Cetak
JAKESS/M&L/MRS-07/2020

PERKHIDMATAN MENCUCI, MEMBERSIH DAN MENYELENGGARA LANDSKAP DI BANGUNAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PETALING BAGI TEMPOH DUA TAHUN

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Noor Turisinin Binti Afi
E-mel turisininafi@esyariah.gov.my
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
No. Sebut Harga JAKESS/M&L/MRS-07/2020
Tarikh Iklan 10 Sep 2020 - 17 Sep 2020
Tarikh Jual 11 Sep 2020 - 17 Sep 2020
Tarikh Tutup 17 Sep 2020
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar UNIT PEROLEHAN,
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR,
ARAS 1, BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH SULTAN IDRIS SHAH,
PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR
Tarikh & Masa Taklimat 11 Sep 2020 10:30
Alamat Taklimat MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PETALING,
JALAN BINTANG U5/33,
SEKSYEN U5, 40150,
SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 10.00

Syarat Sebut Harga

1.     Tawaran adalah dipelawa daripada penyebut harga-penyebut harga  yang sah berdaftar yang mempunyai kod bidang 221001 (Pembersihan Bangunan Dan Pejabat) DAN 221002 (Membersih Kawasan), bertaraf Bumiputera, dan mempunyai lesen pendaftaran Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah.

2.     Syarikat beralamat dan berdaftar di negeri Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.

3.     Bayaran RM10.00 bagi pembelian dokumen sebut harga hendaklah dibuat melalui sistem penjualan dokumen tender dan sebut harga Negeri Selangor (http://tender.selangor.gov.my).

4.     Dokumen atau borang tawaran sebut harga hendaklah diisikan dengan lengkap dan jelas serta dimasukkan ke dalam sampul surat dan dituliskan nombor Sebut harga di sebelah atas kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor sebelum atau pada jam 12.00 tengahari 17 September 2020 (Khamis) berserta dokumen-dokumen (sijil dan lesen) wajib yang dinyatakan, UPEN, resit pembelian borang sebut harga dan 3 bulan terkini (Mei, Jun dan Julai 2020) Penyata Kewangan yang telah diperakui sah oleh bank.

5.     Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran sebut harga.

6.     Hanya kontraktor yang hadir taklimat dan lawatan tapak sahaja yang dibenarkan menyertai tawaran sebut harga ini.

7.     Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 11 September 2020 (Jumaat)  di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, 40150, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

8.     Hanya seorang pegawai syarikat yang ditauliahkan di dalam sijil pendaftaran sahaja yang diterima mengikuti taklimat  yang diadakan.

9.     Sila bawa sesalinan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia dan Kod Bidang kod bidang 221001 (Pembersihan Bangunan Dan Pejabat) DAN 221002 (Membersih Kawasan), bertaraf Bumiputera, dan mempunyai lesen pendaftaran Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), cop syarikat dan mengemukakan kad pengenalan semasa pendaftaran taklimat bagi kerja sebut harga ini sebagai bukti penama atau pemilik sah syarikat.

10.   Sebarang pertanyaan mengenai sebut harga ini boleh berhubung dengan Pn Turisinin daripada Unit Perolehan JAKESS di talian 03-55191291 / 55191294 (1132 / 1149). Pertanyaan berkenaan alamat atau lokasi tapak taklimat sila hubungi 011-56968095 - MRS Petaling.

11.  Adalah menjadi tanggungjawab setiap penyebut harga bagi memastikan lokasi taklimat yang dihadiri betul bagi mengelakkan kesilapan lokasi dan kelewatan bagi menghadiri taklimat dan lawatan tapak mengikut jadual yang telah ditetapkan.

12.  JAKESS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan atau kos kehilangan pada mana-mana dokumen sebutharga yang dihantar melalui pos.

 

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 Mahkamah Rendah Syariah Petaling,
Jalan Bintang U5/33,
Seksyen U5, 40150,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Mahkamah Rendah Syariah Petaling,
Jalan Bintang U5/33,
Seksyen U5, 40150,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
11 Sep 2020 10:30

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
221001 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT

DAN

221002 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MEMBERSIH KAWASAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA MRS PETALING 167.66 kB application/pdf Muat Turun