PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN UNTUK PEJABAT MPKj ZON KAJANG DAN BANGI (2 TAHUN + 1 TAHUN)
Pegawai Bertanggungjawab 1 | Pegawai Bertanggungjawab 2 | ||
---|---|---|---|
Nama | SITI SARAHNIZA BINTI ZAINOL | Nama | MUHAMAD AIDIL FAIZIN BIN MOHD MAZNI |
E-mel | sarahniza@mpkj.gov.my | E-mel | aidilfaizin@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 | No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN | Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Tender
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Tender | MPKj T31/2023 |
Tarikh Iklan | 17 Nov 2023 - 13 Dec 2023 |
Tarikh Jual | 22 Nov 2023 - 13 Dec 2023 |
Tarikh Tutup | 13 Dec 2023 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier. Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebut Harga/ Tender), Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Tarikh & Masa Taklimat | 21 Nov 2023 08:30 |
Alamat Taklimat |
Mini Teater, Tingkat 6, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Negeri | SELURUH MALAYSIA |
Harga Dokumen | RM 200.00 |
Syarat Tender
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan berikut:
TAKLIMAT
Petender adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 21 November 2023 (Selasa)
Waktu Pendaftaran: 8.30 Pagi – 9.30 Pagi
Waktu Taklimat: 9.30 Pagi
Tempat : Mini Teater, Tingkat 6, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
* Hanya Pemilik/ Penama Sahaja Diwajibkan untuk menghadiri taklimat ini. Sila bawa bersama Sijil Asal Pendaftaran.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Petender boleh merujuk Dokumen Meja Tawaran di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di https://www.mpkj.gov.my.
Petender terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara dalam talian di laman sesawang https://tender.selangor.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara dalam talian adalah wajib melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup tender. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 22 NOVEMBER 2023 HINGGA 13 DISEMBER 2023. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 13 DISEMBER 2023 (RABU) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebut Harga/ Tender)
Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih
Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Pihak tuan/ puan digalakkan menghantar Dokumen Tawaran seawal lima (5) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 220801 PERKHIDMATAN > PERTAHANAN DAN KESELAMATAN > KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|