KERJA-KERJA PENGINDAHAN LANDSKAP BERPASU DI JALAN PASAR BARU, JALAN BESAR, JALAN BANGI LAMA DAN JALAN SEMENYIH, MUKIM SEMENYIH, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj SB 5/2022 |
Tarikh Iklan | 9 Sep 2022 - 15 Sep 2022 |
Tarikh Jual | 12 Sep 2022 - 15 Sep 2022 |
Tarikh Tutup | 15 Sep 2022 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
Dihantar secara serahan tangan di kaunter Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier. Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Penyebutharga hendaklah memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 15 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS) JAM 5.00 PETANG. |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa
kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred,
kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera
dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan
Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis
pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat
juga perlu berdaftar dengan Unit
Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat
masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan berikut.
DOKUMEN MEJA
TERKAWAL
Penyebutharga boleh merujuk Dokumen
Meja Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di
laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan
email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan
resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah
dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah
pada 12 SEPTEMBER 2022 HINGGA 15
SEPTEMBER 2022. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh
tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dihantar secara serahan tangan di kaunter
Bahagian Pengurusan
Kontrak dan Ukur Bahan atau menggunakan
perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba
SEBELUM atau PADA 15 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)
JAM 5.00 PETANG di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebutharga/ Tender)
Tingkat 6A, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih
Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Pihak tuan/ puan hendaklah lengkap
divaksinasi dengan 2 dos dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar
Dokumen Tawaran dan digalakkan untuk menghantar Dokumen Tawaran seawal tiga (3)
hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi
memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal
dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga
dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi
mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi.
Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau
menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan
tapak bina tidak akan dilayan.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 070201 PERTANIAN, PERHUTANAN DAN TERNAKAN > TANAMAN, TERNAKAN, BAKA TANAMAN/TERNAKAN DAN SAMPEL (BAHAN YANG TELAH DI AWETKAN) > TANAMAN/BAKA/BENIH SEMAIAN |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |