Cetak
JPS/N/SEL/MK/10/2022 (CP)

KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG DUA (2) UNIT MOBILE GENSET BERKAPASITI 1000 KVA DI RUMAH PAM TAMAN SRI MUDA DAERAH KLANG DAN RUMAH PAM KAMPUNG ASAHAN DAERAH KUALA SELANGOR SERTA SATU (1) UNIT MOBILE GENSET BERKAPASITI 50KVA DI PINTU AIR TAMAN SRI MUDA, DAERAH KLANG, UNTUK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Muhammad Fairuz Bin Md. Yusuf
E-mel fairuz@waterselangor.gov.my
No. Tel 03-5544 7376
Jabatan JPS Selangor
Tarikh Tajuk  
31/05/2022 Penangguhan Tarikh Tutup Tender Selanjutnya

Maklumat Tender

Petender Jabatan Pengairan dan Saliran
No. Tender JPS/N/SEL/MK/10/2022 (CP)
Tarikh Iklan 28 Apr 2022 - 6 Jun 2022
Tarikh Jual 12 May 2022 - 6 Jun 2022
Tarikh Tutup 6 Jun 2022
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tender.
Bhg. Ukur Bahan & Kontrak
JPS Selangor,
Tkt. 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam, Selangor
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 180.00

Syarat Tender

  • Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunaan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)(CIDB) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini.
  • Gred: G4
  • Kategori : ME & E(pengkhususan : M15 & E04)
  • Kontraktor hendaklah berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS)

 

  • Sebagai usaha membendung dan mencegah wabak COVID-19, taklimat dan lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN untuk pembelian tender. Walau bagaimanapun pihak kontraktor yang berminat boleh melawat sendiri ke tapak bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan mengetahui keadaan/maklumat tambahan yang berguna bagi menyediakan tawaran tender. Sekiranya kontraktor mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian face mask adalah amat ditekankan.

 

  • Tempat Berkumpul dan Taklimat :  TIADA
  • Koordinat Lokasi Tapak : TIADA

 

  • Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa :

a) SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN CIDB - ASAL

b) SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN CIDB - ASAL

c) SALINAN PENDAFTARAN UPENS

d) Surat Wakil yang ditandatangani oleh penama di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

e) Satu (1) SALINAN bagi sijil-sijil berkenaan semasa membeli dokumen tender

Kontraktor yang berminat boleh mendapatkan dokumen tender di :

Kaunter Bhg. Ukur Bahan & Kontrak JPS Selangor, Tkt.5,Blok Podium Selatan, Bgn. SSAAS, 40626 Shah Alam, Selangor.

Mulai : 12 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022

Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja  

  •  Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan pada waktu 9.00pagi hingga 3.00 petang sahaja. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan semasa proses pembelian dokumen tender.  
  • Bayaran dokumen tender sebanyak RM180.00 hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Tender Online Selangor sahaja. Bayaran tunai tidak akan diterima. 

  • Setelah pembayaran dibuat melalui dalam talian, dokumen tender boleh diambil di kaunter penjualan tender dengan membawa salinan dokumen seperti yang telah dinyatakan serta membawa bersama salinan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran. 

 

  • Jabatan berhak untuk menolak sebarang tawaran petender yang dikemukakan sekiranya terdapat keraguan maklumat yang disertakan atau tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Dokumen yang telah lengkap seperti yang dinyatakan, hendaklah dihantar ke Peti Tender, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Tingkat5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40626 Shah Alam, Selangor tidak lewat daripada JAM 12.00 TENGAHARI pada tarikh tutup yang telah dinyatakan.

 

Sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima selepas tempoh 150 hari dari tutup tawaran, maka tawaran adalah dianggap Tidak Berjaya.

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G4) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM3,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB M15 KELENGKAPAN MEKANIKAL PELBAGAI

DAN

E04 PEMASANGAN VOLTAN RENDAH

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis