Cetak
MPKj S 161/2022

PEMBELIAN KOMPUTER PERIBADI, KOMPUTER RIBA & PENCETAK BIL- 2/2022

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Dya Diyana Bt Mawardi
E-mel dyadiyana@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
01/10/2022 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG: ADDENDA NO.1 KEPADA DOKUMEN SEBUTHARGA MPKj S 161/2022 Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Sebut Harga MPKj S 161/2022
Tarikh Iklan 20 Sep 2022 - 5 Oct 2022
Tarikh Jual 21 Sep 2022 - 5 Oct 2022
Tarikh Tutup 5 Oct 2022
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier.
Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan.

DOKUMEN MEJA TERKAWAL

Penyebutharga boleh merujuk Dokumen Meja Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.

Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 21 SEPTEMBER 2022 HINGGA 5 OKTOBER 2022. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 5 OKTOBER 2022 (RABU) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang

(Peti Sebutharga/ Tender)

Tingkat 6A, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan

Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih

Off Jalan Semenyih

43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

Pihak tuan/ puan hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran dan digalakkan untuk menghantar Dokumen Tawaran seawal tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

Dalam hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 210101 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > HARDWARE (LOW END TECHNOLOGY) - SUPPLY ALL TYPES OF COMPUTER HARDWARE INCLUDING PC, NOTEBOOK, PRINTER, DOCUMENT SC

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian