Cetak
PDTK/PF/NEGERI/MARRIS/NO.43/2019

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH DAN MENURAP SEMULA JALAN DI LOT 1723 LORONG SALLEH SULAIMAN, KAMPUNG SUNGAI UDANG, KLANG

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Raja Safiahtulrehan binti Raja Badrul Azam
E-mel safiahtul@selangor.gov.my
No. Tel 03-33711963
Jabatan PEMBANGUNAN
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Pejabat Daerah Klang
No. Sebut Harga PDTK/PF/NEGERI/MARRIS/NO.43/2019
Tarikh Iklan 28 Mar 2019 - 31 Mar 2019
Tarikh Jual 1 Apr 2019 - 9 Apr 2019
Tarikh Tutup 9 Apr 2019
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar PETI SEBUTHARGA, BAHAGIAN PEMBANGUNAN, ARAS 1, PEJABAT DAERAH / TANAH KLANG
Tarikh & Masa Taklimat 1 Apr 2019 09:30
Alamat Taklimat KAUNTER PENDAFTARAN, BILIK GERAKAN, ARAS 2, PEJABAT DAERAH / TANAH KLANG

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    KLANG SAHAJA
Harga Dokumen RM 10.00

Syarat Sebut Harga

1. Semua Kontraktor Bumiputra Kelas G1 yang berdaftar dengan Pendaftaran Kontraktor(SSPK) beralamat di Daerah Klang adalah dijemput untuk mengemukakan SebutHarga bagi Pelaksanaan Projek seperti diatas.

2. Kontraktor yang layak hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:

(i) Kontraktor mestilah Bumiputra Kelas G1  yang berdaftar dengan CIDB

(ii) kontraktor mestilah memastikan lesen masih lagi berkuatkuasa sepanjang perolehan tawaran diproses

(iii)Kontraktor mestilah mempunyai Gred dan Kategori mengikut Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) yang berkaitan.

3. Kontraktor dikehendaki memastikan semua dokumen berikut masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya 3 bulan dari tempoh pembelian borang sebut harga:

(i) Sijil asal Perolehan Kerja Kerajaan(SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan 

(ii) Cop Pemborong/ Kontraktor

(iii) Wajib kemukakan salinan penyata kewangan terkini (3 bulan) semasa kemukakan sebutharga – Bulan Januari - Mac 2019. PENYATA KEWANGAN WAJIB MENDAPAT COP PENGESAHAN DARIPADA PIHAK BANK.

(iv) Wajib mengemukan resit pembelian dokumen sebutharga

(v) Profail Syarikat perlu diikat bersama Dokumen Sebutharga, Salinan Pendaftaran UPEN

4. Borang/Dokumen Sebut Harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 dengan menggunakan kad kredit melalui sistem e-tender/sebutharga (http://tender.selangor.gov.my). Semua dokumen sebutharga yang dimuat turun bagi tajuk sebutharga ini mestilah dicetak dan diisi dengan lengkap sebelum dihantar.

5. Borang/Dokumen Sebut Harga tidak boleh dibeli pada tarikh tutup.

6. Bagi kontraktor yang tidak berdaftar, pendaftaran boleh dibuat secara online melalui sistem e-tender/sebutharga berkenaan.

7. Naskah tawaran boleh dirujuk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian dilaman sesawang yang sama di bahagian modul dokumen meja.

8. Sila kembalikan Borang Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap ke dalam Peti Sebut Harga yang telah disediakan di Peti Sebutharga Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Klang

9. Borang Sebut Harga yang lewat dikembalikan TIDAK akan dipertimbangkan untuk menyertai Sebut Harga ini.

10. Kegagalan tuan mematuhi syarat-syarat berkenaan menyebabkan dokumen tawaran tidak akan dikeluarkan atau penyertaan tuan dalam tawaran berkaitan akan TERBATAL dengan sendirinya.

11. Kontraktor-kontraktor yang telah Berjaya mendapat Kerja Sebutharga pada tahun 2019, dipohon supaya tidak menyertai tawaran sebutharga bagi memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor yang masih belum mendapat sebarang kerja projek pada tahun 2019.

WAJIB HADIR PADA 1 APRIL 2019 (ISNIN) JAM  9.30 PAGI - 10.00 PAGI (PENDAFTARAN) DI BILIK GERAKAN, ARAS 2, PEJABAT DAERAH /TANAH KLANG (KELEWATAN DARI MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN), HANYA KONTRAKTOR YANG HADIR SEMASA PENDAFTARAN PADA HARI TERSEBUT SAHAJA BOLEH MENYERTAI SEBUTHARGA INI.

 Kontraktor yang hadir semasa taklimat dikehendaki membawa beberapa dokumen berikut :-

a) Membawa bersama Kad Pengenalan (salinan tidak dibenarkan).

 

b) Hadir sendiri semasa lawatan dibuat. Wakil kontraktor sama sekali tidak dibenarkan.

 

c) Sijil asal yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

 

d) Sijil asal yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

 

 

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G1) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM200,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN

DAN

CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
PDTK/PF/NEGERI/MARRIS/NO.43/2019 (CONTOH) 893.78 kB application/pdf Muat Turun