Cetak
SH/SUKSEL/42-2020

PEROLEHAN PEMBAHARUAN LESEN ANTIVIRUS KASPERSKY DAN KHIDMAT SOKONGAN BERKAITAN ANTIVIRUS DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN SEMBILAN (9) PEJABAT DAERAH DAN TANAH SELANGOR SELAMA SATU (1) TAHUN

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Tiagu Chilappan
E-mel tiagu@selangor.gov.my
No. Tel 03-55447568 ( SILA HUBUNGI SAYA)
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Bahagian Pengurusan Maklumat
No. Sebut Harga SH/SUKSEL/42-2020
Tarikh Iklan 26 Oct 2020 - 2 Nov 2020
Tarikh Jual 26 Oct 2020 - 2 Nov 2020
Tarikh Tutup 2 Nov 2020
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar UNIT PENTADBIRAN AM BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 18 BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
40503 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 0.00

Syarat Sebut Harga

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

 

 

1.            KEADAAN BARANG/PERKHIDMATAN

 

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

 

2.            HARGA

 

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

 

3.            SEBUTHARGA SEBAHAGIAN

 

Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan item.

 

4.            BARANG-BARANG SETARA

 

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

 

5.            PENYETUJUAN

 

(i)            Kerajaan Negeri tidak terikat untuk menyetuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga;

(ii)           Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan.

 

6.            PEMERIKSAAN

 

(i)            Kerajaan adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang/perkhidmatan itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan;

(ii)           Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.

 

7.            PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI

 

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang yang dibekalkan oleh perkhidmatan mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

 

8.            PENOLAKAN     

 

(i)            Barang-barang/perkhidmatan yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak.

(ii)           Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang-barang/perkhidmatan yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu.

(iii)         Fasal kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

 

 

 

 

 

9.            PENGIKLANAN

 

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

 

10.          TAFSIRAN

 

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

 

11.          INSURAN

 

Tiada apa-apa insurans atas barang-barang/perkhidmatan dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EKSTOK ATAU KELUARAN MALAYSIA

 

12.          CUKAI

 

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

 

13.          PEMBUNGKUSAN

 

(i)            Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan.

(ii)           Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat hendaklah diganti oleh penjual.

 

14.          PENGENALAN

 

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal. Barang-barang/perkhidmatan itu jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.

 

BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

 

15.          CUKAI

 

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

 

16.          MATAWANG

 

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

 

17.          PEMBUNGKUSAN

 

(i)            Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak dibungkus;

(ii)           Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan;

(iii)         Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga. 

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
210102 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > HARDWARE (HIGH END TECHNOLOGY) - ALL TYPES OF SERVER, MAINFRAME, HIGH END PRINTERS, SAN, NAS INCLUDING MAINTENANCE

DAN


210103 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > SOFTWARE - SUPPLY ALL COMPUTER SOFTWARE, OPERATING SYSTEM, DATABASE, OFF-THE-SHELF PACKAGES INCLUDING MAINTENANCE

DAN

210107 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > ICT SECURITY AND FIREWALL, ENCRYPTION, PKI, ANTI VIRUS

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis