Cetak
37/2022

KERJA-KERJA PEMBAIKAN PAGAR KAWASAN DAN KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN DI INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN) SABAK BERNAM, SELANGOR

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama NORJANATON BINTI SARPAN
E-mel luvillahi@gmail.com
No. Tel 03-32242581
Jabatan JKR SABAK BERNAM
Tarikh Tajuk  
02/06/2022 ADDENDA NO.1 Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam
No. Sebut Harga 37/2022
Tarikh Iklan 26 May 2022 - 8 Jun 2022
Tarikh Jual 1 Jun 2022 - 7 Jun 2022
Tarikh Tutup 8 Jun 2022
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar PEJABAT JURUTERA DAERAH,
JKR SABAK BERNAM,
45300 SUNGAI BESAR,
SELANGOR DARUL EHSAN
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

1. Sila pastikan maklumat kontraktor seperti no. telefon pejabat/talian mudah alih dan emel syarikat adalah yang terkini dan dikemaskini dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mudah dihubungi.  

2. Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) seperti maklumat dibawah, Sijil Taraf Bumiputera (STB) dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) :

Taraf : Bumiputera

Gred : G3

Kategori : CE 

Pengkhususan :  CE21 DAN CE32

dengan tempoh pendaftaran yang masih sah dan syarikat beralamat di NEGERI SELANGOR sahaja.

3. Borang sebutharga boleh didapati mulai tarikh 01hb JUN 2022 hingga 07hb JUN 2022 di Kaunter Unit Ukur Bahan & Kontrak, JKR Sabak Bernam. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA (RM50.00) dan secara TUNAI sahaja.

Waktu Urusniaga Sebutharga :

                                                          Isnin - Khamis    :    08.00 pagi - 12.30 tengah hari

                                                                                             02.00 petang - 3.30 petang

                                                         Jumaat                 :    08.00 pagi - 11.45 pagi

                                                                                            [WAKTU PETANG TIDAK DIGALAKKAN]

4. KEBENARAN KHAS hendaklah dipohon sebelum pembelian dokumen sebutharga. Kontraktor hendaklah membawa bersekali surat kelulusan daripada CIDB bagi tujuan tersebut. 

5. Taklimat dan lawatan adalah digalakkan kepada kontraktor yang berminat untuk menyertai sebutharga ini. Bagi yang berminat untuk mengadakan lawatan tapak, bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian Bangunan, JKR Sabak Bernam.

6. Dokumen Meja Sebutharga boleh disemak di Kaunter Unit Ukur Bahan pada waktu pejabat. Dokumen sebutharga boleh dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa Sijil ASAL SPKK, PPK, STB dan MOF dan satu salinan bagi sijil-sijil, Kad Pengenalan, cap Syarikat dan surat wakil. 

7.    Setiap satu Syarikat Kontraktor hanya boleh membeli satu dokumen sahaja bagi setiap kerja dalam satu-satu masa. Langkah ini bagi membendung pakatan harga dengan syarikat lain dalam sebutharga. [Sila baca LAMPIRAN 5A perenggan 2 dokumen sebutharga ini semasa menurunkan tandatangan].

8. Dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan hendaklah mencatat No. Sebutharga di sebelah penjuru kiri sampul tersebut. Dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebutharga di Unit Ukur Bahan & Kontrak, JKR Sabak Bernam tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 08hb JUN 2022.(Tarikh Tutup)

9. Sekiranya kontraktor tidak dapat hadir untuk tujuan penghantaran dokumen sebutharga, kontraktor boleh menghantar dokumen dengan menggunakan Pos Berdaftar/Kurier dan hendaklah tiba pada atau sebelum peti tawaran ditutup. 

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G3) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM1,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM
DAN
CE32 KERJA PENYELENGGARAAN KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis