PERKHIDMATAN PENGURUSAN PEMBERSIHAN PASAR, MEDAN SELERA DAN TANDAS AWAM DI ZON SEMENYIH & BERANANG DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Tender
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Tender | MPKj T 20/2021 |
Tarikh Iklan | 5 Oct 2021 - 27 Oct 2021 |
Tarikh Jual | 6 Oct 2021 - 27 Oct 2021 |
Tarikh Tutup | 27 Oct 2021 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
Menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR/ KURIER sahaja. Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Aras Bawah, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 100.00 |
Syarat Tender
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan.
DOKUMEN MEJA TERKAWAL
Petender boleh merujuk Dokumen Meja Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.
Petender terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup tender. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 6 OKTOBER 2021 HINGGA 27 OKTOBER 2021. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan. Petender hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR/ KURIER sahaja dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 27 OKTOBER 2021 (RABU) JAM 12.00 TENGAHARI di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebutharga/ Tender)
Aras Bawah, Bahagian Bekalan Dan Perolehan
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Petender dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan tender bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan tender disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Dalam hal ini, sekiranya Petender mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
221001 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT ATAU 221002 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MEMBERSIH KAWASAN ATAU 221402 PERKHIDMATAN > PENGINDAHAN > HIASAN JALAN/ KAWASAN (TIDAK TERMASUK PERLANSKAPAN DAN SENITAMAN) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |