Cetak
SH W 161/ 2020

PERKHIDMATAN MEMBEKAL KERTAS, MENCETAK, BIL CUKAI TAKSIRAN, NOTIS TUNTUTAN CUKAI TAKSIRAN (BORANG E) DAN LAIN-LAIN BIL ATAU NOTIS MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR UNTUK TAHUN 2021

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Roslan Bin Abd Rahman
E-mel ros.abdrahman@yahoo.com
No. Tel 03 6064 1331
Jabatan Bahagian Perolehan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Hulu Selangor
No. Sebut Harga SH W 161/ 2020
Tarikh Iklan 23 Oct 2020 - 30 Oct 2020
Tarikh Jual 23 Oct 2020 - 30 Oct 2020
Tarikh Tutup 30 Oct 2020
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Majlis Daerah Hulu Selangor,
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT-SYARAT AM

 

1.                  DEFINISI

 

1.1   

“Majlis”

:

Perkataan “Majlis” yang digunakan di dalam Perjanjian ini hendaklah bermaksud MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang beralamatdi Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.

 

1.2   

“Pembekal”

:

Perkataan “Pembekal” yang digunakan di dalam Sebut Harga ini hendaklah bermaksud pembekal bumiputera yang berdaftar dengan kementerian kewangan didalam bidang, sub bidang dan pecahan bidang yang telah ditetapkan dan berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

 

1.3   

“Perkhidmatan”

:

Perkataan “Perkhidmatan” yang digunakan di dalam Sebut Harga hendaklah bermaksud semua kerja-kerja yang dilaksanakan untuk penyediaan keperluan percetakan, membuat sampel untuk percetakan, menjalankan percetakan, proses folding & inserting, penyediaan keperluan pengeposan, melaksanakan kerja pengeposan, penghantaran bil, dan perkhidmatan archiving data untuk Majlis.

 

 

2.            PELAKSANAAN PERKHIDMATAN

 

2.1       Kuantiti adalah anggaran Majlis semata-mata dan Majlis berhak untuk menambah atau mengurangkan kuantiti.

 

2.2       Kuantiti setiap pesanan yang dibuat oleh Majlis adalah bergantung kepada keperluan Majlis pada ketika itu.

 

2.3       Harga tawaran yang ditetapkan oleh Pembekal adalah harga tawaran bagi tempoh 6 bulan dan sebarang kenaikan harga pada mana-mana perkhidmatan adalah risiko pihak Pembekal dan pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kenaikan harga.

 

2.4       Bayaran hanya akan dibuat setelah Pembekal menyempurnakan perkhidmatan proses dan penghantaran surat. Pembekal juga perlu mendahulukan bayaran bagi perkhidmatan pos yang digunakan. Bukti pengeposan daripada Pos Malaysia perlu disertakan untuk pengesahan oleh pihak Majlis.

 

2.5       Selepas arahan kerja dikeluarkan dan diterima oleh pihak Pembekal :

 

2.5.1 Pembekal dikehendaki menyempurnakan perkhidmatan dalam masa 7 hari selepas pesanan rasmi Majlis diterima.

 

2.5.2 Jika pihak Pembekal gagal melaksanakan kerja dalam tempoh 7 hari maka surat peringatan akan dikeluarkan. Sekiranya pihak Pembekal masih gagal mematuhi peringatan tersebut dalam tempoh 3 hari, maka pihak Majlis berhak untuk mengeluarkan notis penamatan kontrak.

 

2.6       Majlis berhak menukar/mengubah sebarang format kertas komputer mengikut keadaan atau keperluan Majlis. Pembekal perlu mengemukakan 1 sampel ‘artwork’ iaitu mengikut format yang telah ditetapkan dalam tempoh 3 hari penerimaan data daripada pihak Majlis.

 

2.7       Tindakan sewajarnya akan diambil bagi pembekal yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan atau gagal menyempurnakan perkhidmatan dalam tempoh yang dijanjikan.

 

2.8       Pembekal dikehendaki mengkaji dan mengemukakan Jadual  Perlaksanaan  bagi memproses bil cukai dan bil notis cukai dengan mengambil kira proses percetakan data, proses inserting & folding dan perkara-perkara yang berkaitan.

 

 

3.            MUTU DAN KUALITI BAHAN

 

3.1       Semua bahan-bahan yang dibekalkan dan digunakan hendaklah baru dan belum terpakai serta mempunyai mutu yang baik dan diperolehi dari dalam Malaysia. Sekiranya bahan-bahan dibekalkan dari luar negara, ianya perlu mendapat kelulusan Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya. Pegawai tersebut juga mempunyai kuasa untuk meminta contoh-contoh untuk diperiksa sebelum bahan-bahan tersebut dibekalkan atau digunakan.

 

 

 4.            PERNYATAAN, WARANTI DAN AKU JANJI PEMBEKAL

 

4.1       Ringkasan Sebut Harga

 

a)            Pembekal hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja kontrak dengan sempurna;

 

b)            Pembekal tidak boleh membuat sebarang tuntutan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebut Harga atau dalam tempoh Kerja.

 

1.2        Pihak Pembekal perlu menghantar bil asal pemaju kepada Majlis.

 

 

2.            PENYELIAAN KERJA-KERJA KONTRAK

 

5.1       Yang DiPertua, Majlis Daerah Hulu Selangor boleh mewakilkan kepada Pegawai Penyelia untuk kuasa-kuasa menyelia dan memeriksa kerja-kerja kontrak supaya dijalankan dengan sempurna, termasuk memberi apa-apa arahan kepada Pembekal jika diperlukan ;

 

5.2       Walau apa pun yang bertentangan yang terkandung di dalam Sebut Harga ini mana-mana Pegawai Majlis lain yang diarahkan oleh Yang DiPertua, Majlis Daerah Hulu Selangor mempunyai hak sepenuhnya dari masa ke semasa untuk membuat apa-apa pemeriksaan dan mengeluarkan apa-apa arahan kepada Pembekal mengenai kerja-kerja kontrak sekiranya dirasakan adalah perlu untuk berbuat demikian.

 

 

3.            TERMA-TERMA PEMBAYARAN

 

6.1       Pembayaran hendaklah dibayar mengikut terma-terma seperti berikut :

 

i.              Kerja-kerja Percetakan Bil Cukai Taksiran Untuk Tahun 2021 (Penggal 1/2021)

 

ii.             Kerja-kerja Percetakan Notis Cukai Taksiran (Borang E) Untuk Tahun 2021 (Penggal 1/2021)

 

iii.            Kerja-kerja Percetakan Bil Cukai Taksiran Untuk Tahun 2021 (Penggal 2/2021)

 

iv.            Kerja-kerja Percetakan Notis Cukai Taksiran (Borang E) Untuk Tahun 2021 (Penggal 2/2021)

 

v.             Kerja-kerja penghantaran bil dan notis ke Ibu Pejabat MDHS.

 

vi.            Kerja-kerja penghantaran bil dan notis ke pejabat Mel Pukal.

 

 

 

6.2       Pembekal hendaklah mengemukakan invois sebagai setiap tuntutan pembayaran kepada Majlis untuk setiap peringkat pembayaran beserta dokumen yang berkaitan merujuk kepada terma- terma pembayaran ; dan

 

6.3       Majlis berhak untuk memotong wang dari mana-mana pembayaran tersebut yang juga diperakui oleh Pembekal dan tertunggak kepada Majlis oleh Pembekal yang disebabkan oleh apa-apa kegagalan atau kemungkiran dari Perjanjian ini.

 

 

4.            TEMPOH PERJANJIAN

 

Perjanjian ini berkuatkuasa untuk tempoh selama dari Perjanjian ini ditandatangani dan dimeterai di antara Majlis dan Pembekal sehingga tamat tempoh iaitu dua belas (12) bulan dari Tarikh Pelantikan oleh Majlis.

 

 

5.            SULIT/ KERAHSIAAN

 

8.1       Melainkan yang dibenarkan mengikut Perjanjian ini, sebarang maklumat atau dokumentasi yang diberikan atau disediakan untuk atau berkaitan dengan Perjanjian ini tidak boleh diberikan atau diberitahu kepada mana-mana pihak lain tanpa kebenaran bertulis pihak yang lain. Perkara ini akan bersambung

 

 

dan adalah berkaitguna tanpa batasan atau had melainkan maklumat atau dokumentasi tersebut tersebar kepada awam tanpa kesalahan mana-mana

 

pihak di dalam Perjanjian ini. Batasan ini akan bersambung walaupun Perjanjian ini sudah tamat atau ditamat pada masa lebih awal untuk apa- apa sebab.

           

8.2       Klausa ini akan terus berkuatkuasa dan tidak akan terjejas dengan kewujudan atau penamatan Perjanjian ini untuk apa jua sebab.    

 

 

6.            INSURANS

 

Pembekal hendaklah mengambil Polisi Insurans Tanggungan Awam bagi melindungi liabiliti Pembekal dan Majlis mengenai sebarang kecederaan diri, kematian atau dalam melaksanakan kerja-kerja kontrak dan disebabkan oleh apa-apa kecuaian,pecah kontrak di pihak Pembekal dan mengambil Insurans Pampasan Pekerja (Workment Compensation Insurance) dalam Sebut Harga ini daripada syarikat insurans yang diperakukan oleh Majlis dan mendepositkannya kepada Majlis.

 

  

7.            TANGGUNG RUGI (INDEMNITI)

 

10.1     Pembekal hendaklah pada bila-bila masa hendaklah menanggung rugi dan menyebabkan Majlis sentiasa ditanggung rugi daripada dan terhadap semua atau apa-apa tindakan prosiding, tuntutan yang dibuat, dikenakan atau dibawa oleh mana-mana orang terhadap Majlis, berkenaan dengan apa-apa perkara berkaitan dengan kecuaian, perlanggaran kewajipan atau tindakan salah oleh Pembekal, pekerja-pekerja dan / atau agen-agennya dalam menjalankan kerja-kerja kontrak ;

 

10.2     Pembekal hendaklah menanggung sepenuhnya apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang mengalami kerugian, kecederaan atau kematian semasa kerja-kerja kontrak dijalankan yang mana berpunca dari kelalaian dan kecuaian Pembekal, kakitangan atau agen Pembekal dan hendaklah memberi pampasan dan mengganti rugi sepenuhnya jika tuntutan itu dibuat oleh mana-mana pihak yang terbabit terhadap Majlis.

 

 

8.            PENYERAHAKKAN ATAU NOVASI

 

Pembekal adalah dilarang sama sekali daripada memindah atau menyerahkan hak faedah Perjanjian atau kerja-kerja kontrak ini kecuali mendapat kelulusan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor.

 

 

9.            PENAMATAN

 

12.1     Pembekal adalah melakukan pelanggaran sekiranya berlaku mana-mana daripada perbuatan atau keadaan yang berikutnya:

 

a)            Pembekal melanggar dan mengingkari mana-mana syarat dalam sebutharga ini atau mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah sebutharga ini termasuk mana-mana arahan Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau mana-mana arahan pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk memberi arahan kepada Pembekal ; atau

b)            Pembekal menamatkan sebutharga ini sebelum tamatnya tempoh Perjanjian ini; atau

c)            Sekiranya Pembekal diisytiharkan muflis, bankrap atau telah digulung secara proses perundangan sama ada permintaannya ataupun sebaliknya.

 

 

12.2     Sekiranya berlaku mana-mana perlanggaran syarat-syarat yang diperuntukan dalam sebutharga ini, Majlis adalah berhak untuk menamatkan kontrak ini atas perlanggaran syarat oleh Pembekal dengan memberi notis dalam tempoh tiga puluh (30) hari kepada Pembekal dengan cara penyerahan secara kendiri atau melalui pos dalam suatu sampul yang dijelaskan bayarannya dan di alamat kepada tempat tinggal Pembekal atau tempat perniagaannya yang biasa atau akhir diketahui atas segala tuntutan dan kerugian yang dialami oleh Majlis akibat daripada perbuatan perlanggaran syarat yang dilakukan oleh Pembekal;

 

12.3     Segala kerugian yang dialami oleh Majlis akibat daripada perlanggaran syarat yang dilakukan oleh Pembekal boleh dituntut oleh Majlis sepenuhnya terhadap Pembekal termasuk tuntutan gantirugi kerana gagal memenuhi tempoh sepenuhnya kontrak ini. Majlis berhak untuk menolak daripada

 

bayaran yang akan diterima oleh Pembekal di bawah kontrak ini untuk menjelaskan apa-apa kerugian atau tuntutan yang dialami oleh Majlis terhadap Pembekal.

 

 

10.         PENAMATAN PERJANJIAN ATAS KEPENTINGAN NASIONAL

 

13.1     Tertakluk kepada mana-mana klausa di dalam kontrak ini, Majlis boleh menamatkan kontrak ini dengan memberi notis tidak kurang daripada enam puluh (60) hari kepada Pembekal (tanpa kewajipan untuk memberikan sebab-sebab penamatan) sekiranya penamatan tersebut adalah demi kepentingan nasional, di atas keperluan keselamatan nasional atau tujuan polisi kerajaan atau polisi awam ;

 

13.2     Bagi tujuan klausa ini, apa yang merangkumi “kepentingan nasional”, “keperluan keselamatan nasional”, “polis kerajaan” dan “polisi awam” akan hanya dibuat dan ditentukan oleh Majlis dan penentuan tersebut  untuk apa-apa niat dan tujuan adalah muktamad dan mutlak serta tidak boleh dicabar dalam apa-apa jua keadaan.

 

 

11.         JAWATANKUASA KETETAPAN PERTIKAIAN

 

14.1     Sebarang pertikaian atau tuntutan yang wujud di antara dua pihak berhubung perjanjian ini yang bukannya datang daripada arahan kerajaan hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Ketetetapan Pertikaian (JKP) yang terdiri daripada:-

 

i               Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor;

ii              Seorang wakil yang dilantik oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor ; dan

iii             Seorang wakil yang dilantik oleh Pembekal

 

14.2     JKP bolehlah melantik

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 221606 PERKHIDMATAN > PERCETAKAN (DIKHASKAN KEPADA SYARIKAT 100% BUMIPUTRA) > MENCETAK BORANG/ KERTAS KOMPUTER (PERLU LESEN KDN)

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian