Cetak
SH/SUKSEL/03-2021

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN SEWAAN UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERKAKASAN ICT SECARA KONTRAK DENGAN KHIDMAT SOKONGAN DAN JAMINAN SEPANJANG PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2021-2022 BAGI KEGUNAAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Harun Shah Bin Ahmad Ali
E-mel harunshah@selangor.gov.my
No. Tel 011 1006 4183
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT PEJABAT SUK SELANGOR
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Bahagian Pengurusan Maklumat
No. Sebut Harga SH/SUKSEL/03-2021
Tarikh Iklan 6 Apr 2021 - 16 Apr 2021
Tarikh Jual 6 Apr 2021 - 16 Apr 2021
Tarikh Tutup 16 Apr 2021
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Sebutharga
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Khidmat Pengurusan
Tingkat 18, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 30.00

Syarat Sebut Harga

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SelangorBahagian Pengurusan MaklumatTingkat 2, Bangunan SSAAS40503 Shah AlamSelangor Darul Ehsan

Tarikh :      6 April 2021

KOD SEBUTHARGA : SH/SUKSEL/03-2021

PERIHAL a. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mempelawa penyebutharga yang berkelayakan untuk menyertai  SEBUT HARGA PERKHIDMATAN SEWAAN UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERKAKASAN ICT SECARA KONTRAK DENGAN KHIDMAT SOKONGAN DAN JAMINAN SEPANJANG PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2021-2022 BAGI KEGUNAAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

  SYARAT-SYARAT BAGI PENYEBUTHARGA a. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Sistem Maklumat Kontraktor Negeri Selangor.

Hanya penyebutharga yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 210101 & 210102 &210103 &210105 & 210109 sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam tawaran sebutharga ini. b. Penyebutharga dikehendaki mengemukakan salinan dokumen-dokumen berdasarkan senarai di dalam perenggan KANDUNGAN DOKUMEN di dalam ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA ini.

 c. Penyebutharga mestilah mempunyai kemampuan dari segi kewangan, kepakaran dan pengalaman dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan bidang yang dicadangkan.

Penyebutharga hendaklah maklum bahawa penilaian sebutharga ini akan mengambil kira keupayaan penyebutharga untuk melaksanakan projek yang di sebutharga. Keupayaan penyebutharga akan dinilai berasaskan kepada kedudukan kewangan, pengalaman kakitangan, keupayaan peralatan dan prestasi keseluruhan.   d. Penyebutharga yang menarik balik tawaran sebelum sebutharga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah sebutharga ditawarkan kepadanya, maka tindakan menggantung atau membatalkan pendaftaran akan diambil terhadapnya mengikut tertib berikut.

  i. Bagi kesalahan pertama, syarikat akan digantung pendaftarannya selama dua tahun.

  ii. Bagi kesalahan kedua, syarikat akan digantung pendaftarannya selama lima tahun.

  iii. Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

 e. Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftaran tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebutharga pembekalan oleh semua Kementerian/Jabatan/ Badan Berkanun seluruh Malaysia.

HARGA DOKUMEN f. Bagi semua penggantungan atau pemotongan pendaftaran syarikat, nama pengarah termasuk nama pemegang saham terbesar akan di senarai hitamkan oleh pihak berkuasa.

Setiap satu (1) Dokumen Sebutharga adalah berharga RM30.00.

TEMPOH SAH LAKU SEBUTHARGA  Tempoh sah laku sebutharga ini adalah seratus dua puluh (120) hari dari tarikh sebutharga ditutup. Semua harga yang ditawarkan di dalam sebutharga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh berkenaan.

PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUTHARGA  Tawaran sebutharga hendaklah dibuat di atas borang yang disediakan ataupun mengikut format borang yang telah ditetapkan. Semua tawaran sebutharga yang telah disediakan hendaklah dimasukkan terus ke dalam peti sebutharga yang telah disediakan di alamat seperti berikut:

Peti SebuthargaPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SelangorBahagian Khidmat PengurusanTingkat 18, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, 16 April 2021 (Jumaat).

MAKLUMAT PENYEBUTHARGA a. Penyebutharga dimestikan mengisi borang-borang yang terdapat di dalam Lampiran 1 - Jadual Kenyataan Penyebutharga dan melampirkan perkara-perkara yang dinyatakan dengan sempurna. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.

 b. Sila isikan Kenyataan Penyebutharga dengan lengkap kerana butir-butir yang diberi akan dinilai dan diberi markah semasa proses analisis sebutharga.

 c. Penyebutharga yang tidak mengisi maklumat dengan lengkap atau hanya menyatakan “Sila Rujuk Bahagian XX” dianggap TIDAK menyatakan maklumat dengan lengkap.

 d. Sekiranya tiada maklumat yang hendak diberikan, nyatakan TIADA.  e. Penyebutharga dikehendaki melengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan dengan sempurna dan mengembalikannya bersama-sama dengan tawaran sebutharga.

