Cetak
MDHS 622/2546

KERJA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR 200 UNIT TONG SAMPAH ’LEACH BIN’ DAN 3 UNIT TONG RORO BAGI TAHUN 2019 UNTUK MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Nur Afiqah binti Shawaludin
E-mel nurafiqah@mdhs.gov.my
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Hulu Selangor
No. Sebut Harga MDHS 622/2546
Tarikh Iklan 24 Apr 2019 - 3 May 2019
Tarikh Jual 24 Apr 2019 - 3 May 2019
Tarikh Tutup 3 May 2019
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT-SYARAT KERJA SEBUTHARGA


1. PENYEDIAAN TENAGA KERJA TERLATIH.

PEMBORONG (KONTRAKTOR) adalah dinasihatkan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih, peralatan dan kenderaan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak MDHS.


2. INSURAN

KONTRAKTOR  hendaklah  atas  nama  bersama  ‘KONTRAKTOR’  dan   ‘KERAJAAN’ 

( KERAJAAN NEGERI SELANGOR atau YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR) mengambil insuran seperti berikut:-

i) Insuran Pampasan Pekerja ( Workmen Compensation ) dan / atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi kesemua pekerjanya.

ii) Insuran Liabiliti Awam dan / atau Insuran Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga, hendaklah berkuatkuasa dalam tempoh perlaksanaan kerja SEBUTHARGA ini).

KONTRAKTOR hendaklah mengemukakan kepada PEGAWAI INDEN semua Polisi Insuran dan nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Walaubagaimanapun, nota-nota Perlindungan dan Resit-resit Bayaran Premium adalah sah digunakan hanya untuk memulakan kerja SEBUTHARGA sahaja. Sekiranya KONTRAKTOR gagal mengemukakan semua polisi insuran selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah PEGAWAI INDEN berhak mengambil tindakan seperti dibawah Perkara 10 (d).


3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA

Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, Butir-butir Kerja yang dinyatakan dalam Ringkasan SEBUTHARGA dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen SEBUTHARGA ini dan juga Arahan daripada PEGAWAI INDEN atau wakilnya.


4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

Sekiranya KONTRAKTOR gagal memulakan kerja SEBUTHARGA ini selepas tujuh hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden kerja, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja untuk SEBUTHARGA tersebut akan dibatalkan dan tindakan Tatatertib akan diambil terhadap KONTRAKTOR.


5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

KONTRAKTOR tidak dibenarkan meng ‘sub-sewakan’ kan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. KONTRAKTOR tidak boleh menyerahkan apa-apa faedah di bawah Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada PEGAWAI INDEN.


6. PENOLAKKAN BAHAN / BARANG DAN KERJA OLEH PEGAWAI INDEN

PEGAWAI INDEN atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja-kerja yang tidak menepati Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh KONTRAKTOR sendiri.


7. RINGKASAN SEBUTHARGA.

i. Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang SEBUTHARGA ini dan hendaklah menjadi asas jumlah harga SEBUTHARGA.

ii. Harga-harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan kos-kos lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja SEBUTHARGA dengan sempurna.

iii. Tiada sebarang  tuntutan  akan dilayan bagi penyelarasan harga akibat daripada perubahan kos, bahan-bahan dan semua duti dan cukai KERAJAAN, samada DALAM TEMPOH SAH sebutharga atau dalam tempoh kerja.

iv. Kadar dan harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA yang dikemukakan oleh KONTRAKTOR hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada PEGAWAI INDEN tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

v. Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA menurut perkara (iv) di atas dan apa-apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah dilaraskan dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah harga yang dilaraskan hendaklah sama dengan jumlah harga pukal (lump sum) yang dinyatakan dalam Borang SEBUTHARGA. Jumlah harga pukal dalam Borang SEBUTHARGA hendaklah tetap tidak berubah.


8. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA

Jika KONTRAKTOR mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen SEBUTHARGA, wakilnya hendaklah merujuk kepada PEGAWAI INDEN untuk mendapatkan keputusannya.


9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR.

PEGAWAI INDEN berhak membatalkan Inden kerja sekiranya KONTRAKTOR berada dalam keadaan-keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada PEGAWAI INDEN.

a. Sekiranya KONTRAKTOR masih gagal menjalankan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

b. Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

c. Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

d. Tidak mematuhi arahan PEGAWAI INDEN atau Wakilnya tanpa apa-apa alasan yang munasabah.

e. Apabila KONTAKTOR diisytihar muflis (bankrup) oleh pihak yang sah.


10. KERJA PERUBAHAN

PEGAWAI INDEN boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh PEGAWAI INDEN atau yang disahkan kemudian oleh PEGAWAI INDEN boleh membatalkan SEBUTHARGA ini. Semua kerja perubahan dan / atau tambahan yang diluluskan oleh PEGAWAI INDEN akan diukur atau dinilai dengan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti / Ringkasan SEBUTHARGA. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, maka  kadar harga baru yang dipersetujui oleh PEGAWAI INDEN dan KONTRAKTOR hendaklah digunakan.


11. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR.

KONTRAKTOR hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja. KONTRAKTOR tidak berhak menuntut sebarang kos tambahann kerana pematuhannya dengan syarat-syarat tersebut.


12. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah KONTRAKTOR menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan telah melaksanakan segala arahan dari PEGAWAI INDEN atau Wakilnya dan mengembalikan Inden Kerja (Salinan Asal)


Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
080101 KEJURUTERAAN AWAM, BINAAN DAN KELENGKAPAN KEMUDAHAN AWAM > KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM > KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM (KECUALI KELENGKAPAN KEMUDAHAN PERMAINAN/SUKAN)

ATAU

080199 KEJURUTERAAN AWAM, BINAAN DAN KELENGKAPAN KEMUDAHAN AWAM > KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM > PEMBUAT (KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM)

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian