Cetak
JPS/N/BPA/B(13)/36/2021(SH)

SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Azrin Bin Alias
E-mel azrin@waterselangor.gov.my
No. Tel 0355212207 / 0133283822
Jabatan JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Pengairan dan Saliran
No. Sebut Harga JPS/N/BPA/B(13)/36/2021(SH)
Tarikh Iklan 22 Apr 2021 - 29 Apr 2021
Tarikh Jual 29 Apr 2021 - 6 May 2021
Tarikh Tutup 6 May 2021
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tender, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Tingkat 5, Blok Podium Selatan, Bangunan SSAAS, 40626 Shah Alam, Selangor
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 10.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT UMUM : 

1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti di JADUAL 1

2. Aset boleh dilihat pada 22 APRIL 2021 dan/hingga 29 APRIL 2021 di antara jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang di alamat seperti di bawah. Sila hubungi Pegawai Yang Bertanggungjawab (PIC) terlebih dahulu sekiranya untuk melihat aset di lokasi yang tertera.


JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH KUALA SELANGOR

BAHAGIAN TANJONG KARANG

Jalan Sungai Kajang Lama 

45500 Tanjong Karang

Selangor Darul Ehsan.


Pegawai Yang Bertanggungjawab (PIC) :

Pn. Norsyazwani binti Ramli : 03-32891698 @ 019-2894807                                

En. Mohd Farid bin Panut @ Sepa’at  : 03-32891698 @ 012-67596583


3. Tawaran sebutharga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan ( KEW.PA – 28 ) yang boleh diperolehi di alamat seperti di para 4 dengan menyertakan bayaran menggunakan WANG POS SAHAJA SEBANYAK RM10.00. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.

4. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan di tanda No. Sebut Harga JPS/N/BPA/B(13)/36/2021(SH) Dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat:-


PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR

Tingkat 5, Podium Selatan

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40626 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan


5. Tarikh tutup sebut harga adalah pada 6 MEI 2021 jam 12.00 tengahhari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.


SYARAT KHAS ( PPP AM 2.7 ) :

1. Aset akan dijual tertakhluk kepada harga simpanan.

2. Penyebut harga adalah dikehendaki menyertai deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM 5,000.00 mengikut mana yang terendah. Deposit sebutharga hendaklah dalam bentuk DRAF BANK SAHAJA atas nama PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR.

3. Tawaran tanpa / kurang deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan.

4. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat ( as-is-where-is basis )

5. Jabatan tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.

6. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal ( dismantle ), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

7. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu ( 1 ) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebutharga tidak akan dikembalikan.

8. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.

9. Semua logo dan tanda Jabatan yang ada pada aset mestilah dipadamkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aset itu di ambil oleh pembeli. 

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
Jadual 1 372.64 kB application/pdf Muat Turun