Perkhidmatan Pembersihan Parit Monsun Di Sepanjang Jalan P10/10 Seksyen 10 Bandar Baru Bangi.
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj SB8/2020 |
Tarikh Iklan | 19 Jun 2020 - 25 Jun 2020 |
Tarikh Jual | 22 Jun 2020 - 25 Jun 2020 |
Tarikh Tutup | 25 Jun 2020 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | serahan tangan / pos di kaunter di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan berikut.
DOKUMEN MEJA
TERKAWAL
Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar
secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor
telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor
2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan
salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut
hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian
boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan
Dokumen Tawaran adalah pada 22HB. JUN
2020 HINGGA 25HB JUN 2020. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas
dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dihantar secara serahan tangan / pos di kaunter di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 25HB. JUN 2020 (KHAMIS) JAM 5.00 PETANG. Sila patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar dokumen tawaran seperti memastikan penjarakan sosial dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar dokumen tawaran secara berkumpulan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Dalam
hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan,
amalan penjarakkan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu
dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 221002 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MEMBERSIH KAWASAN |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
MPKj SB8/2020-Untuk Rujukan Sahaja | 3.44 MB | application/pdf | Muat Turun |