Kenyataan yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen akan menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.

ANGGARAN KEPERLUAN  Kuantiti barangan dan tawaran harga adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 13 - Jadual Tawaran Harga. Bagaimanapun Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa kuantiti yang disebutkan dalam pelawaan sebutharga ini akan dipesan kesemuanya dan penyebutharga yang berjaya pula mesti bersedia membekalkan semua pesanan sekiranya pesanan-pesanan melebihi kuantiti-kuantiti yang dianggarkan ini dengan harga dan syarat-syarat yang sama.

SPESIFIKASI TEKNIKAL DAN KERJA a. Penyebutharga WAJIB mematuhi Spesifikasi Teknikal dan Kerja seperti di Lampiran I-1 dan Lampiran I-2 dan kegagalan untuk mematuhi dengan baik/betul boleh menyebabkan kegagalan tawaran pelawaan sebutharga.

 b. Kerajaan Negeri Selangor tidak tertakluk untuk mengambil kesemua atau sebahagian daripada barangan/peralatan yang dicadangkan penyebutharga dan Kerajaan Negeri Selangor juga tidaklah terikat untuk menerima mana-mana tawaran sekalipun. Keputusan adalah muktamad.

PENGESAHAN SEBUTHARGA  Pengesahan tawaran sebutharga di Lampiran Q dan Syarat Am wajib diisi jumlah keseluruhan harga yang ditawarkan seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran 13 - Jadual Tawaran Harga.   KEADAAN PERKAKASAN/ BARANGAN a. Semua perkakasan/barangan yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan lagi dalam apa-apa jua keadaan sekalipun.

 b. Semua perkakasan/barangan hendaklah dibungkus dengan kaedah piawai yang sesuai melainkan jika tidak mengikut norma perdagangan yang tidak memungkinkan perkakasan/barangan tersebut dibungkus.

 c. Apa-apa jua kerugian atau kerosakan akibat pembungkusan atau bungkusan yang tidak mencukupi atau cacat ataupun rosak hendaklah diganti oleh penyebutharga.

 d. Sebutharga boleh ditawarkan bagi barang-barang yang setara yang sesuai dengan butiran-butiran yang diberi.

HARGA a. Harga hendaklah harga bersih di dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja iaitu termasuk belanja pembungkusan dan penghantaran, serta perkhidmatan selepas jualan. Kegagalan menyatakan harga dalam Ringgit Malaysia boleh menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan. Penilaian harga antara penyebutharga adalah berasaskan kepada jumlah harga keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan harga, harga seunit tiap-tiap item akan diambil kira.   b. Harga yang ditawarkan bagi semua perkara (item) dalam mana-mana jua bahagian sebutharga ini hendaklah harga bersih iaitu harga yang telah di tolak diskaun atau di tambah kos-kos yang berkaitan.

 c.

d.

 Harga yang ditawarkan hendaklah termasuk cukai perkhidmatan, duti dan kos-kos lain seperti pengangkutan, insurans, upah tenaga buruh dan peralatan-peralatan lain yang perlu bagi tujuan perkhidmatan ini seperti yang dinyatakan dalam penentuan kerja dan senarai peralatan dan dikehendaki ditunjukkan secara berasingan.

Harga-harga yang ditawarkan dalam sebutharga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebutharga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku sebutharga.  Harga yang ditawarkan oleh penyebutharga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.TERMA PEMBAYARAN

                 Semua pembayaran kepada penyebutharga akan dibayar dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) berdasarkan kepada kaedah pembayaran berjadual mengikut kontrak perjanjian yang akan dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.

PERATURAN MENGISI DOKUMEN DAN FORMAT SEBUTHARGA a. Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan dan ditaip dengan kemas dan terang. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, penyebutharga dibenarkan untuk menaip atau menulis maklumat berkenaan di kertas tambahan menggunakan format yang sama. Sebarang pindaan atau pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh penyebutharga berserta tarikh pindaan dibuat.

 b. Penyebutharga adalah DIWAJIBKAN menghantar Dokumen Asal seperti yang berikut:

Dokumen Asal Kewangan i. Bahagian 1 (Profil) dan Bahagian 3 (Harga) dijilid bersama.ii. Disertakan Cakera Padat (CD)   Bahagian 1 dan Bahagian 3. Satu(1) sampulDokumen Asal Teknikal Bahagian 2 (Teknikal) sahaja dan Cakera Padat (CD) Bahagian 2. Satu(1) sampul

Berikut adalah kandungan bagi setiap bahagian yang disebutkan di atas :  Bahagian 1 -  Profil     i. Mengandungi :   Lampiran Q  Kew.284-Pin.2/95 ; dan

   Lampiran 16  Senarai Semak Sebutharga; dan    ii. Lampiran R - Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia; dan

iii. Lampiran 5 - Salinan Akuan Pendaftaran Kontraktor Kementerian Kewangan Malaysia; dan

iv. Lampiran B - Salinan Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera Kementerian Kewangan Malaysia (jika ada); dan

v. Lampiran 10 - Salinan Borang 24 dan 49 daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia; dan

vi. Lampiran M - Penyata Akaun Bank Syarikat selama tiga (3) bulan yang disahkan oleh Pegawai Bank; dan

vii. Salinan Sijil atau Pengesahan Pendaftaran Sistem Kontraktor Negeri Selangor(UPEN), cetak Tender Online; dan

viii. Lampiran 6 - Surat Lantikan daripada Prinsipal (authorization letter); dan

ix. Lampiran 9 - Borang Non-Disclosure Agreement (NDA) (Hanya diisi oleh penyebutharga yang dianugerahkan projek) ; dan

x. Lampiran 2 - Borang Pengesahan Prestasi Kerja (jika ada); dan

xi. Lampiran 1 – Jadual Kenyataan Penyebut Harga

xii. Lampiran N - Surat Akuan Pembida  Bahagian 2 -  Teknikal    i. Mengandungi :   Lampiran I-1 -  Jadual Spesifikasi Teknikal; dan                             Lampiran I-2 - Jadual Spesifikasi Kerja

  Nota : Penyebutharga TIDAK DIBENARKAN menyatakan nama syarikat atau logo syarikat pada dokumen Bahagian 2 (Teknikal ).

  Bahagian 3 -  Harga   Mengandungi :

Lampiran 13  -         Jadual Tawaran Harga   c. Kerajaan Negeri Selangor berhak MENOLAK dan MENGGUGURKAN mana-mana tawaran yang didapati :

  i. Tulisan atau angka-angka yang mengelirukan;  ii. Tulisan menggunakan pensil, sukar dibaca dan difahami;  iii. Mengandungi maklumat yang tidak lengkap;  iv. Tidak mengikut atau melanggar peraturan sebutharga (tidak mematuhi syarat-syarat membuat sebutharga yang dinyatakan di dalam Arahan Kepada Penyebutharga);

  v. Maklumat atau jumlah wang ringgit yang dipertikaikan;PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUTHARGA a. Semua dokumen tawaran (Dokumen Asal Kewangan dan Dokumen Asal Teknikal) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berasingan dan dimasukkan bersama dalam satu lagi sampul utama.

 b. Penyebutharga TIDAK DIBENARKAN mencatat nama penyebutharga di dalam Lampiran I-1 dan I-2 termasuk di dalam lampiran yang wajib dikemukakan oleh penyebutharga. Bagi penyebutharga yang tidak mengikut arahan ini akan menyebabkan tawaran sebutharga tidak layak dipertimbangkan.

 b. Dokumen sebutharga yang dihantar hendaklah mengikut syarat-syarat di dalam PERATURAN MENGISI DOKUMEN DAN FORMAT SEBUTHARGA dan ditandakan pada bahagian atas sebelah kiri dengan kod sebutharga seperti berikut:

 Kod Sebutharga: SH/SUKSEL/03-2021  TARIKH TUTUP SEBUTHARGA   Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan sebutharga ini adalah sebelum atau pada 12.00 tengah hari,  16 April 2021 (Jumaat). Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

PEMBATALAN SEBUTHARGA  a.

b.  Kerajaan Negeri Selangor berhak untuk membatalkan sebutharga ini pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak penyebutharga kerana urusan sebutharga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak penyebutharga dan pihak Kerajaan Negeri Selangor tidak akan bertanggungjawab terhadap semua perkara tersebut.

Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membuat pindaan kepada Dokumen Sebutharga, ia boleh berbuat demikian dengan mengeluarkan Memorandum Sebutharga kepada semua Penyebutharga sebelum tarikh tutup sebutharga. Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan bahawa tempoh masa yang munasabah disediakan kepada Penyebutharga bagi meminda sebutharga.SETUJU TERIMA SEBUTHARGA a. Kerajaan Negeri Selangor berhak untuk mempersetujui sebutharga secara kesemuanya atau sebahagian daripadanya.

 b. Kerajaan Negeri Selangor tidak terikat untuk mempersetujui sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana sebutharga jua pun.

 c. Kerajaan Negeri Selangor akan memberi pemakluman dan Surat Setuju Terima kepada penyebutharga yang berjaya apabila sebutharganya dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Selangor.

 d. Surat Setuju Terima ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran yang diberi. Walau bagaimanapun, sebutharga berkenaan tidak boleh dianggap diterima sehinggalah persetujuan bertulis diperolehi daripada penyebutharga yang menyatakan pengubahsuaian syarat berkenaan diterima.

 e.

 Apabila dipersetujui, maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan telah dibuat di antara Kerajaan Negeri Selangor dengan penyebutharga dan suatu perjanjian rasmi akan diadakan selepas persetujuan tersebut. Persetujuan Penyebutharga ke atas Surat Setuju Terima tersebut akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Penyebutharga sebelum kontrak sebenar dapat disempurnakan.

BON PELAKSANAAN  Penyebutharga yang berjaya akan dikenakan bon pelaksanaan untuk kontrak yang nilainya melebihi RM200,000.00 mengikut kadar yang berkuat kuasa.

PERJANJIAN KETIDAKDEDAHAN (NON-DISCLOSURE AGREEMENT)  Penyebutharga yang berjaya akan diwajibkan menandatangani suatu perjanjian ketidakdedahan (non-disclosure agreement) mengikut ketetapan Dasar Keselamatan ICT Negeri Selangor dan MS ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System.

KONTRAK a.

b. Semua syarat yang terkandung di dalam dokumen sebutharga atau di mana-mana jadual yang terdahulu adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara Kerajaan Negeri dan Penyebutharga yang berjaya. Penyebutharga yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak dengan pihak Kerajaan Negeri dan membayar segala ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak. Sebarang bantahan kepada syarat-syarat kontrak hendaklah dibuat semasa mengemukakan sebutharga. 

Penyebutharga yang berjaya dikehendaki menyediakan sebanyak lima (5) salinan dokumen kontrak (hard-cover binding) dan menandatangani setiap dokumen tersebut. KEPUTUSAN SEBUTHARGA  Keputusan Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari penyebutharga. Penyebutharga yang menawarkan cadangan yang terbaik akan diberi keutamaan tinggi. Segala keputusan Kerajaan Negeri Selangor adalah muktamad dan sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebutharga ini tidak akan dilayan.

PENYEMPURNAAN PROJEK a. Keseluruhan projek ini hendaklah disempurnakan selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh surat setuju terima ditandatangani.

 b.

 Jika Penyebutharga yang berjaya, gagal membekal dan menghantar barang-barang yang dipesan di dalam tempoh yang dipesan di dalam tempoh yang dicatatkan di Jadual Spesifikasi Teknikal, maka denda sebanyak 1% daripada nilai barang yang belum dibekalkan akan dikenakan bagi tiap-tiap minggu atau sebahagian minggu yang lewat di mana satu minggu bersamaan lima (5) hari bekerja  PERTANYAAN SEBUTHARGA  Sebarang masalah yang timbul dan memerlukan keterangan mengenai maklumat-maklumat yang terdapat di dalam dokumen sebutharga hendaklah dikemukakan kepada :

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SelangorBahagian Pengurusan MaklumatTingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam.u.p : Pn. Nurjihan Bt. Zulkarnain (03-5544 7553)                 En. Harun Shah Bin Ahmad Ali  (011-1006 4183/Whatsapp)

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
210101 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > HARDWARE (LOW END TECHNOLOGY) - SUPPLY ALL TYPES OF COMPUTER HARDWARE INCLUDING PC, NOTEBOOK, PRINTER, DOCUMENT SC

DAN


210102 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > HARDWARE (HIGH END TECHNOLOGY) - ALL TYPES OF SERVER, MAINFRAME, HIGH END PRINTERS, SAN, NAS INCLUDING MAINTENANCE

DAN


210103 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > SOFTWARE - SUPPLY ALL COMPUTER SOFTWARE, OPERATING SYSTEM, DATABASE, OFF-THE-SHELF PACKAGES INCLUDING MAINTENANCE

DAN


210105 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > TELECOMMUNICATION/NETWORKING-SUPPLY PRODUCT, INFRASTRUCTURE, SERVICES INCLUDING MAINTENANCE (LAN/WAN/INTERNET/WIRE

DAN

210109 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > HARDWARE AND SOFTWARE LEASING / RENTING

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis