PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN UNTUK PEJABAT MPKj ZON KAJANG (1 TAHUN + 1 TAHUN)
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Tender
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Tender | MPKj T 26/2021 |
Tarikh Iklan | 9 Nov 2021 - 3 Dec 2021 |
Tarikh Jual | 12 Nov 2021 - 3 Dec 2021 |
Tarikh Tutup | 3 Dec 2021 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
Menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR/ KURIER sahaja. Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Aras Bawah, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Tarikh & Masa Taklimat | 11 Nov 2021 10:00 |
Alamat Taklimat |
Dewan Seri Cempaka, MPKj, Persiaran Saujana Impian, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 100.00 |
Syarat Tender
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan.
TAKLIMAT TENDER
Petender adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 11 November 2021
Waktu: 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Seri Cempaka, MPKj, Persiaran Saujana Impian, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Pegawai terlibat untuk taklimat: Encik Mohd Fairul bin Mohd Daus (Penolong Pegawai Tadbir) 019-3799829
* Pemilik/ Penama Berdaftar diwajibkan untuk menghadiri taklimat tender ini. Hanya petender yang menghadiri taklimat tender sahaja boleh membeli dokumen tawaran. Sila bawa bersama Sijil Asal Pendaftaran.
* Petender hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghadiri taklimat. Petender dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghadiri taklimat seperti memastikan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
DOKUMEN MEJA TERKAWAL
Petender boleh merujuk Dokumen Meja Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.
Petender terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup tender. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 12 NOVEMBER 2021 HINGGA 3 DISEMBER 2021. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan. Petender hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR/ KURIER sahaja dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 3 DISEMBER 2021 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebutharga/ Tender)
Aras Bawah, Bahagian Bekalan Dan Perolehan
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 220801 PERKHIDMATAN > PERTAHANAN DAN KESELAMATAN > KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |