Cetak
TD KP 22/2020

CADANGAN KERJA-KERJA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API BAGI PEJABAT DAN PREMIS-PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR, BAGI TEMPOH 24 BULAN

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Norazimah binti Mohd Arshad
E-mel norazimah@mphs.gov.my
No. Tel 03 6064 1331
Jabatan Bahagian Perolehan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Tender

Petender Majlis Perbandaran Hulu Selangor
No. Tender TD KP 22/2020
Tarikh Iklan 15 Jun 2020 - 6 Jul 2020
Tarikh Jual 15 Jun 2020 - 6 Jul 2020
Tarikh Tutup 6 Jul 2020
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar BAHAGIAN LOBI PEJABAT, MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR, JALAN BUKIT KERAJAAN, 44000 KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 300.00

Syarat Tender

1. Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian kewangan (MOF) di dalam:220801 – Kawalan KeselamatanDanUnit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)** Syarikat memiliki lesen, permit atau kebenaran menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan yang sah dan berkuat kuasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)**Syarikat adalah anggota Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) sebagai ahli yang sahNo. Tawaran : TDKP 22/2020Naskah Dokumen Meja tawaran akan dipamerkan mulai: Isnin, 15 Jun 2020Hingga: Isnin, 6 Julai 2020 waktu pejabat seperti berikut:Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi – 12.30 tengah hari           2.30 petang – 4.30 petangDi Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Hulu Selangor.2. Dokumen Tawaran Dokumen Tender boleh dibeli secara online melalui laman web http://tender.selangor.gov.my.dengan harga RM 300.00.3. Kontraktor/pemborong/pembekal digalakkan (sekiranya berkaitan) membuat lawatan tapak sebelum menghargakan tawaran sebutharga. Sebarang pertanyaan berkenaan teknikal dan spesifikasi kerja, pihak kontraktor/pemborong/pembekal boleh berhubung dengan Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Hulu Selangor4. Dokumen sebutharga yang lengkap hendaklah menyertakan bersama maklumat di Lampiran F, Lampiran G, Lampiran Q,  Borang A hingga Borang G, Lampiran Senarai Kuantiti, Perjanjian Bekalan dan Perkhidmatan,  Penyata bank 3 bulan terkini (Mac, April dan Mei 2020), Lesen Kementerian Kewangan, Lesen KDN dan resit pembelian yang asal dikepil dengan kemas dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di Bahagian Lobi Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 6 Julai 2020 sebelum jam  12.00 tengah hari.SYARAT-SYARAT TENDERTertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penender1. PEMBEKALANPembekal hendaklah Perkhidmatan Pengawal Keselamatan untuk Majlis Daerah Hulu Selangor bagi tempoh yang ditetapkan seperti didalam perjanjian / kontrak dan hendaklah mengikut spesifikasi dan arahan serta kelulusan Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakil yang diberi kuasa olehnya.2. INSURANKONTRAKTOR hendaklah atas nama bersama ‘KONTRAKTOR’ dan ‘KERAJAAN’ (KERAJAAN NEGERI SELANGOR atau YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR) mengambil insuran seperti berikut:i. Polisi Insurans Perkhidmatan atau Nota Liputan beserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar;ii. Polisi Insurans Tanggungan Awam ( iaitu insurans terhadap bencana kepada orang-orang dan kerosakan kepada harta ) atau Nota Liputan beserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar;iii. Nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial perkhidmatan (PERKESO);Sekiranya KONTRAKTOR gagal mengemukakan semua polisi insuran selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah PEGAWAI PENGUASA berhak mengambil tindakan sewajarnya.3. BON PELAKSANAANi. Jaminan Bank / Bank Islam / Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) / Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Bank SME) atau;ii. Jaminan Syarikat Kewangan atau;iii. Jaminan Insurans / Takaful atau;iv. Wang Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan potongan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada setiap bayaran interim sehingga mencapai jumlah lima peratus (5%) daripada Jumlah Harga Kontrak.4. HARGAHarga yang ditawarkan hendaklah harga bersih tidak termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan5. BARANG SETARATender boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.6. PERSETUJUANi. Majlis Daerah Hulu Selangor tidak terikat untuk setuju terima tender yang terendah atau mana-mana tender dan;ii. Penender hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.7. PELAKSANAAN Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi syarat, spesifikasi dan butir-butir yang telah dinyatakan dalam Dokumen TENDER ini dan juga arahan daripada PEGAWAI PENGUASA atau wakilnya. 8. KEGAGALAN OPERATOR MEMULAKAN KERJASekiranya KONTRAKTOR gagal memulakan kerja TENDER ini selepas tujuh hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden kerja, tanpa sebab-sebab yang munasabah, kerja untuk TENDER tersebut akan dibatalkan dan tindakan Tatatertib akan diambil terhadap KONTRAKTOR.9. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJAKONTRAKTOR tidak dibenarkan meng ‘sub-sewakan’ kan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. KONTRAKTOR tidak boleh menyerahkan apa-apa faedah di bawah kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada PEGAWAI PENGUASA.10. PENOLAKKAN KERJA OLEH PEGAWAI PENGUASAPEGAWAI PENGUASA atau wakilnya berhak menolak kerja-kerja yang tidak menepati Spesifikasi. Kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh OPERATOR sendiri.11. RINGKASAN TENDER.i. Ringkasan TENDER hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang TENDER ini dan hendaklah menjadi asas jumlah harga TENDER.ii. Ii. Harga-harga dalam Ringkasan TENDER hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan kos-kos lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja TENDER dengan sempurna.iii. Tiada sebarang  tuntutan  akan dilayan bagi penyelarasan harga akibat daripada perubahan kos, bahan-bahan dan semua duti dan cukai KERAJAAN, samada DALAM TEMPOH SAH sebutharga atau dalam tempoh kerja.iv. Kadar dan harga dalam Ringkasan TENDER yang dikemukakan oleh KONTRAKTOR hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada PEGAWAI PENGUASA tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan TENDER hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.v. Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan TENDER menurut                                perkara (iv) di atas dan apa-apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan TENDER hendaklah dilaraskan dan diperbetulkan sebelum Kerja dikeluarkan. Jumlah harga yang dilaraskan hendaklah sama dengan jumlah harga pukal (lump sum) yang dinyatakan dalam Borang TENDER. Jumlah harga pukal dalam Borang TENDER hendaklah tetap tidak berubah.12. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN TENDERJika KONTRAKTOR mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen TENDER, wakilnya hendaklah merujuk kepada PEGAWAI PENGUASA untuk mendapatkan keputusannya.13. BURUH DAN PERALATAN KERJA Pihak kontraktor hendaklah membekalkan semua anggota keselematan lengkap  dengan perlatan ‘clocking’ serta ‘walkie-talkie’, lampu suluh dan peralatan keselamatan yang lain termasuk pengangkutan yang diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini dan semua ini disediakan atas tanggungan dan dibiayai kontraktor sendiri. Bagi memastikan kerja-kerja ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan memuaskan, maka semua alatan kerja dan pengangkutan hendaklah disimpan setiap masa, dibaiki dan diselenggarakan dengan baik oleh kontraktor sendiri. 14. PENGAWASAN OLEH KONTRAKTORPihak kontraktor hendaklah melantik seorang wakil yang cekap untuk menjadi pengawas/wakil kontraktor semasa ketiadaannya dan arahan yang diberikan kepada wakilnya hendaklah menjadi tanggungjawab pihak kontraktor atau wakilnya hendaklah apabila diminta hadir ke pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor untuk memberi laporan kemajuan kerjanya dan menerima arahan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya.15. HALANGANPihak kontraktor hendaklah menentukan bahawa tidak ada kesusahan atau halangan yang timbul kepada orang ramai atau awam waktu menjalankan pekerjaan.16. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHIPenender dikehendaki meperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atai piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.17. PENOLAKANi. Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui tendernya boleh ditolak;ii. Apabila diminta, penender hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu;daniii. Fasa-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidak memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.18. PERNYATAAN, WARANTI DAN AKU JANJI KONTRAKTORi. Kontraktor adalah dikehendaki menjalankan kerja-kerja kontrak menurut lokasi yang ditentukan di dalam pelan tapak dan spesifikasi kerja yang disediakan di dalam kontrak/tender ini termasuk apa-apa arahan, perubahan, pindaan atau tambahan kerja yang ditentukan oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya dari masa ke semasa.ii. Sebaik sahaja tender / kontrak ini ditandatangani, kontraktor hendaklah mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Majlis bagi menjalankan kerja-kerja kontrak kepada Majlis untuk tujuan rekod dan beberapa pematuhan syarat seperti berikut;a) Sekiranya kontraktor menggunakan khidmat pekerja-pekerja yang terdiri daripada warganegara asing, kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Majlis senarai nama pekerja yang diambil oleh kontraktor bagi kerja-kerja kontrak berserta dengan sesalinan passport dan permit kerja.b) Bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini, kontraktor adalah pada bila-bila masa dilarang mengambil bekerja, mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat dengan Majlis sama ada tetap, sementara kontrak atau sambilan.c) Salinan polisi insurans.d) Salinan perakuan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.e) Salinan pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).f) Salinan Lesen KDNg) Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).h) Salinan Jadual Kerja-kerja Kontrak yang ditetapkan oleh kontraktor dan dipersetujui oleh Majlis.i) Menyediakan peralatan yang sesuai, sempurna dan mencukupi serta sesalinan inventori diserahkan kepada Majlis.j) Mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya akan contoh-contoh bahan yang hendak dibekalkan dan hendaklah yang mempunyai mutu terbaik, tulen yang boleh didapati di pasaran dan belum digunakan.iii. Walau apa pun yang terkandung dalam sebutharga ini adalah disahkan oleh Pihak-Pihak dalam sebutharga ini bahawa:-a) Kesemua pekerja kontraktor adalah bukan pekerja, kakitangan atau wakil dan kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memenuhi segala syarat-syarat pengambilan pekerja yang dimestikan oleh undang-undang yang terpakai termasuk membuat bayaran SOCSO, pampasan pekerja dan sebagainya.b) Apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana pekerja kontraktor sewaktu melakukan kerja-kerja kontrak adalah bukan menjadi tanggungjawab Majlis tetapi adalah menjadi tanggungjawab kontraktor sepenuhnya.iv. Ringkasan Tendera) Kontraktor hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja kontrak dengan sempurnanya. b) Kontraktor tidak boleh membuat sebarang tuntutan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebutharga atau dalam tempoh kerja.19. PENYELIAAN KERJA-KERJA KONTRAKi. Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor boleh mewakilkan kepada Pegawai Penyelia untuk kuasa-kuasa menyelia dan memeriksa kerja-kerja kontrak supaya dijalankan dengan sempurna, termasuk memberi apa-apa arahan kepada kontraktor jika diperlukan.ii. Walau apa pun yang bertentangan yang terkandung di dalam sebutharga ini mana-mana Pegawai Majlis lain yang diarahkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor mempunyai hak sepenuhnya dari masa ke semasa untuk membuat apa-apa pemeriksaan dan mengeluarkan apa-apa arahan kepada kontraktor mengenai kerja-kerja kontrak sekiranya dirasakan adalah perlu untuk berbuat demikian20. TANGGUNG RUGI (INDEMNITI)i. Kontraktor hendaklah pada bila-bila masa hendaklah menanggung rugi dan menyebabkan Majlis sentiasa ditanggung rugi daripada dan terhadap semua atau apa-apa tindakan prosiding,tuntutan yang dibuat,dikenakan atau dibawa oleh mana-mana orang terhadap Majlis,berkenaan dengan apa-apa perkara berkaitan dengan kecuaian,perlanggaran kewajipan atau tindakan salah oleh kontraktor,pekerja-pekerja dan / atau agen-agennya dalam menjalankan kerja-kerja kontrak.ii. Kontraktor hendaklah menanggung sepenuhnya apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang mengalami kerugian,kecederaan atau kematian semasa kerja-kerja kontrak dijalankan yang mana berpunca dari kelalaian dan kecuaian kontraktor,kakitangan atau agen kontraktor dan hendaklah memberi pampasan dan mengganti rugi sepenuhnya jika tuntutan itu dibuat oleh mana-mana pihak yang terbabit terhadap Majlis.21. PENYERAHAKKAN ATAU INOVASIi. Kontraktor adalah dilarang sama sekali daripada memindah atau menyerahkan hak faedah Perjanjian atau kerja-kerja kontrak ini kecuali mendapat kelulusan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor.22. PENAMATANi. Kontraktor adalah melakukan pelanggaran sekiranya berlaku mana-mana daripada perbuatan atau keadaan yang berikutnya:a) Kontraktor melanggar dan mengingkari mana-mana syarat dalam sebutharga ini atau mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah sebutharga ini termasuk mana-mana arahan Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau mana-mana arahan pegawai yang diberi kuasa olehnya, untuk memberi arahan kepada kontraktor ; ataub) Kontraktor menamatkan sebutharga ini sebelum tamatnya tempoh Perjanjian ini; atauc) Sekiranya kontraktor diisytiharkan muflis, bankrap atau telah digulung secara proses perundangan sama ada permintaannya ataupun sebaliknya.ii. Sekiranya berlaku mana-mana perlanggaran syarat-syarat yang diperuntukan dalam sebutharga ini, Majlis adalah berhak untuk menamatkan kontrak ini atas perlanggaran syarat oleh kontraktor dengan memberi notis dalam tempoh tiga puluh (30) hari kepada kontraktor dengan cara penyerahan secara kendiri atau melalui pos dalam suatu sampul yang dijelaskan bayarannya dan di alamat kepada tempat tinggal kontraktor atau tempat perniagaannya yang biasa atau akhir diketahui atas segala tuntutan dan kerugian yang dialami oleh Majlis akibat daripada perbuatan perlanggaran syarat yang dilakukan oleh kontraktor.iii. Segala kerugian yang dialami oleh Majlis akibat daripada perlanggaran syarat yang dilakukan oleh kontraktor boleh dituntut oleh Majlis sepenuhnya terhadap kontraktor termasuk tuntutan gantirugi kerana gagal memenuhi tempoh sepenuhnya kontrak ini. Majlis berhak untuk menolak daripada bayaran yang akan diterima oleh kontraktor di bawah kontrak ini untuk menjelaskan apa-apa kerugian atau tuntutan yang dialami oleh Majlis terhadap kontraktor. 23. PENAMATAN PERJANJIAN ATAS KEPENTINGAN NASIONALi. Tertakluk kepada mana-mana klausa di dalam kontrak ini, Majlis boleh menamatkan kontrak ini dengan memberi notis tidak kurang daripada enam puluh (60) hari kepada kontraktor (tanpa kewajipan untuk memberikan sebab-sebab penamatan) sekiranya penamatan tersebut adalah demi kepentingan nasional, di atas keperluan keselamatan nasional atau tujuan polisi kerajaan atau polisi awam.ii. Bagi tujuan klausa ini, apa yang merangkumi “kepentingan nasional”, “keperluan keselamatan nasional”, “polis kerajaan” dan “polisi awam” akan hanya dibuat dan ditentukan oleh Majlis dan penentuan tersebut  untuk apa-apa niat dan tujuan adalah muktamad dan mutlak serta tidak boleh dicabar dalam apa-apa jua keadaan.24. JAWATANKUASA KETETAPAN PERTIKAIANi. Sebarang pertikaian atau tuntutan yang wujud di antara dua pihak berhubung perjanjian ini yang bukannya datang daripada arahan kerajaan hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Ketetetapan Pertikaian (JKP) yang terdiri daripada:-a) Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangorb) Seorang wakil yang dilantik oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangorc) Seorang wakil yang dilantik oleh Kontraktorii. JKP bolehlah melantik seorang pakar bebas yang mahir dalam bidang yang menjadi pertikaian tersebut dan segala kos yang ditanggung adalah secara saksama oleh kedua-dua pihak.25. FORCE MAJEUREi. Majlis dan Kontraktor adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam memenuhi kehendak kontrak ini jika ianya berpunca daripada keadaan rusuhan,kekacauan awam,mogok,kebakaran,banjir,peperangan, atau sebab-sebab dan bahaya-bahaya lain yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak disebabkan oleh “Force Majeure”.ii. Jika satu pihak tidak dapat melaksanakan obligasi di bawah kontrak ini disebabkan oleh berlakunya “Force Majeure” maka pihak tersebut hendaklah memaklumkan dengan segera tentang perkara tersebut dengan menyatakan butir-butir lengkap dan akibat daripadanya kepada pihak yang satu lagi.iii. Jika kedua-dua pihak menganggap kejadian “Force Majeure” itu adalah teruk atau berterusan untuk satu jangka masa boleh menggagalkan tujuan asal kontrak ini,maka pihak-pihak bolehlah bersetuju supaya kontrak ini ditamatkan atas persetujuan bersama.26. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG Dalam menjalankan kerja-kerja kontrak, Kontraktor mestilah mematuhi kesemua peruntukan undang-undang Malaysia dan kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan undang-undang itu oleh Kontraktor boleh dianggap sebagai perbuatan perlanggaran syarat kepada Perjanjian ini.27. NOTIS Apa-apa notis permintaan atau tuntutan yang hendak disampaikan oleh mana-mana pihak kepada pihak yang satu lagi di bawah kontrak ini hendaklah dibuat secara bertulis dan boleh dihantar melalui pos berdaftar, faksimili atau serahan tangan ke alamat yang dinyatakan di dalam kontrak ini atau mana-mana alamat penerima yang diberitahu oleh pihak-pihak dari masa ke semasa :i. Majlis Daerah Hulu Selangor Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. No.Telefon : 03-60641331 No.Faksimili : 03-60643991ii. Kontraktor yang dilantik.28. MASAMasa adalah asas dan inti pati utama dalam kotak / sebutharga ini.29. PENGIKLANAN Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebutharga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri.30. PENGGANTI HAKMILIK ADALAH TERIKAT        i. Perjanjian ini adalah mengikat waris-waris pesaka atau penerima hak kontraktor.      ii.    Dalam kontrak ini,rujukan kepada Majlis dan kontraktor hendaklah termasuk pengganti-pengganti dan penerima-penerima serahan haknya                 yang sah dari segi undang-undang.31. PINDAANTiada sebarang ubahsuaian, pindaan, tambahan atau penepisan atas mana-mana peruntukan kontrak ini adalah berkuatkuasa melainkan ia adalah atas persetujuan suatu bersama pihak-pihak yang dibuat secara bertulis menerusi Perjanjian Tambahan yang secara khusus merujuk kepada kontrak ini dan ditandatangani oleh pihak-pihak terlibat.32. TAFSIRANSebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.33. PEMBUNGKUSANi. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; danii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA34. CUKAIHarga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.35. MATA WANGSebutharga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).36. PEMBUNGKUSANi. Barang hendaklah dibungkus mengikut kesesuaian untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;ii. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan iii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.37. HAK-HAK MAJLIS DAERAH HULU SELANGORi. Majlis berhak menolak mana-mana tawaran yang difikirkan tidak sesuai dengan penggunaan dan mutu yang dikehendaki.ii. Perkhidmatan yang diberikan hendaklah memenuhi penentuan yang ditetapkan.iii. Majlis berhak dan boleh menggunakan bila-bila masa harga ditawarkan dalam tempoh sah laku yang telah ditetapkan. Jika tempoh sah laku sebutharga tersebut telah tamat, persetujuan pihak syarikah akan dipohon terlebih dahulu bagi menggunakan harga tawaran yang telah dipersetujui dahulu setelah tempoh kontrak tamat.iv. Pembayaran akan dibuat kepada pembekal / kontraktor mengikut seperti di dalam Surat Setuju Terima (SST).v. Hak MDHS untuk Mendapatkan Perkhidmatan daripada punca lainv.i MDHS berhak mendapatkan perkhidmatan kawalan keselamatan daripada punca lain selain Syarikat jika Syarikat tidak dapat melaksanakan perkhidmatan kawalan keselamatan atau apa-apa bahagian daripada perkhidmatan kawalan keselamatan.v.ii Sekiranya MDHS membuat keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan kawalan keselamatan daripada punca lain selain Syarikat, MDHS boleh mengenakan kos tersebut terhadap Syarikat termasuk dengan merampas apa-apa jumlah daripada Bon Pelaksanaan (BP). Walau bagaimanapun, sekiranya nilai BP tidak  mencukupi untuk menampung tuntutan MDHS, MDHS boleh mengambil langkah-langkah berikut: v.ii.i     Menuntut secara bertulis baki wang tersebut daripada Syarikat dan Syarikat hendaklah membuat pembayaran selewat-lewatnya tiga puluh                     (30) hari selepas menerima tuntutan bertulis daripada MDHS; dan v.ii.ii   Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan undang-undang pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Syarikat                     sekiranya Syarikat gagal membuat pembayaran setelah tamat tempoh tiga puluh (30) hari penerimaan tuntutan bertulis daripada Kerajaan

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 220801 PERKHIDMATAN > PERTAHANAN DAN KESELAMATAN > KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN)

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian