PERKHIDMATAN MENCETAK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN DENGAN PILIHAN LANJUTAN SATU (1) TAHUN (1+1 TAHUN)
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S 105/2021 |
Tarikh Iklan | 29 Jul 2021 - 13 Aug 2021 |
Tarikh Jual | 30 Jul 2021 - 13 Aug 2021 |
Tarikh Tutup | 13 Aug 2021 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
Menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR/ KURIER sahaja. Alamat : Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Aras Bawah, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan.
DOKUMEN MEJA TERKAWAL
Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 30 JULAI 2021 HINGGA 13 OGOS 2021. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan. Penyebutharga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR/ KURIER sahaja dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 13 OGOS 2021 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAHARI di alamat :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebutharga/ Tender)
Aras Bawah, Bahagian Bekalan Dan Perolehan
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Dalam hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakkan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
221601 PERKHIDMATAN > PERCETAKAN (DIKHASKAN KEPADA SYARIKAT 100% BUMIPUTRA) > MENCETAK BUKU, MAJALAH, LAPORAN AKHBAR (PERLU LESEN KDN) ATAU 221602 PERKHIDMATAN > PERCETAKAN (DIKHASKAN KEPADA SYARIKAT 100% BUMIPUTRA) > MENCETAK FAIL, KAD PERNIAGAAN DAN KAD UCAPAN (PERLU LESEN KDN) ATAU 221603 PERKHIDMATAN > PERCETAKAN (DIKHASKAN KEPADA SYARIKAT 100% BUMIPUTRA) > MENCETAK LABEL, POSTER, PELEKAT DAN IRON ON (PERLU LESEN KDN) ATAU 221604 PERKHIDMATAN > PERCETAKAN (DIKHASKAN KEPADA SYARIKAT 100% BUMIPUTRA) > MENCETAK LABEL, POSTER DAN PELEKAT(PLASTIK)(PERLU LESEN KDN) ATAU 221606 PERKHIDMATAN > PERCETAKAN (DIKHASKAN KEPADA SYARIKAT 100% BUMIPUTRA) > MENCETAK BORANG/ KERTAS KOMPUTER (PERLU LESEN KDN) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
PERKHIDMATAN MENCETAK | 5.70 MB | application/pdf | Muat Turun |
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |