Cetak
SH (B) PSP 12/2019

PERLANTIKAN KONTRAKTOR BAGI SEWAAN TONG RORO SEMPENA MUSIM PERAYAAN TAHUN 2019

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Nur Afiqah binti Shawaludin
E-mel nurafiqah@mdhs.gov.my
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Hulu Selangor
No. Sebut Harga SH (B) PSP 12/2019
Tarikh Iklan 21 May 2019 - 23 May 2019
Tarikh Jual 21 May 2019 - 23 May 2019
Tarikh Tutup 23 May 2019
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 0.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA



Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diuba dengan khususnya oleh penyebut harga


1. PEMBEKALAN

KEADAAN BARANG Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.


2. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih tidak termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan serta Cukai Barang Dan Perkhidmatan (CJCP).


3. BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.



4. PERSETUJUAN

i. Majlis Daerah Hulu Selangor tidak terikat untuk setuju terima Sebut harga yang terendah atau mana-mana Sebut harga dan;

ii. Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.


5. PELAKSANAAN PEMBEKALAN

i. Pembekalan oleh pihak syarikat adalah bergantung kepada jumlah yang dipesan oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.

ii. Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor akan membuat pesanan awal dan tarikh pesanan juga boleh berubah mengikut keperluan sediaada di MDHS sebelum sesuatu pesanan pembekalan dilaksanakan oleh pihak syarikat.

iii. Jumlah anggaran boleh berubah mengikut pesanan yang dibuat oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor bagi setiap unit yang dinyatakan. Walaubagaimanapun harga tawaran tidak boleh diubah kecuali dipersetujui oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.

iv. Bekalan yang dipesan hendaklah dibekalkan tidak lewat dari tempoh 7 hari selepas tarikh borang pesanan diterima oleh Kontraktor / Pemborong / Pembekal. Sekiranya terdapat kelewatan, pihak MDHS berhak mengenakan denda lewat mengikut kiraan seperti berikut:


RM 50.00/sehari (denda lewat LAD)


6. BURUH DAN PERALATAN KERJA


Pihak pembekal hendaklah membekal semua buruh dengan alat-alat kerja dan pengangkutan yang diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini dan semua ini disediakan atas tanggungan dan dibiayai pembekal sendiri. Bagi memastikan kerja-kerja ini dapat diselenggara dengan teratur dan memuaskan, maka semua alatan kerja dan pengangkutan hendaklah disimpan setiap masa, dibaiki dan diselenggarakan dengan baik oleh kontraktor sendiri.


7. PENGAWASAN OLEH KONTRAKTOR


Pihak pembekal hendaklah melantik seorang wakil yang cekap untuk menjadi pengawas/wakil pembekal semasa ketiadaannya dan arahan yang diberikan kepada wakilnya hendaklah menjadi tanggungjawab pihak pembekal atau wakilnya hendaklah apabila diminta hadir ke pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor untuk memberi laporan kemajuan kerjanya dan menerima arahan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya.


8. HALANGAN


Pihak pembekal hendaklah menentukan bahawa tidak ada kesusahan atau halangan yang timbul kepada orang ramai atau awam waktu menjalankan pekerjaan.


9. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI


Penyebut harga dikehendaki meperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atai piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.


10. PENOLAKAN


i. Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui Sebut harganya boleh ditolak;

ii. Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu;dan


iii. Fasa-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidak memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.


11. PERNYATAAN, WARANTI DAN AKU JANJI KONTRAKTOR


i. Kontraktor/Pemborong/Pembekal adalah dikehendaki  membekal Logistik Bagi Program Hari Tanpa Kenderaan seperti yang ditentukan di spesifikasi bekalan yang disediakan di dalam kontrak/Sebut harga ini termasuk apa-apa arahan, perubahan, pindaan atau tambahan kerja yang ditentukan oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya dari masa ke semasa.

ii. Sebaik sahaja Sebut harga / kontrak ini ditandatangani, pembekal hendaklah mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Majlis bagi menjalankan kerja-kerja kontrak kepada Majlis untuk tujuan rekod dan beberapa pematuhan syarat seperti berikut;


a) Sekiranya pembekal menggunakan khidmat pekerja-pekerja yang terdiri daripada warganegara asing, pembekal hendaklah mengemukakan kepada Majlis senarai nama pekerja yang diambil oleh pembekal bagi kerja-kerja kontrak berserta dengan sesalinan passport dan permit kerja.


b) Bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini, pembekal adalah pada bila-bila masa dilarang mengambil bekerja, mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat dengan Majlis sama ada tetap, sementara kontrak atau sambilan.

c) Salinan perakuan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.


d) Salinan pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).


e) Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


f) Salinan Jadual Kerja-kerja Bekalan yang ditetapkan oleh pembekal dan dipersetujui oleh Majlis.


g) Menyediakan peralatan yang sesuai, sempurna dan mencukupi serta sesalinan inventori diserahkan kepada Majlis.


h) Mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya akan contoh-contoh bahan yang hendak dibekalkan dan hendaklah yang mempunyai mutu terbaik, tulen yang boleh didapati di pasaran dan belum digunakan.


iii. Walau apa pun yang terkandung dalam Sebut harga ini adalah disahkan oleh Pihak-Pihak dalam Sebut harga ini bahawa:-


a) Kesemua pekerja pembekal adalah bukan pekerja, kakitangan atau wakil dan pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memenuhi segala syarat-syarat pengambilan pekerja yang dimestikan oleh undang-undang yang terpakai termasuk membuat bayaran SOCSO, pampasan pekerja dan sebagainya.


b) Apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana pekerja pembekal sewaktu melakukan kerja-kerja kontrak adalah bukan menjadi tanggungjawab Majlis tetapi adalah menjadi tanggungjawab kontraktor sepenuhnya.


iv. Ringkasan Sebut harga


a) Pembekal hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja kontrak dengan sempurnanya. 


b) Pembekal tidak boleh membuat sebarang tuntutan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebut harga atau dalam tempoh kerja.



12. PENYELIAAN KERJA-KERJA KONTRAK


i. Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor boleh mewakilkan kepada Pegawai Penyelia untuk kuasa-kuasa menyelia dan memeriksa kerja-kerja kontrak supaya dijalankan dengan sempurna, termasuk memberi apa-apa arahan kepada pembekal jika diperlukan.


ii. Walau apa pun yang bertentangan yang terkandung di dalam Sebut harga ini mana-mana Pegawai Majlis lain yang diarahkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor mempunyai hak sepenuhnya dari masa ke semasa untuk membuat apa-apa pemeriksaan dan mengeluarkan apa-apa arahan kepada pembekal mengenai kerja-kerja kontrak sekiranya dirasakan adalah perlu untuk berbuat demikian

13. TANGGUNG RUGI (INDEMNITI)


i. Pembekal hendaklah pada bila-bila masa hendaklah menanggung rugi dan menyebabkan Majlis sentiasa ditanggung rugi daripada dan terhadap semua atau apa-apa tindakan prosiding, tuntutan yang dibuat,dikenakan atau dibawa oleh mana-mana orang terhadap Majlis, berkenaan dengan apa-apa perkara berkaitan dengan kecuaian,perlanggaran kewajipan atau tindakan salah oleh kontraktor, pekerja-pekerja dan / atau agen-agennya dalam menjalankan kerja-kerja kontrak.

ii. Pembekal hendaklah menanggung sepenuhnya apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang mengalami kerugian,kecederaan atau kematian semasa kerja-kerja kontrak dijalankan yang mana berpunca dari kelalaian dan kecuaian kontraktor, kakitangan atau agen kontraktor dan hendaklah memberi pampasan dan mengganti rugi sepenuhnya jika tuntutan itu dibuat oleh mana-mana pihak yang terbabit terhadap Majlis.



14. PENYERAHAKKAN ATAU NOVASI


i. Pembekal adalah dilarang sama sekali daripada memindah atau menyerahkan hak faedah Perjanjian atau kerja-kerja kontrak ini kecuali mendapat kelulusan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor.



15. PENAMATAN


i. Pembekal adalah melakukan pelanggaran sekiranya berlaku mana-mana daripada perbuatan atau keadaan yang berikutnya:


a) Pembekal melanggar dan mengingkari mana-mana syarat dalam Sebut harga ini atau mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah Sebut harga ini termasuk mana-mana arahan Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau mana-mana arahan pegawai yang diberi kuasa olehnya, untuk memberi arahan kepada Pembekal ; atau


b) Pembekal menamatkan Sebut harga ini sebelum tamatnya tempoh Perjanjian ini; atau


c) Sekiranya Pembekal diisytiharkan muflis, bankrap atau telah digulung secara proses perundangan sama ada permintaannya ataupun sebaliknya.


ii. Sekiranya berlaku mana-mana perlanggaran syarat-syarat yang diperuntukan dalam Sebut harga ini, Majlis adalah berhak untuk menamatkan kontrak ini atas perlanggaran syarat oleh pembekal dengan memberi notis dalam tempoh tiga puluh (30) hari kepada pembekal dengan cara penyerahan secara kendiri atau melalui pos dalam suatu sampul yang dijelaskan bayarannya dan di alamat kepada tempat tinggal pembekal atau tempat perniagaannya yang biasa atau akhir diketahui atas segala tuntutan dan kerugian yang dialami oleh Majlis akibat daripada perbuatan perlanggaran syarat yang dilakukan oleh pembekal.


iii. Segala kerugian yang dialami oleh Majlis akibat daripada perlanggaran syarat yang dilakukan oleh Pembekal boleh dituntut oleh Majlis sepenuhnya terhadap pembekal termasuk tuntutan gantirugi kerana gagal memenuhi tempoh sepenuhnya kontrak ini. Majlis berhak untuk menolak daripada bayaran yang akan diterima oleh kontraktor di bawah kontrak ini untuk menjelaskan apa-apa kerugian atau tuntutan yang dialami oleh Majlis terhadap pembekal.



16. PENAMATAN PERJANJIAN ATAS KEPENTINGAN NASIONAL


i. Tertakluk kepada mana-mana klausa di dalam kontrak ini, Majlis boleh menamatkan kontrak ini dengan memberi notis tidak kurang daripada enam puluh (60) hari kepada pembekal (tanpa kewajipan untuk memberikan sebab-sebab penamatan) sekiranya penamatan tersebut adalah demi kepentingan nasional, di atas keperluan keselamatan nasional atau tujuan polisi kerajaan atau polisi awam.


ii. Bagi tujuan klausa ini, apa yang merangkumi “kepentingan nasional”, “keperluan keselamatan nasional”, “polis kerajaan” dan “polisi awam” akan hanya dibuat dan ditentukan oleh Majlis dan penentuan tersebut  untuk apa-apa niat dan tujuan adalah muktamad dan mutlak serta tidak boleh dicabar dalam apa-apa jua keadaan.


17. JAWATANKUASA KETETAPAN PERTIKAIAN


i. Sebarang pertikaian atau tuntutan yang wujud di antara dua pihak berhubung perjanjian ini yang bukannya datang daripada arahan kerajaan hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Ketetetapan Pertikaian (JKP) yang terdiri daripada:-


a) Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor

b) Seorang wakil yang dilantik oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor

c) Seorang wakil yang dilantik oleh Pembekal


ii. JKP bolehlah melantik seorang pakar bebas yang mahir dalam bidang yang menjadi pertikaian tersebut dan segala kos yang ditanggung adalah secara saksama oleh kedua-dua pihak.



18. FORCE MAJEURE


i. Majlis dan Pembekal adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam memenuhi kehendak kontrak ini jika ianya berpunca daripada keadaan rusuhan,kekacauan awam,mogok,kebakaran,banjir,peperangan, atau sebab-sebab dan bahaya-bahaya lain yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak disebabkan oleh “Force Majeure”.


ii. Jika satu pihak tidak dapat melaksanakan obligasi di bawah kontrak ini disebabkan oleh berlakunya “Force Majeure” maka pihak tersebut hendaklah memaklumkan dengan segera tentang perkara tersebut dengan menyatakan butir-butir lengkap dan akibat daripadanya kepada pihak yang satu lagi.


iii. Jika kedua-dua pihak menganggap kejadian “Force Majeure” itu adalah teruk atau berterusan untuk satu jangka masa boleh menggagalkan tujuan asal kontrak ini,maka pihak-pihak bolehlah bersetuju supaya kontrak ini ditamatkan atas persetujuan bersama.



19. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG


Dalam menjalankan kerja-kerja kontrak, Pembekal mestilah mematuhi kesemua peruntukan undang-undang Malaysia dan kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan undang-undang itu oleh Pembekal boleh dianggap sebagai perbuatan perlanggaran syarat kepada Perjanjian ini.



20. NOTIS


Apa-apa notis permintaan atau tuntutan yang hendak disampaikan oleh mana-mana pihak kepada pihak yang satu lagi di bawah kontrak ini hendaklah dibuat secara bertulis dan boleh dihantar melalui pos berdaftar, faksimili atau serahan tangan ke alamat yang dinyatakan di dalam kontrak ini atau mana-mana alamat penerima yang diberitahu oleh pihak-pihak dari masa ke semasa :


i. Majlis Daerah Hulu Selangor

Jalan Bukit Kerajaan,

44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.

No.Telefon : 03-60641331 / 1050 No.Faksimili : 03-60643991


ii. Pembekal yang dilantik.



21. MASA


Masa adalah asas dan inti pati utama dalam kontrak / Sebut harga ini.

22. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana Sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri.



23. PENGGANTI HAKMILIK ADALAH TERIKAT


i. Perjanjian ini adalah mengikat waris-waris pesaka atau penerima hak pembekal

ii. Dalam kontrak ini, rujukan kepada Majlis dan pembekal hendaklah termasuk pengganti-pengganti dan penerima-penerima serahan haknya yang sah dari segi undang-undang.


24. PINDAAN

Tiada sebarang ubahsuaian, pindaan, tambahan atau penepisan atas mana-mana peruntukan kontrak ini adalah berkuatkuasa melainkan ia adalah atas persetujuan suatu bersama pihak-pihak yang dibuat secara bertulis menerusi Perjanjian Tambahan yang secara khusus merujuk kepada kontrak ini dan ditandatangani oleh pihak-pihak terlibat.


25. TAFSIRAN


Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.



26. INSURANS


Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam Sebut harga.



27. PEMBUNGKUSAN


i. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

ii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA



28. CUKAI


Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.



29. MATA WANG


Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).



30. PEMBUNGKUSAN


i. Barang hendaklah dibungkus mengikut kesesuaian untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;

ii. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan 

Iii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.



31. HAK HAK MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR


i. Majlis berhak menolak mana-mana tawaran yang difikirkan tidak sesuai dengan penggunaan dan mutu yang dikehendaki.

ii. Perkhidmatan yang diberikan hendaklah memenuhi penentuan yang ditetapkan.

iii. Majlis berhak dan boleh menggunakan bila-bila masa harga ditawarkan dalam tempoh sah laku yang telah ditetapkan. Jika tempoh sah laku Sebut harga tersebut telah tamat, persetujuan pihak syarikah akan dipohon terlebih dahulu bagi menggunakan harga tawaran yang telah dipersetujui dahulu setelah tempoh kontrak tamat.

iv. Pembayaran akan dibuat kepada pembekal / pembekal mengikut seperti di dalam Surat Setuju Terima (SST).


Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
221003 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MENGANGKAT SAMPAH

DAN

221507 PERKHIDMATAN > PENYEWAAN DAN PENGURUSAN > KEMUDAHAN AWAM/ SUKAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian