Cetak
MPKj S 98/2021

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN PERKHIDMATAN YANG BERKAITAN DI PADANG AWAM BATU 14 HULU LANGAT, MUKIM HULU LANGAT, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN DENGAN PILIHAN LANJUTAN SATU (1) TAHUN (1+1 TAHUN)

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Tarikh Tajuk  
19/08/2021 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG : NOTIS PENUTUPAN DAN PENYERAHAN DOKUMEN SEBUTHARGA Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Sebut Harga MPKj S 98/2021
Tarikh Iklan 1 Jul 2021 - 21 Jul 2021
Tarikh Jual 7 Jul 2021 - 21 Jul 2021
Tarikh Tutup 21 Jul 2021
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tawaran di Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Alamat Pos: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan.
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

Tawaran ini adalah dipelawa
kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK),
dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred,
kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera
dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan
Usahawan (BPKU)
, atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis
pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat
juga perlu berdaftar dengan Unit
Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor
dan masih dibenarkan membuat tawaran buat
masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan.



DOKUMEN MEJA TERKAWAL



Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di
laman sesawang http://tender.selangor.gov.my



Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di
laman sesawang
http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.



Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan
email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.



Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan
resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah
dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.



Tempoh penjualan Dokumen Tawaran
adalah pada 7 JULAI 2021 HINGGA 21 JULAI
2021
. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.



TARIKH PENYERAHAN



Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Tingkat
6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan,
Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan
Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 21 JULAI 2021 (RABU) JAM 12.00
TENGAHARI
.
Jika Dokumen Tawaran tidak diserahkan dengan tangan, Penyebutharga
hendaklah menghantar dokumen tersebut dengan POS supaya tiba pada atau sebelum masa yang ditetapkan di alamat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti
Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan
Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan.



Penyebutharga diminta untuk mendapatkan kebenaran dari pihak berwajib bagi
urusan rentas negeri atau daerah dan ditunjukkan semasa sekatan jalan raya sekiranya
perlu. Pihak tuan/puan digalakkan untuk menghantar Dokumen Tawaran seawal tiga
(3) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi
memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal
dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.



LAWATAN TAPAK



Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga
dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi
mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi.
Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau
menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan
tapak bina tidak akan dilayan.



Dalam hal ini, sekiranya
Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan
penjarakkan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu
dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 221002 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MEMBERSIH KAWASAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
PADANG AWAM BATU 14 HULU LANGAT 4.94 MB application/pdf Muat Turun