Cetak
SH PSP 163/2018

MELANTIK PEMBEKAL BAHAN KIMIA KAWALAN SERANGGA PEROSAK BAGI TUJUAN MENCEGAH PENYAKIT DEMAM DENGGI DI KAWASAN SERVIS BAGI BAHAGIAN KESIHATAN AWAM, JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM, MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Nur Afiqah binti Shawaludin
E-mel nurafiqah@mdhs.gov.my
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Hulu Selangor
No. Sebut Harga SH PSP 163/2018
Tarikh Iklan 29 Oct 2018 - 5 Nov 2018
Tarikh Jual 29 Oct 2018 - 5 Nov 2018
Tarikh Tutup 5 Nov 2018
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN,
44000 KUALA KUBU BHARU,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT-SYARAT KERJA SEBUTHARGA

1. BEKALAN BAHAN KIMIA.

PEMBORONG (KONTRAKTOR) adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti dari segi jenis bahan kimia yang akan dibekalkan di dalam kerja SEBUTHARGA, beserta Material Safety Data Sheet bahan kimia.

2. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA

Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, Butir-butir Kerja yang dinyatakan dalam Ringkasan SEBUTHARGA dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen SEBUTHARGA ini dan juga Arahan daripada PEGAWAI INDEN atau wakilnya.

3. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

Sekiranya KONTRAKTOR gagal memulakan kerja SEBUTHARGA ini dalam tempoh 60 hari dari tarikh arahan kerja dikeluarkan boleh diambil tindakan dibatalkan dan tindakan tatatertib terhadap kontraktor.

4. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

KONTRAKTOR tidak dibenarkan meng ‘sub-sewakan’ kan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. KONTRAKTOR tidak boleh menyerahkan apa-apa faedah di bawah Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada PEGAWAI INDEN.

5. PENOLAKKAN BAHAN / BARANG DAN KERJA OLEH PEGAWAI INDEN

PEGAWAI INDEN atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja-kerja yang tidak menepati Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh KONTRAKTOR sendiri.

6. RINGKASAN SEBUTHARGA.

i. Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang SEBUTHARGA ini dan hendaklah menjadi asas jumlah harga SEBUTHARGA.

Ii. Harga-harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan kos-kos lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja SEBUTHARGA dengan sempurna.

iii. Tiada sebarang  tuntutan  akan dilayan bagi penyelarasan harga akibat daripada perubahan kos, bahan-bahan dan semua duti dan cukai KERAJAAN, samada DALAM TEMPOH SAH sebutharga atau dalam tempoh kerja.

iv. Kadar dan harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA yang dikemukakan oleh KONTRAKTOR hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada PEGAWAI INDEN tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

v. Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA menurut perkara (iv) di atas dan apa-apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah dilaraskan dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah harga yang dilaraskan hendaklah sama dengan jumlah harga pukal (lump sum) yang dinyatakan dalam Borang SEBUTHARGA. Jumlah harga pukal dalam Borang SEBUTHARGA hendaklah tetap tidak berubah.

7. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA

Jika KONTRAKTOR mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen SEBUTHARGA, wakilnya hendaklah merujuk kepada PEGAWAI INDEN untuk mendapatkan keputusannya.

8. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR.

PEGAWAI INDEN berhak membatalkan Inden kerja sekiranya KONTRAKTOR berada dalam keadaan-keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada PEGAWAI INDEN.

a. Sekiranya KONTRAKTOR masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

b. Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

c. Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

d. Tidak mematuhi arahan PEGAWAI INDEN atau Wakilnya tanpa apa-apa alasan yang munasabah.

e. Apabila KONTAKTOR diisytihar muflis (bankrup) oleh pihak yang sah.

9. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR.

KONTRAKTOR hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja. KONTRAKTOR tidak berhak menuntut sebarang kos tambahann kerana pematuhannya dengan syarat-syarat tersebut.

10. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah KONTRAKTOR menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan telah melaksanakan segala arahan dari PEGAWAI INDEN atau Wakilnya dan mengembalikan Inden Kerja (Salinan Asal).

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
060102 KIMIA, BAHAN KIMIA DAN PERALATAN MAKMAL > KIMIA > INDUSTRI

ATAU

070102 PERTANIAN, PERHUTANAN DAN TERNAKAN > BAJA DAN RACUN > RACUN SERANGGA/PEROSAK, RUMPAI/TUMBUHAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian