Perkhidmatan Sewaan Mesin Penyalin Cetakan Digital Hitam Putih Serta Berwarna Jenis Heavy Duty, Medium Duty Dan Light Duty Untuk Majlis Perbandaran Kajang Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Dengan Pilihan Lanjutan Satu (1) Tahun (3 + 1 Tahun)
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S174/2020 |
Tarikh Iklan | 10 Nov 2020 - 18 Nov 2020 |
Tarikh Jual | 11 Nov 2020 - 18 Nov 2020 |
Tarikh Tutup | 18 Nov 2020 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan berikut.
DOKUMEN MEJA TERKAWAL
Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 11HB. NOVEMBER 2020 HINGGA 18HB. NOVEMBER 2020. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 18HB. NOVEMBER 2020 (RABU) JAM 12.00 TENGAHARI. Pihak tuan/puan digalakkan untuk menghantar dokumen tawaran seawal tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar dokumen tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar dokumen tawaran secara berkumpulan.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
221502 PERKHIDMATAN > PENYEWAAN DAN PENGURUSAN > MESIN DAN PERALATAN PEJABAT ATAU 222010 PERKHIDMATAN > EDITORAL, REKABENTUK GRAFIK, SENI HALUS DAN HARTA INTELEK > FOTOSTAT ATAU 020201 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI ATAU 020299 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI > PEMBUAT (MESIN-MESIN PEJABAT & AKSESORI) ATAU 220201 PERKHIDMATAN > PENYELENGGARAAN/PEMBAIKAN MESIN, PERABOT PEJABAT/ KEDIAMAN > MESIN-MESIN PEJABAT/KEDIAMAN |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
MPKj S174/2020-Dokumen Meja Terkawal (Untuk Rujukan Sahaja) | 6.35 MB | application/pdf | Muat Turun |