Cetak
PDTK/KP/11/2018

PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER PENCETAK UNTUK KEGUNAAN PEJABAT DAERAH KLANG

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Nurul Ain Binti Abd Mothalib
E-mel ain@selangor.gov.my
No. Tel 03-33711963
Jabatan Khidmat Pengurusan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Pejabat Daerah Klang
No. Sebut Harga PDTK/KP/11/2018
Tarikh Iklan 21 Nov 2018 - 23 Nov 2018
Tarikh Jual 21 Nov 2018 - 23 Nov 2018
Tarikh Tutup 23 Nov 2018
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN ARAS 1, KOMPLEKS PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG JALAN KOTA 41902 KLANG
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 10.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA

2.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan dokumen-dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang Sebut Harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini menyebabkan Sebut Harga tersebut tidak akan dipertimbangkan atau terus ditolak.

2.2 Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Selangor tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan borang yang dihantar. Sebut Harga yang diterima selepas masa dan tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

2.3 Arahan Penyebut Harga

2.3.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan dokumen-dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang Sebut Harga.

2.3.2 Borang Sebut Harga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda “No. Sebut Harga: PDTK/KP/11/2018”

2.3.3 Sampul yang mengandungi borang Sebut Harga hendaklah dihantar sendiri ke alamat seperti berikut:

Bahagian Khidmat Pengurusan,

Tingkat 1, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang,

Kompleks Pejabat Daerah Dan Tanah Klang,

Jalan Kota,

41902, Klang,

Selangor Darul Ehsan.

2.3.4 Penyebut Harga dimestikan mengisi dengan sempurna borang-borang maklumat yang terdapat di dalam Sebut Harga ini dan tidak dibenarkan untuk menceraikan borang-borang tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran ditolak.

2.3.5 Semua keterangan mengenai Sebut Harga ini atau butir-butir lengkap mengenai syarat-syarat dan penentuan perkhidmatan perlu dikemukakan bersama-sama dokumen ini.

2.3.6 Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Klang berhak menamatkan perkhidmatan yang diberi kepada pembekal pada bila-bila masa sekiranya:

a) Tidak mematuhi jadual teknikal yang ditetapkan.

b) Tidak memenuhi kriteria yang telah dipersetujui, dan

c) Tidak membekalkan peralatan/barangan mengikut dalam spesifikasi.

*Sila rujuk Syarat-syarat Khas Sebut Harga, Perkara 3.

2.3.7 Semua pertanyaan atau penjelasan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

a) Cik Shahida Suhana Binti Abdul Hamid

Bahagian Khidmat Pengurusan

No. Tel : 03-33711963 E-mel : shahida.suhana@selangor.gov.my

b) Pn. Nurul Ain Bin Abd Mothalib

Bahagian Khidmat Pengurusan

No. Tel : 03-33711963

E-mel : ain@selangor.gov.my

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 020601 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > BEKALAN PEJABAT DAN ALATULIS > ALAT TULIS ( TIDAK TERMASUK BORANG DAN SEMUA JENIS KERTAS)

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis