Cetak
MPKj T 30/2022

CADANGAN MEROBOH GERAI DAN MEDAN SELERA SEDIADA DAN MEMBINA MEDAN NIAGA KOMUNITI 1 TINGKAT, DI ATAS LOT 30004 DAN 30005, SEKSYEN 16, BANDAR BARU BANGI, MUKIM KAJANG, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Pegawai Bertanggungjawab
Nama hasni
E-mel hasni@mpkj.gov.my
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
15/12/2022 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG: ADDENDA NO.1 KEPADA DOKUMEN TENDER MPKj T 30/2022 Selanjutnya

Maklumat Tender

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Tender MPKj T 30/2022
Tarikh Iklan 28 Nov 2022 - 21 Dec 2022
Tarikh Jual 30 Nov 2022 - 21 Dec 2022
Tarikh Tutup 21 Dec 2022
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier.
Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tarikh & Masa Taklimat 30 Nov 2022 08:30
Alamat Taklimat Tingkat 6, Mini Teater,
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 300.00

Syarat Tender

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan.

TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

Petender adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 30 November 2022 (Rabu)

Waktu Pendaftaran: 8.30 Pagi – 9.30 Pagi

Waktu Taklimat: 9.30 Pagi

Tempat : Tingkat 6, Mini Teater, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

* Hanya Pemilik/ Penama Sahaja Diwajibkan untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini. Sila bawa bersama Sijil Asal Pendaftaran.

* Petender hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Petender dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghadiri taklimat dan lawatan tapak seperti memastikan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

DOKUMEN MEJA TERKAWAL

Petender boleh merujuk Dokumen Meja Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.

Petender terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup tender. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 30 NOVEMBER 2022 HINGGA 21 DISEMBER 2022. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 21 DISEMBER 2022 (RABU) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang

(Peti Sebutharga/ Tender)

Tingkat 6A, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan

Menara MPKj

Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih

43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

Pihak tuan/ puan hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran dan digalakkan untuk menghantar Dokumen Tawaran seawal lima (5) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 Tingkat 6, Mini Teater,
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tingkat 6, Mini Teater,
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
30 Nov 2022 08:30

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G5) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM 5,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN
DAN
CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis