PEMBELIAN INK, CARTRIDGE, TONER DAN ALAT TULIS KOMPUTER BIL-1/2023
Pegawai Bertanggungjawab 1 | Pegawai Bertanggungjawab 2 | ||
---|---|---|---|
Nama | SITI SARAHNIZA BINTI ZAINOL | Nama | MUHAMAD AIDIL FAIZIN BIN MOHD MAZNI |
E-mel | sarahniza@mpkj.gov.my | E-mel | aidilfaizin@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 | No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN | Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S148/2023 |
Tarikh Iklan | 25 Sep 2023 - 10 Oct 2023 |
Tarikh Jual | 26 Sep 2023 - 10 Oct 2023 |
Tarikh Tutup | 10 Oct 2023 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier. Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebut Harga/ Tender), Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Negeri | SELURUH MALAYSIA |
Harga Dokumen | RM 100.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Penyebut Harga boleh merujuk Dokumen Meja Tawaran di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di https://www.mpkj.gov.my.
Penyebut Harga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara dalam talian di laman sesawang https://tender.selangor.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara dalam talian adalah wajib melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebut harga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 26 SEPTEMBER 2023 HINGGA 10 OKTOBER 2023. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 10 OKTOBER 2023 (SELASA) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebut Harga/ Tender)
Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih
Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Pihak tuan/ puan hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran dan digalakkan untuk menghantar Dokumen Tawaran seawal tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebut Harga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebut harga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebut harga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Dalam hal ini, sekiranya Penyebut Harga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 210101 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > HARDWARE (LOW END TECHNOLOGY) - SUPPLY ALL TYPES OF COMPUTER HARDWARE INCLUDING PC, NOTEBOOK, PRINTER, DOCUMENT SC |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |