Cetak
MPKj SB 1/2022

MEMBEKAL DAN MENJAHIT "LOUNGE SUIT" AHLI MAJLIS DAN PENGARAH JABATAN DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BAGI TAHUN 2022

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Dya Diyana Bt Mawardi
E-mel dyadiyana@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Sebut Harga MPKj SB 1/2022
Tarikh Iklan 7 Jan 2022 - 13 Jan 2022
Tarikh Jual 10 Jan 2022 - 13 Jan 2022
Tarikh Tutup 17 Jan 2022
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR/ KURIER sahaja.
Alamat : Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Aras Bawah, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 10 JANUARI 2022 HINGGA 13 JANUARI 2022. Penyebutharga hendaklah memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 17 JANUARI 2022 (ISNIN) JAM 5.00 PETANG.
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan.

DOKUMEN MEJA TERKAWAL

Penyebutharga boleh merujuk Dokumen Meja Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.

Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 10 JANUARI 2022 HINGGA 13 JANUARI 2022. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan. Penyebutharga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan menggunakan perkhidmatan POS BERDAFTAR/ KURIER sahaja dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 17 JANUARI 2022 (ISNIN) JAM 5.00 PETANG di alamat:

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang

(Peti Sebutharga/ Tender)

Aras Bawah, Bahagian Bekalan Dan Perolehan

Menara MPKj

Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih

43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

Dalam hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
222401 PERKHIDMATAN > PERKHIDMATAN MENJAHIT DAN MEMBAIKPULIH > MENJAHIT PAKAIAN DAN KELENGKAPAN

ATAU


020801 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PAKAIAN DAN KELENGKAPAN > PAKAIAN

ATAU


020802 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PAKAIAN DAN KELENGKAPAN > KELENGKAPAN PAKAIAN

ATAU

020899 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PAKAIAN DAN KELENGKAPAN > PEMBUAT (PAKAIAN & KELENGKAPAN)

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis