11, Cheras ,Selangor Darul Ehsan

Pegawai Bertanggungjawab
Nama RAFIZAH BINTI UMAR
E-mel iwan_ieza@yahoo.com
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Pertanian Selangor
No. Sebut Harga PPHL 10/2018
Tarikh Iklan 5 Sep 2018 - 21 Sep 2018
Tarikh Jual 13 Sep 2018 - 21 Sep 2018
Tarikh Tutup 21 Sep 2018
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat, Pusat Pertanian Cheras, Batu 11, Jalan Cheras, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tarikh & Masa Taklimat 13 Sep 2018 09:30
Alamat Taklimat Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat, Pusat Pertanian Cheras, Batu 11, Jalan Cheras, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Harga Dokumen RM 10.00

Syarat Sebut Harga

1. Dokumen tawaran ini hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor/wakil yang sah sahaja. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga ini hendaklah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) dan membawa Sijil Kementerian Kewangan asal serta salinan sijil-sijil pendaftaran tersebut. Kontraktor terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara on-line di laman web http://tender.selangor.gov.my sebelum membeli dokumen tawaran. Kontraktor dikehendaki mengemukakan resit pembelian dokumen sebagai bukti telah berdaftar secara on-line semasa membuat urusan pengambilan dokumen.

2. Dokumen tawaran boleh diperolehi di Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat mulai 13 September 2018. Borang tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan mencatitkan nombor sebutharga di atas sebelah kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat tidak lewat jam 12.00 tengahari pada 21 September 2018.

 3. Jabatan tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran sebutharga dan tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.

4. Kaedah Penentuan Harga Melalui "CUT-OFF" akan digunapakai. 

5. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi di talian 03-87410465 (En. Hanifah bin Hasan / En. Syazwan).

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat, Pusat Pertanian Cheras, Batu 11, Jalan Cheras, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat, Pusat Pertanian Cheras, Batu 11, Jalan Cheras, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan. 13 Sep 2018 09:30

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G2) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM500,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis