PERKHIDMATAN PROGRAM INSENTIF CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2023 - CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S1/2023 |
Tarikh Iklan | 13 Feb 2023 - 28 Feb 2023 |
Tarikh Jual | 14 Feb 2023 - 28 Feb 2023 |
Tarikh Tutup | 28 Feb 2023 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier. Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa
kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred,
kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera
dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan
Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis
pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat
juga perlu berdaftar dengan Unit
Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat
masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan.
DOKUMEN
MEJA TAWARAN
Penyebutharga boleh merujuk Dokumen
Meja Tawaran di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.
Penyebutharga
terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit
Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan
email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian
Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal
bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di
muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen
Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran
adalah pada 14 FEBRUARI 2023 HINGGA 28
FEBRUARI 2023. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh
tersebut.
TARIKH
PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap
diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan
tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke
dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan
memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM
atau PADA 28 FEBRUARI 2023 (SELASA) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebutharga/ Tender)
Tingkat 6A, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih
Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Pihak tuan/ puan hendaklah lengkap
divaksinasi dengan 2 dos dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran
dan digalakkan untuk menghantar Dokumen Tawaran seawal tiga (3) hari bekerja
sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur
Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa
menghantar Dokumen Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan
tidak dibenarkan menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga
dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi
mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi.
Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau
menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan
tapak bina tidak akan dilayan.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
030201 SUKAN, REKREASI DAN ALAT MUZIK (PERALATAN, BEKALAN DAN AKSESORI SUKAN DAN REKREASI) > CENDERAMATA DAN HADIAH > CENDERAMATA DAN HADIAH ATAU 030299 SUKAN, REKREASI DAN ALAT MUZIK (PERALATAN, BEKALAN DAN AKSESORI SUKAN DAN REKREASI) > CENDERAMATA DAN HADIAH > PEMBUAT (CENDERAMATA DAN HADIAH) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|