Cetak
MPKj S 3/2022

PANEL BAGI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LORI & KENDERAAN PENGANGKUTAN BARANG MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BAGI TEMPOH 1 TAHUN DENGAN PILIHAN LANJUTAN 1 TAHUN (1+1 TAHUN)

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Dya Diyana Bt Mawardi
E-mel dyadiyana@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
13/01/2022 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG: ADDENDA NO.1 KEPADA DOKUMEN SEBUTHARGA MPKj S 3/2022 Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Sebut Harga MPKj S 3/2022
Tarikh Iklan 4 Jan 2022 - 19 Jan 2022
Tarikh Jual 5 Jan 2022 - 19 Jan 2022
Tarikh Tutup 19 Jan 2022
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR/ KURIER sahaja.
Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Aras Bawah, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan.

DOKUMEN MEJA TERKAWAL

Penyebutharga boleh merujuk Dokumen Meja Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.

Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 5 JANUARI 2022 HINGGA 19 JANUARI 2022. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan. Penyebutharga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR/ KURIER sahaja dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 19 JANUARI 2022 (RABU) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang

(Peti Sebutharga/ Tender)

Aras Bawah, Bahagian Bekalan Dan Perolehan

Menara MPKj

Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih

43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

Dalam hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
110104 PENGANGKUTAN, KOMPONEN DAN AKSESORI > KENDERAAN BERMOTOR DAN TIDAK BERMOTOR > LORI

ATAU


110301 PENGANGKUTAN, KOMPONEN DAN AKSESORI > ALAT GANTI DAN AKSESORI KENDERAAN/JENTERA BERAT > ALAT GANTI/AKSESORI KENDERAAN

ATAU


110304 PENGANGKUTAN, KOMPONEN DAN AKSESORI > ALAT GANTI DAN AKSESORI KENDERAAN/JENTERA BERAT > PERALATAN SERVIS DAN SELENGGARA

ATAU


220112 PERKHIDMATAN > PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN KENDERAAN > KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM KENDERAAN

ATAU

220105 PERKHIDMATAN > PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN KENDERAAN > KENDERAAN MELEBIHI 3 TON

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis