Cetak
MPKj S275/2024

PENGGANTIAN LAMPU SON (HPSV) KEPADA LAMPU JALAN JENIS LED BERKUASA SOLAR BESERTA SISTEM KAWALAN PINTAR (SMART CONTROLLING SYSTEM) BAGI PROGRAM BANDAR RENDAH KARBON DI KAWASAN PUSAT BANDAR SEKSYEN 9, BANDAR BARU BANGI

Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
Nama SITI SARAHNIZA BINTI ZAINOL Nama MUHAMAD AIDIL FAIZIN BIN MOHD MAZNI
E-mel sarahniza@mpkj.gov.my E-mel aidilfaizin@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899 No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Sebut Harga MPKj S275/2024
Tarikh Iklan 12 Dec 2024 - 19 Dec 2024
Tarikh Jual 12 Dec 2024 - 19 Dec 2024
Tarikh Tutup 19 Dec 2024
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Dokumen Tawaran dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier.
Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebut Harga/ Tender), Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Kebenaran Khas
Syarikat Negeri    SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Sebut Harga

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan.

DOKUMEN MEJA TAWARAN

Penyebut Harga boleh merujuk Dokumen Meja Tawaran di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di https://www.mpkj.gov.my.

Penyebut Harga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara dalam talian di laman sesawang https://tender.selangor.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

Pembelian Dokumen Tawaran secara dalam talian adalah wajib melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebut harga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 12 DISEMBER 2024 HINGGA 19 DISEMBER 2024. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 19 DISEMBER 2024 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:

Majlis Perbandaran Kajang

(Peti Sebut Harga/ Tender)

Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan

Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih

Off Jalan Semenyih

43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

Pihak tuan/ puan digalakkan menghantar Dokumen Tawaran seawal tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebut Harga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebut harga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebut harga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 140501 PERALATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK > SISTEM, KOMPONEN ELEKTRIK, ELEKTRONIK DAN AKSESORI > SISTEM ELEKTRONIK
ATAU
140502 PERALATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK > SISTEM, KOMPONEN ELEKTRIK, ELEKTRONIK DAN AKSESORI > KOMPONEN DAN AKSESORI ELEKTRIK/ELEKTRONIK
ATAU
140503 PERALATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK > SISTEM, KOMPONEN ELEKTRIK, ELEKTRONIK DAN AKSESORI > LAMPU, KOMPONEN LAMPU DAN AKSESORI
ATAU
140599 PERALATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK > SISTEM, KOMPONEN ELEKTRIK, ELEKTRONIK DAN AKSESORI > PEMBUAT (SISTEM,KOMPONEN ELEKTRIK,ELEKTRONIK DAN AKSESORI)

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis