Perkhidmatan Bagi Menjalankan Aktiviti Pencegahan Dan Kawalan Denggi – Eco Kajang 3, Zon 13, 14 & 15
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj SB3/2020 |
Tarikh Iklan | 30 Jan 2020 - 6 Feb 2020 |
Tarikh Jual | 3 Feb 2020 - 6 Feb 2020 |
Tarikh Tutup | 6 Feb 2020 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | serahan tangan / pos di kaunter di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 6HB. FEBRUARI 2020 (KHAMIS) JAM 5.00 PETANG. |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan berikut.
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Memiliki Lesen Untuk Menjual Dan Menyimpan Racun Makhluk Perosak dari Jabatan Pertanian Malaysia & Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak dari Lembaga Racun Makhluk Perosak.
DOKUMEN MEJA TERKAWAL
Dokumen Meja Terkawal boleh disemak pada waktu pejabat di Kaunter Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 6A, Majlis Perbandaran Kajang, Selangor Darul Ehsan mulai tarikh iklan disiarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Bekalan dan Perolehan di talian 03-87368017 sambungan 7022, 7011, 7200, 7023 dan 7014.
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara on-line di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Pembelian Dokumen Tawaran secara on-line diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 3HB. FEBRUARI 2020 HINGGA 6HB. FEBRUARI 2020. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dihantar secara serahan tangan / pos di kaunter di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, b.p Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 6HB. FEBRUARI 2020 (KHAMIS) JAM 5.00 PETANG.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 220901 PERKHIDMATAN > PENGAWALAN DAN PENGAWASAN > KAWALAN SERANGGA PEROSAK, ANTI TERMITE |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |