Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Di Jalan Damai Perdana 10/3, 10/3A, 10/3B, 10/3C, 10/3D, 10/3E Dan 10/3F, Bandar Damai Perdana, Cheras, Daerah Hulu Langat Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya.
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S51/2020 |
Tarikh Iklan | 22 Jun 2020 - 7 Jul 2020 |
Tarikh Jual | 23 Jun 2020 - 7 Jul 2020 |
Tarikh Tutup | 7 Jul 2020 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan berikut.
DOKUMEN MEJA
TERKAWAL
Dokumen Meja
Terkawal boleh disemak di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar
secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor
telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor
2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan
melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit
tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan
Dokumen Tawaran adalah pada 23HB. JUN
2020 HINGGA 7HB JULAI 2020. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas
dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen
Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat
bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis
Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000
Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM
atau PADA 7HB. JULAI 2020 (SELASA) JAM 12.00 TENGAHARI. Pihak
tuan/puan digalakkan untuk menghantar dokumen tawaran seawal tiga (3) hari
bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan
Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
semasa menghantar dokumen tawaran seperti memastikan penjarakan sosial dipatuhi
dan tidak dibenarkan menghantar dokumen tawaran secara berkumpulan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan
tapak adalah tidak diwajibkan. Namun
begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum
mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak
bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan
kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan
mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Dalam
hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak
berkenaan, amalan penjarakkan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face
mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
|
---|---|
Bidang Pengkhususan CIDB |
CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN
DAN CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM |
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
MPKj S51/2020-Untuk Rujukan Sahaja | 2.51 MB | application/pdf | Muat Turun |