Cetak
SH PK 135/ 2020

MEMBEKAL PAKAIAN SERAGAM BAGI PENGARAH PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, PEMBANTU PENGUATKUASA KANAN DAN PEMBANTU PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Roslan Bin Abd Rahman
E-mel ros.abdrahman@yahoo.com
No. Tel 03 6064 1331
Jabatan Bahagian Perolehan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Hulu Selangor
No. Sebut Harga SH PK 135/ 2020
Tarikh Iklan 23 Jul 2020 - 4 Aug 2020
Tarikh Jual 23 Jul 2020 - 4 Aug 2020
Tarikh Tutup 4 Aug 2020
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Majlis Daerah Hulu Selangor
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.
Tarikh & Masa Taklimat 28 Jul 2020 09:00
Alamat Taklimat Bilik Mesyuarat 3,
Majlis Daerah Hulu Selangor
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA

 

 

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diuba dengan khususnya oleh penyebut harga

 

1.         PEMBEKALAN

Pembekal hendaklah membekal MEMBEKAL PAKAIAN SERAGAM BAGI PENGARAH PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, PEMBANTU PENGUATKUASA KANAN DAN PEMBANTU PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR tempoh yang ditetapkan seperti di dalam perjanjian / kontrak dan hendaklah mengikut spesifikasi dan arahan serta kelulusan Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakil yang diberi kuasa olehnya.

 

2.         HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih tidak termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

 

3.         BARANG SETARA

 

Sebutharga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

 

 

4.         PERSETUJUAN

 

              i.             Majlis Daerah Hulu Selangor tidak terikat untuk setuju terima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga dan;

 

             ii.             Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

 

 

5.         PELAKSANAAN PEMBEKALAN

  

              i.             Pembekalan oleh pihak syarikat adalah bergantung kepada jumlah yang dipesan oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.

 

             ii.             Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor akan membuat pesanan awal dan tarikh pesanan juga boleh berubah mengikut keperluan sediaada di MDHS sebelum sesuatu pesanan pembekalan dilaksanakan oleh pihak syarikat.

 

           iii.             Jumlah anggaran boleh berubah mengikut pesanan yang dibuat oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor bagi setiap unit yang dinyatakan. Walaubagaimanapun harga tawaran tidak boleh diubah kecuali dipersetujui oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.

 

           iv.             Pembekalan hendaklah disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya terdapat kelewatan pihak MDHS berhak untuk mengenakan denda lewat (LAD) pengikut perkiraan seperti berikut:

 

RM 50.00/sehari atau (LAD=BLR (6.90%) / 365 hari x harga kontrak. Yang mana nilainya lebih tinggi)

 

6.         BURUH DAN PERALATAN KERJA

 

          Pihak pembekal hendaklah membekal semua buruh dengan alat-alat kerja dan pengangkutan yang diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini dan semua ini disediakan atas tanggungan dan dibiayai pembekal sendiri.Bagi memastikan kerja-kerja ini dapat diselenggara dengan teratur dan memuaskan, maka semua alatan kerja dan pengangkutan hendaklah disimpan setiap masa, dibaiki dan diselenggarakan dengan baik oleh kontraktor sendiri.

 

 

7.         PENGAWASAN OLEH KONTRAKTOR

 

Pihak pembekal hendaklah melantik seorang wakil yang cekap untuk menjadi pengawas/wakil pembekal semasa ketiadaannya dan arahan yang diberikan kepada wakilnya hendaklah menjadi tanggungjawab pihak pembekal atau wakilnya hendaklah apabila diminta hadir ke pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor untuk memberi laporan kemajuan kerjanya dan menerima arahan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya.

 

 

8.         HALANGAN

 

Pihak pembekal hendaklah menentukan bahawa tidak ada kesusahan atau halangan yang timbul kepada orang ramai atau awam waktu menjalankan pekerjaan.

 

9.         PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

 

Penyebut harga dikehendaki meperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atai piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

 

 

 

 

10.      PENOLAKAN

 

              i.             Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebutharganya boleh ditolak;

 

             ii.             Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu;dan

 

           iii.             Fasa-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidak memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

 

 

11.      PERNYATAAN, WARANTI DAN AKU JANJI KONTRAKTOR

 

              i.             Kontraktor adalah dikehendaki  membekal MEMBEKAL PAKAIAN SERAGAM BAGI PENGARAH PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, PEMBANTU PENGUATKUASA KANAN DAN PEMBANTU PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR seperti yang ditentukan di spesifikasi bekalan yang disediakan di dalam kontrak/sebutharga ini termasuk apa-apa arahan,perubahan,pindaan atau tambahan kerja yang ditentukan oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya dari masa ke semasa.

 

             ii.             Sebaik sahaja sebutharga / kontrak ini ditandatangani, pembekal hendaklah mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Majlis bagi menjalankan kerja-kerja kontrak kepada Majlis untuk tujuan rekod dan beberapa pematuhan syarat seperti berikut;

 

a)         Sekiranya pembekal menggunakan khidmat pekerja-pekerja yang terdiri daripada warganegara asing, pembekal hendaklah mengemukakan kepada Majlis senarai nama pekerja yang diambil oleh pembekal bagi kerja-kerja kontrak berserta dengan sesalinan passport dan permit kerja.

 

b)         Bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini, pembekal adalah pada bila-bila masa dilarang mengambil bekerja, mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat dengan Majlis sama ada tetap, sementara kontrak atau sambilan.

 

c)         Salinan perakuan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

 

d)         Salinan pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

 

e)         Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

f)          Salinan Jadual Kerja-kerja Bekalan yang ditetapkan oleh pembekal dan dipersetujui oleh Majlis.

 

g)         Menyediakan peralatan yang sesuai, sempurna dan mencukupi serta sesalinan inventori diserahkan kepada Majlis.

 

h)         Mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya akan contoh-contoh bahan yang hendak dibekalkan dan hendaklah yang mempunyai mutu terbaik, tulen yang boleh didapati di pasaran dan belum digunakan.

 

           iii.             Walau apa pun yang terkandung dalam sebutharga ini adalah disahkan oleh Pihak-Pihak dalam sebutharga ini bahawa:-

 

a)         Kesemua pekerja pembekal adalah bukan pekerja, kakitangan atau wakil dan pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memenuhi segala syarat-syarat pengambilan pekerja yang dimestikan oleh undang-undang yang terpakai termasuk membuat bayaran SOCSO, pampasan pekerja dan sebagainya.

 

b)         Apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana pekerja pembekal sewaktu melakukan kerja-kerja kontrak adalah bukan menjadi tanggungjawab Majlis tetapi adalah menjadi tanggungjawab kontraktor sepenuhnya.

 

           iv.             Ringkasan Sebutharga

 

a)         Pembekal hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja kontrak dengan sempurnanya.

 

b)         Pembekal tidak boleh membuat sebarang tuntutan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebutharga atau dalam tempoh kerja.

 

 

12.      PENYELIAAN KERJA-KERJA KONTRAK

 

              i.             Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor boleh mewakilkan kepada Pegawai Penyelia untuk kuasa-kuasa menyelia dan memeriksa kerja-kerja kontrak supaya dijalankan dengan sempurna, termasuk memberi apa-apa arahan kepada pembekal jika diperlukan.

 

             ii.             Walau apa pun yang bertentangan yang terkandung di dalam sebutharga ini mana-mana Pegawai Majlis lain yang diarahkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor mempunyai hak sepenuhnya dari masa ke semasa untuk membuat apa-apa pemeriksaan dan mengeluarkan apa-apa arahan kepada pembekal mengenai kerja-kerja kontrak sekiranya dirasakan adalah perlu untuk berbuat demikian

 

 

13.      TANGGUNG RUGI (INDEMNITI)

 

              i.             Pembekal hendaklah pada bila-bila masa hendaklah menanggung rugi dan menyebabkan Majlis sentiasa ditanggung rugi daripada dan terhadap semua atau apa-apa tindakan prosiding,tuntutan yang dibuat,dikenakan atau dibawa oleh mana-mana orang terhadap Majlis,berkenaan dengan apa-apa perkara berkaitan dengan kecuaian,perlanggaran kewajipan atau tindakan salah oleh kontraktor,pekerja-pekerja dan / atau agen-agennya dalam menjalankan kerja-kerja kontrak.

 

             ii.             Pembekal hendaklah menanggung sepenuhnya apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang mengalami kerugian,kecederaan atau kematian semasa kerja-kerja kontrak dijalankan yang mana berpunca dari kelalaian dan kecuaian kontraktor,kakitangan atau agen kontraktor dan hendaklah memberi pampasan dan mengganti rugi sepenuhnya jika tuntutan itu dibuat oleh mana-mana pihak yang terbabit terhadap Majlis.

 

 

14.     

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 020804 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PAKAIAN DAN KELENGKAPAN > PAKAIAN KESELAMATAN, KELENGKAPAN DAN AKSESORI
DAN
222401 PERKHIDMATAN > PERKHIDMATAN MENJAHIT DAN MEMBAIKPULIH > MENJAHIT PAKAIAN DAN KELENGKAPAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian