Cetak
MPKj T20/2024

SEWAAN DAN CAJ BACAAN METER BAGI MESIN PENYALIN CETAKAN DIGITAL HITAM PUTIH SERTA BERWARNA JENIS HEAVY DUTY, MEDIUM DUTY DAN LIGHT DUTY UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DENGAN PILIHAN LANJUTAN SATU (1) TAHUN (3+1 TAHUN)

Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
Nama SITI SARAHNIZA BINTI ZAINOL Nama MUHAMAD AIDIL FAIZIN BIN MOHD MAZNI
E-mel sarahniza@mpkj.gov.my E-mel aidilfaizin@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899 No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
06/09/2024 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG: ADDENDA NO.1 KEPADA DOKUMEN TENDER MPKj T20/2024 Selanjutnya

Maklumat Tender

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Tender MPKj T20/2024
Tarikh Iklan 21 Aug 2024 - 12 Sep 2024
Tarikh Jual 22 Aug 2024 - 12 Sep 2024
Tarikh Tutup 12 Sep 2024
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier.
Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebut Harga/ Tender), Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Kebenaran Khas
Syarikat Negeri    SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 200.00

Syarat Tender

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan.

DOKUMEN MEJA TAWARAN

Petender boleh merujuk Dokumen Meja Tawaran di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di https://www.mpkj.gov.my.

Petender terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara dalam talian di laman sesawang https://tender.selangor.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

Pembelian Dokumen Tawaran secara dalam talian adalah wajib melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup tender. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 22 OGOS 2024 HINGGA 12 SEPTEMBER 2024. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 12 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang

(Peti Sebut Harga/ Tender)

Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan

Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih

Off Jalan Semenyih

43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

Pihak tuan/ puan digalakkan menghantar Dokumen Tawaran seawal lima (5) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Petender dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan tender bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan tender disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 020201 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI
ATAU
020299 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI > PEMBUAT (MESIN-MESIN PEJABAT & AKSESORI)
ATAU
220201 PERKHIDMATAN > PENYELENGGARAAN/PEMBAIKAN MESIN, PERABOT PEJABAT/ KEDIAMAN > MESIN-MESIN PEJABAT/KEDIAMAN
ATAU
221502 PERKHIDMATAN > PENYEWAAN DAN PENGURUSAN > MESIN DAN PERALATAN PEJABAT
ATAU
222010 PERKHIDMATAN > EDITORAL, REKABENTUK GRAFIK, SENI HALUS DAN HARTA INTELEK > FOTOSTAT

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis