MENAIKTARAF INSFRASTRUKTUR (TANGKI AIR & SISTEM RETIKULASI) DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI RESIDENSI MELOR BANGI
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S 100/2022 |
Tarikh Iklan | 24 Jun 2022 - 4 Jul 2022 |
Tarikh Jual | 27 Jun 2022 - 4 Jul 2022 |
Tarikh Tutup | 4 Jul 2022 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier. Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Tarikh & Masa Taklimat | 27 Jun 2022 08:30 |
Alamat Taklimat |
Mini Teater, Tingkat 6, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini
adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan
memiliki Sijil
Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau
syarikat-syarikat yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang
berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu
berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi
(UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi
kerja/ perkhidmatan/ bekalan.
Penyebutharga adalah DIGALAKKAN
untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 27 Jun 2022 (Isnin)
Waktu Pendaftaran: 8.30
Pagi – 9.30 Pagi
Waktu Taklimat: 9.30 Pagi
Tempat : Mini Teater, Tingkat 6, Menara MPKj, Jalan
Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
* Taklimat dan lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu,
Penyebutharga dinasihatkan supaya menghadiri taklimat dan lawatan tapak sebelum
mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat
terperinci mengenai sebutharga tersebut. Sebarang tuntutan akibat kesilapan
dalam menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai
sebutharga tidak akan dilayan.
* Hanya Pemilik/ Penama Sahaja Diwajibkan untuk menghadiri
taklimat dan lawatan tapak ini. Sila
bawa bersama Sijil Asal Pendaftaran.
* Penyebutharga hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos dan telah
melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
semasa menghadiri taklimat dan lawatan tapak.
Penyebutharga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Standard Operasi
(SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghadiri taklimat dan lawatan
tapak seperti memastikan penjarakan fizikal dan pemakaian
pelitup muka.
DOKUMEN MEJA
TERKAWAL
Penyebutharga boleh merujuk Dokumen
Meja Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di
laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan
email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan
resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah
dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran
adalah pada 27 JUN 2022 HINGGA 4 JULAI
2022. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap
diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan
tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke
dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan
memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM
atau PADA 4 JULAI 2022 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebutharga/ Tender)
Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Lawatan Tapak
Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
---|---|---|---|---|
1 | Mini Teater, Tingkat 6, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Mini Teater, Tingkat 6, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
27 Jun 2022 08:30 |
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
|
---|---|
Bidang Pengkhususan CIDB | CE20 SISTEM BEKALAN AIR |
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|