Cadangan Membina Sebuah Pusat Kitar Semula 3R Di Fasa 5, Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Untuk Majlis Perbandaran Kajang
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | hasni |
E-mel | hasni@mpkj.gov.my |
No. Tel | |
Jabatan |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S 197/2022 |
Tarikh Iklan | 28 Oct 2022 - 7 Nov 2022 |
Tarikh Jual | 31 Oct 2022 - 7 Nov 2022 |
Tarikh Tutup | 7 Nov 2022 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender) Tingkat 6A Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan |
Tarikh & Masa Taklimat | 31 Oct 2022 08:30 |
Alamat Taklimat |
Mini Teater, Tingkat 6, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan berikut:
TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK
Penyebutharga adalah DIGALAKKAN untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 31 Oktober 2022 (Isnin)
Waktu Pendaftaran : 8.30 Pagi – 9.30 Pagi
Waktu Taklimat : 9.30 Pagi
Tempat : Mini Teater, Tingkat 6,
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Pegawai : En. Mohd Haizel Bin Hashim (019-246 9591 / 03-8737 6038)
* Taklimat dan lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya menghadiri taklimat dan lawatan tapak sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat terperinci mengenai sebutharga tersebut. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai sebutharga tidak akan dilayan.
* Hanya Pemilik/ Penama Sahaja Diwajibkan untuk menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini. Sila bawa bersama Sijil Asal Pendaftaran.
* Penyebutharga hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Penyebutharga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghadiri taklimat dan lawatan tapak seperti memastikan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
DOKUMEN MEJA TERKAWAL
Penyebutharga boleh merujuk Dokumen Meja Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 31 OKTOBER 2022 HINGGA 7 NOVEMBER 2022. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 7 NOVEMBER 2022 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebutharga/ Tender)
Tingkat 6A
Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih
Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Pihak tuan/ puan hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran dan digalakkan untuk menghantar Dokumen Tawaran seawal tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.
Lawatan Tapak
Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
---|---|---|---|---|
1 | Mini Teater, Tingkat 6, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Bandar Baru Bangi | 31 Oct 2022 08:30 |
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
|
---|---|
Bidang Pengkhususan CIDB |
B04 KERJA AM BANGUNAN
DAN CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM |
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |