PERKHIDMATAN PEMBEKALAN BAHAN MAKANAN BERMASAK DI MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS) HULU LANGAT
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | SITI HAWA BINTI SHARIF |
E-mel | siti_hawa@jais.gov.my |
No. Tel | 0355143453 |
Jabatan | JAIS |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Tender
Petender | Jabatan Agama Islam Selangor |
---|---|
No. Tender | JAIS.UPP.400-5/8/9 (24/25) |
Tarikh Iklan | 3 Jul 2023 - 31 Jul 2023 |
Tarikh Jual | 10 Jul 2023 - 31 Jul 2023 |
Tarikh Tutup | 31 Jul 2023 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
UNIT PENTADBIRAN & PEROLEHAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR TINGKAT 8 MENARA SELATAN BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH 40676 SHAH ALAM SELANGOR |
Tarikh & Masa Taklimat | 5 Jul 2023 14:00 |
Alamat Taklimat |
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Hulu Langat, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Selangor
Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
Harga Dokumen | RM 100.00 |
Syarat Tender
Petender yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti butiran di atas. Hanya penama dalam pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan sahaja dibenarkan hadir ke sesi taklimat. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat. Kegagalan menghadiri taklimat tender akan menyebabkan petender TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam tender tersebut.
Petender hendaklah menyediakan cop syarikat, salinan Kad Pengenalan Penama, salinan Sijil Pendaftaram Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seperti kod bidang yang disenaraikan di atas dan salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (sekiranya berkaitan) untuk pengesahan sebelum dibenarkan menghadiri taklimat dan membeli dokumen.
Maklumat terperinci tender dan Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di laman http://tender.selangor.my bermula 03 Julai 2023 (Isnin) atau secara fizikal di alamat seperti di bawah.
Harga Dokumen Tender ialah RM50.00, RM100.00 atau RM300.00 sahaja bergantung kepada jenis tender. Dokumen Tender hanya dijual secara dalam talian. Bayaran hendaklah dibuat melalui Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Negeri Selangor di laman http://tender.selangor.my mulai 10 Julai 2023 (Isnin). Dokumen Tender hanya boleh diambil oleh pemilik syarikat secara fizikal dengan mengemukakan Resit Pembelian Borang Tender ke alamat seperti di bawah. Hanya satu (1) dokumen tender dibenarkan untuk seorang pemilik syarikat.
Dokumen atau Borang Tawaran Tender hendaklah dibuat mengikut format borang yang telah ditetapkan dan diisikan dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dituliskan Nombor Tender di sebelah atas kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor,
Unit Pentadbiran Dan Perolehan
Tingkat 8, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40676 Shah Alam, Selangor.
Tarikh tutup tender adalah pada 31 Julai 2023 (Isnin) jam 12.00 Tengahari. Tender yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana permohonan tender yang dikirimkan melalui pos.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pejabat ini di talian 03-5514 3453
Lawatan Tapak
Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
---|---|---|---|---|
1 | Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Hulu Langat, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Selangor | Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Hulu Langat, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Selangor | 5 Jul 2023 14:00 |
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 040103 MAKANAN, MINUMAN DAN BAHAN MENTAH > MAKANAN, MINUMAN DAN BAHAN MENTAH KERING/BASAH > MAKANAN BERMASAK (ISLAM) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |