Cetak
SHPM 49/ 2019

MEMBEKAL BAHAN PROMOSI BAGI PROGRAM HULU SELANGOR HARI TANPA KENDERAAN 2019

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Roslan Bin Abd Rahman
E-mel ros.abdrahman@yahoo.com
No. Tel 03 6064 1331
Jabatan Bahagian Perolehan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Hulu Selangor
No. Sebut Harga SHPM 49/ 2019
Tarikh Iklan 12 Mar 2019 - 18 Mar 2019
Tarikh Jual 12 Mar 2019 - 18 Mar 2019
Tarikh Tutup 18 Mar 2019
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Bahagian Lobi, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.

Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Sebut Harga

 SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam

pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat

mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut

harga.

1. KEADAAN BARANG

Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun

dan kos tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN

Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian

bilangan item.

4. BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat

butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUAN

(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah

atau mana-mana sebut harga; dan

(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang

berasingan.

6. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk

memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau

pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau

pengujian apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/ perkhidmatan

yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika

ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8. PENOLAKAN

(i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan

yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.3

M.S. 4/5

yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya

sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala

perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu;

dan

(iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak

Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi

obligasi kontrak.

9. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut

harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain

saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau

Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

10. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah

diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut

harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia

sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin

timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul

daripadanya.

11. INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri

pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut

harga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG

KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika

berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja

bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau

pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah

diganti oleh penjual.

14. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan

negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.3

M.S. 5/5

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan

unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. MATA WANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

17. PEMBUNGKUSAN

(i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke

Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu

dieksport dengan tidak membungkus;

(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja

bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau

pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti

oleh penyebut harga.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
010102 PENERBITAN DAN PENYIARAN > PENERBITAN > BAHAN BACAAN

ATAU

222009 PERKHIDMATAN > EDITORAL, REKABENTUK GRAFIK, SENI HALUS DAN HARTA INTELEK > LAIN-LAIN MEDIA PENGIKLANAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian