Cetak
MPKj T 25/2022

KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI JALAN WANGSA, 1/2, 1/3, 1/4, 1/5, 1/6, 1/7, 1/8, 2/1, 2/2, 2/3, 2/4, 2/5, 2/6, 2/7, 2/8, 2/9, 2/10 DAN JALAN CHERAS HARTAMAS 1, 2, 3, 4, ZON 2, CHERAS, DAERAH HULU LANGAT SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA

Tarikh Tajuk  
03/08/2022 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG: TAWARAN SEMULA BAGI TENDER MPKj T 25/2022 Selanjutnya

Maklumat Tender

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Tender MPKj T 25/2022
Tarikh Iklan 26 Apr 2022 - 18 May 2022
Tarikh Jual 27 Apr 2022 - 18 May 2022
Tarikh Tutup 18 May 2022
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier.
Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Harga Dokumen RM 250.00

Syarat Tender

Tawaran ini adalah dipelawa
kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK),
dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred,
kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera
dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan
Usahawan (BPKU)
, atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis
pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat
juga perlu berdaftar dengan Unit
Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor
dan masih dibenarkan membuat tawaran buat
masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan.



DOKUMEN MEJA
TERKAWAL



Petender boleh merujuk Dokumen Meja
Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.



Petender terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman
sesawang
http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.



Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan
email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.



Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan
resit asal bayaran semasa tarikh tutup tender. Resit tersebut hendaklah
dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.



Tempoh penjualan Dokumen Tawaran
adalah pada 27 APRIL 2022 HINGGA 18 MEI
2022
. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.



TARIKH PENYERAHAN



Dokumen Tawaran yang telah lengkap
diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan
tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke
dalam Peti Tawaran
atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan
memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM
atau PADA 18 MEI 2022 (RABU) JAM 12.00 TENGAH HARI
di alamat:



Yang Dipertua



Majlis Perbandaran Kajang



(Peti Sebutharga/ Tender)



Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan



Menara MPKj



Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih



43000 Kajang



Selangor Darul Ehsan



Sebarang kelewatan yang timbul dalam
urusan tersebut tidak akan dilayan.



Pihak tuan/ puan hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos
dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran dan digalakkan untuk
menghantar Dokumen Tawaran seawal lima (5) hari bekerja sebelum tarikh tutup
yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard
(SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen
Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan tidak dibenarkan
menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.



LAWATAN TAPAK



Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Petender dinasihatkan
supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan tender bagi mengetahui lebih
lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat
kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan tender disebabkan
kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.



Dalam hal ini, sekiranya
Petender mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan,
penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu dipatuhi seperti
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN).

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G4) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM3,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN
DAN
CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis