PERKHIDMATAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PENCEGAHAN & KAWALAN DENGGI MENGGUNAKAN KAEDAH 'MISTAWAY' DI KAWASAN PENTADBIRAN MPKj BAGI TAHUN 2021
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S 38/2021 |
Tarikh Iklan | 7 Apr 2021 - 22 Apr 2021 |
Tarikh Jual | 8 Apr 2021 - 22 Apr 2021 |
Tarikh Tutup | 22 Apr 2021 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
Peti Tawaran di Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Alamat Pos: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa
kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred,
kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera
dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan
Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis
pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat
juga perlu berdaftar dengan Unit
Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat
masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan.
DOKUMEN MEJA TERKAWAL
Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di
laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di
laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan
email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan
resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah
dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran
adalah pada 8 APRIL 2021 HINGGA 22 APRIL
2021. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Tingkat
6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan,
Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan
Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 22 APRIL 2021 (KHAMIS) JAM
12.00 TENGAHARI. Jika Dokumen Tawaran tidak diserahkan dengan tangan,
Penyebutharga hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan POS supaya tiba pada atau sebelum masa yang ditetapkan di alamat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti
Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan
Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan.
Penyebutharga diminta untuk mendapatkan kebenaran dari pihak berwajib bagi
urusan rentas negeri atau daerah dan ditunjukkan semasa sekatan jalan raya sekiranya
perlu. Pihak tuan/puan digalakkan untuk menghantar Dokumen Tawaran seawal tiga
(3) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi
memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal
dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga
dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi
mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi.
Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau
menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan
tapak bina tidak akan dilayan.
Dalam hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau
tapak berkenaan, amalan penjarakkan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian
‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 220901 PERKHIDMATAN > PENGAWALAN DAN PENGAWASAN > KAWALAN SERANGGA PEROSAK, ANTI TERMITE |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
PENCEGAHAN & KAWALAN DENGGI | 2.79 MB | application/pdf | Muat Turun |
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |