Cetak
JPVSEL/T/02/2024

TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA) BAGI PREMIS DAN SEKITAR BANGUNAN IBU PEJABAT JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR SERTA SEMBILAN (9) PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH (PPVD) DAN LADANG TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SUNGAI NILAM BAGI TEMPOH 36 BULAN

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama HEMALA A/P MUNUSAMY
E-mel hemala@dvssel.gov.my
No. Tel 03-55103900
Jabatan JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR
Tarikh Tajuk  
09/05/2024 RALAT DI LAMPIRAN E JADUAL TAWARAN HARGA MUKA SURAT 60 Selanjutnya

Maklumat Tender

Petender Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
No. Tender JPVSEL/T/02/2024
Tarikh Iklan 24 Apr 2024 - 24 May 2024
Tarikh Jual 24 Apr 2024 - 24 May 2024
Tarikh Tutup 24 May 2024
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor,
Tingkat 1 Bahagian Khidmat Pengurusan,
Lot 28, Jalan Utas 15/7,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh & Masa Taklimat 2 May 2024 10:00
Alamat Taklimat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor,
Bilik Gerakan 2, Tingkat 1,
Lot 28, Jalan Utas 15/7,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Negeri    SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Tender

KENYATAAN TENDER

 

1.         Semua pembida hendaklah mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam dokumen pelawaan ini, melainkan setakat mana syarat-syarat tersebut ditolak atau diubah oleh pihak Kerajaan.

 

2.         Pelawaan tender ini adalah untuk mendapatkan Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata) bagi Premis dan Sekitar Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Serta Sembilan (9) Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) dan Ladang Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Nilam bagi Tempoh 36 Bulan

 

3.         Tawaran tender ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang:

i.          berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan tempoh pendaftarannya masih berkuatkuasa di bawah kod bidang:

220801 - Kawalan Keselamatan (Perlu lesen KDN)

ii.          mempunyai Sijil Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),

iii.         berdaftar dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)

iv.        dikehendaki mematuhi Senarai Semak (Lampiran 1 dan Lampiran 2)

 

4.         Perolehan perkhidmatan ini dibuat secara Tender Terbuka melalui laman sesawang Sistem Tender Online Selangor 2.0 iaitu https://tender.selangor.my/. Tempoh tender bagi perkhidmatan ini adalah selama 30 hari kalendar bermula pada 24 April 2024 (Rabu) dan tarikh tutup tender adalah pada 24 Mei 2024 (Jumaat). Dokumen yang dimuat turun hendaklah dibukukan/ didokumentasikan.

 

5.         Dokumen Tender dijual dengan harga RM100.00. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.my/. Resit bayaran wajib disertakan dalam penghantaran dokumen tender sebagai bukti pembelian. Bayaran dokumen tidak akan dikembalikan.

 

6.         Kehadiran ke sesi taklimat tender adalah WAJIB dan hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan atau pemilik/pengarah syarikat boleh menghadiri sesi taklimat tender dan dibuktikan dengan membawa Salinan Sijil berkaitan. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam sijil tersebut. Sesi taklimat tender akan diadakan pada 2 Mei 2024 (Khamis) pada jam 10.00 pagi di Bilik Gerakan 2, Tingkat 1, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Lot 28, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Petender tidak boleh membeli atau memuat turun dokumen tender sehingga permohonan dan pengesahan kehadiran taklimat disahkan di sistem Tender Online Selangor 2.0 oleh urus setia perolehan.

 

7.         Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dimeterai dengan rapi dan ditandakan dengan betul seperti tajuk di atas, pada penjuru atas kiri juga ditandakan: Nombor Tender: JPVSEL/T/02/2024dan dokumen tersebut hendaklah dimasukkan melalui serahan tangan atau menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier ke dalam Peti Tender di, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Tingkat 1 Bahagian Khidmat Pengurusan, Lot 28, Jalan Utas 15/7, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Tender ini akan DITUTUP pada 24 Mei 2024 (Jumaat) sebelum atau pada jam 12.00 tengahari.

 

8.         Kerajaan berhak untuk membatalkan tender ini pada bila-bila masa sekiranya perlu dan tidak terikat untuk memberi sebarang sebab atau penjelasan. Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak pembida kerana urusan tender ini adalah menjadi tanggungjawab pihak pembida dan Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor,
Bilik Gerakan 2, Tingkat 1,
Lot 28, Jalan Utas 15/7,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor,
Bilik Gerakan 2, Tingkat 1,
Lot 28, Jalan Utas 15/7,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
2 May 2024 10:00

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 220801 PERKHIDMATAN > PERTAHANAN DAN KESELAMATAN > KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN)

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
DOKUMEN MEJA TERKAWAL_JPVSEL/T/02/2024 2.71 MB application/pdf Muat Turun