Cadangan Membekal Dan Memasang Kemudahan Riadah Di Kawasan Lapang Jalan Jaya 4, Taman Jaya II, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj SB20/2020 |
Tarikh Iklan | 10 Sep 2020 - 17 Sep 2020 |
Tarikh Jual | 14 Sep 2020 - 17 Sep 2020 |
Tarikh Tutup | 17 Sep 2020 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | serahan tangan / pos di kaunter di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan berikut.
DOKUMEN MEJA TERKAWAL
Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 14HB. SEPTEMBER 2020 HINGGA 17HB. SEPTEMBER 2020. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dihantar secara serahan tangan / pos di kaunter di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 17HB. SEPTEMBER 2020 (KHAMIS) JAM 5.00 PETANG. Sila patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar dokumen tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar dokumen tawaran secara berkumpulan.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
080199 KEJURUTERAAN AWAM, BINAAN DAN KELENGKAPAN KEMUDAHAN AWAM > KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM > PEMBUAT (KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM) ATAU 080101 KEJURUTERAAN AWAM, BINAAN DAN KELENGKAPAN KEMUDAHAN AWAM > KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM > KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM (KECUALI KELENGKAPAN KEMUDAHAN PERMAINAN/SUKAN) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
MPKj SB20/2020-Dokumen Meja Terkawal (Untuk Rujukan Sahaja) | 3.43 MB | application/pdf | Muat Turun |