Cetak
PDTK/KP/08/2025

PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYELENGGARAAN LAPAN (8) UNIT MESIN PENYALIN (FOTOSTAT) DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Shahida Suhana binti Abdul Hamid
E-mel shahida.suhana@selangor.gov.my
No. Tel 03-33829201
Jabatan khidmat pengurusan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Pejabat Daerah Klang
No. Sebut Harga PDTK/KP/08/2025
Tarikh Iklan 7 Nov 2025 - 17 Nov 2025
Tarikh Jual 7 Nov 2025 - 17 Nov 2025
Tarikh Tutup 17 Nov 2025
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Sebut harga Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 1, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Jalan Kota
Kebenaran Khas
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 30.00

Syarat Sebut Harga

    1. Kelayakan Penyebut Harga       

 

Penyebut Harga hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan mestilah mempunyai kepala atau kod bidang di dalam skop kerja yang terlibat. Penyebut Harga yang tidak mempunyai kepala atau kod bidang tersebut, dokumen Sebut Harganya akan ditolak.

 

Bertaraf Bumiputera

 

Kementerian Kewangan

Kod Bidang  221502 :  Perkhidmatan Penyewaan dan Pengurusan Mesin 

                                    Dan Peralatan Pejabat         

           

    1. Penyerahan Dokumen Sebut Harga

 

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti jadual di Senarai Semakan Dokumen iaitu termasuk semua lampiran-lampiran yang telah dilengkapi berserta dokumen-dokumen sokongan di perkara:

 

  1. Tawaran Harga
  2. Tawaran Teknikal
  3. Profil Syarikat

 

Tawaran Harga dan Tawaran Teknikal hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berasingan dan berlakri. Setiap sampul surat hendaklah dilabelkan “TAWARAN HARGA” dan “TAWARAN TEKNIKAL” dan dicatatkan tajuk dan nombor Sebut Harga pada penjuru atas sebelah kiri kedua-dua sampul surat. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat besar berlakri berserta Profil Syarikat; tanpa terdapat apa-apa tanda yang membolehkan identiti Penyebut Harga dikenali dan ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat tersebut dengan tajuk seperti berikut:

 

“PERKHIDMATAN SEWAAN DAN PENYELENGGARAAN LAPAN (8) UNIT MESIN PENYALIN (FOTOSTAT) DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG  – NO.SEBUT HARGA: PDTK / KP / 08 / 2025” dan dikembalikan ke alamat:

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

TINGKAT 1, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

                                                JALAN KOTA

                                                41902 KLANG

                                                SELANGOR DARUL EHSAN

Tawaran Sebut Harga akan ditutup pada 17 November 2025 (Isnin) sebelum atau pada jam 12.00 tengahari.

 

Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

    1. Tempoh Sah Laku Sebut Harga

 

  1. Tempoh sah laku Sebut Harga adalah Sembilan Puluh (90) hari dari tarikh iklan Sebut Harga ditutup.

 

  1. Dalam keadaan terkecuali, tempoh pengesahan sebut harga yang hampir tamat, Kerajaan akan meminta Penyebut Harga untuk menyambung tempoh pengesahan sebut harga tersebut. Permintaan ini dan maklum balasnya mestilah dibuat secara bertulis.

 

  1. Penyebut Harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak akan dikehendaki atau dibenarkan mengubahsuai sebut harganya tetapi dikehendaki untuk melanjutkan tempoh pengesahan sebut harganya.

 

  1. Harga tawaran tidak boleh diubah dalam tempoh sah asal tawaran atau tempoh lanjutan sekiranya diberikan.

 

    1. Pindaan

 

Kerajaan berhak meminda atau membatalkan mana-mana dokumen yang membentuk sebahagian daripada pelawaan Sebut Harga ini, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu tanpa menguatkuasakan perubahan dalam polisi atau membetulkan mana-mana yang silap, tertinggal, tidak jelas atau tidak selaras yang mungkin timbul selepas pelawaan Sebut Harga ini dikeluarkan.

 

    1. Dokumen Sebut Harga

 

  1. Dokumen Sebut Harga akan menjadi sebahagian daripada kontrak dan tiada pindaan akan dibuat pada mana-mana bahagian di dalam dokumen Sebut Harga ini melainkan mendapat kelulusan daripada Pengawai Penguasa.

 

  1. Harga-harga dalam Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos berkaitan perolehan yang dimaksudkan bagi pelaksanaan pembekalan dengan sempurna.

 

  1. Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan atau perubahan harga akibat daripada perubahan kos di dalam pasaran semasa.

 

    1. Tawaran Dan Penolakan Sebut Harga

 

Pejabat Daerah Dan Tanah Klang tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dan tiada sebab akan diberi di atas penolakan mana-mana Sebut Harga tersebut.

 

 

 

 

    1. Peraturan Penghantaran

 

  1. Penyebut Harga yang berjaya hendaklah menghantar lapan (8) unit mesin penyalin (fotostat) warna dan hitam/putih pada tarikh yang telah dipersetujui ke Pejabat Daerah Dan Tanah Klang seperti JADUAL A (Spesifikasi) di lokasi penempatan seperti berikut:

 

Bil

Lokasi Penempatan

Kategori

Kuantiti

  1.  

Bahagian Khidmat Pengurusan

Warna/

hitam putih

(copy/print/ scan)

1 unit

  1.  

Bahagian Pembangunan

1 unit

  1.  

Unit Teknikal & Penguatkuasaan

1 unit

 

  1.  

Unit Pendaftaran

1 unit

  1.  

Unit Pelupusan dan Pembangunan Tanah

1 unit

  1.  

Hasil

1 unit

  1.  

Pejabat Pegawai Daerah

1 Unit

  1.  

Bahagian Pembangunan

Hitam/Putih

(copy/print/ scan)

1 unit

 

  1. Penyebut harga dikehendaki membekalkan setiap item kelengkapan yang baru, tulen dan belum pernah digunakan serta dalam keadaan baik. Sekiranya didapati terdapat kerosakan, kecacatan atau tidak berfungsi dengan sempurna, Penyebut harga dikehendaki menggantikannya dengan serta merta apabila dimaklumkan untuk berbuat demikian tanpa mengenakan sebarang kos kepada pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Klang.

 

    1. Peraturan Perkhidmatan

 

  1. Menyediakan khidmat pemasangan, penyenggaraan pembaikan serta membekal segala peralatan guna habis seperti toner, drum, roller dan lain-lain tanpa mengenakan sebarang kos kepada pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Klang.

 

  1. Penyebut harga dikehendaki menghantar pekerja yang berkelayakan untuk memasang, memeriksa dan menyenggara semua peralatan yang telah dipasang sekurang-kurangnya satu (1) kali sebulan.

 

  1. Penyebut harga dikehendaki menghantar pekerja yang berkelayakan untuk memasukkan (installed) driver printer mesin penyalin (fotostat) kepada komputer-komputer yang berkaitan di Pejabat Daerah Dan Tanah Klang.

 

 

 

 

    1. Memulakan Kerja

 

Sekiranya Penyebut Harga gagal mematuhi syarat di para 1.7 dan para 1.8 yang dinyatakan di dalam dokumen Sebut Harga tanpa apa-apa sebab yang munasabah, Kerajaan berhak membatalkan kontrak tersebut.

 

    1. Perubahan Spesifikasi

 

Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Klang boleh mengubah penentuan spesifikasi dan pembekalan yang ditawarkan jika perlu. Perubahan spesifikasi ini akan dimaklumkan kepada Penyebut Harga melalui surat sekiranya ada.

 

    1. Peraturan Bayaran

 

Invois hendaklah dihantar sebelum 10hb. pada bulan berikutnya. Tuntutan akan dimajukan ke Unit Kewangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima oleh Pentadbiran ini (Unit Pentadbiran) sekiranya tuntutan tersebut menepati peraturan-peraturan kewangan yang sedia ada.

 

    1. Maklumat Latar Belakang, Kewangan Dan Prestasi Syarikat

 

  1. Penyebut Harga hendaklah mengambil maklum bahawa Sebut Harga ini akan mengambil kira dan mementingkan keupayaan Penyebut Harga untuk melaksanakan perkhidmatan, di samping kemunasabahan harga. Justeru itu keupayaan syarikat akan dinilai semasa penilaian Sebut Harga. Penilaian ini akan dibuat berasaskan kedudukan kewangan, pengalaman kerja, tenaga kerja, prestasi kerja dan peralatan yang dibekalkan.

 

  1. Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebut Harga ditutup dan akan berkuat kuasa selama dalam tempoh sahlaku Sebut Harga. Harga yang ditawarkan oleh Penyebut Harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan. Untuk membolehkan penilaian dibuat, Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan bersama-sama dokumen Sebut Harganya. Dokumen-dokumen ini sangatlah penting untuk membolehkan penilaian keupayaan yang sewajarnya dibuat ke atas Syarikat. (Sekiranya Penyebut Harga tidak atau gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan, dokumen Sebut Harganya akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan).

 

  1. Sekiranya Penyebut Harga gagal untuk mengemukakan salah satu atau sebahagian daripada dokumen-dokumen yang berkaitan dan maklumat serta data-data yang tidak dapat disemak kerana ketiadaan atau ketidakcukupan dokumen tersebut, penilaian keupayaan Penyebut Harga dianggap tiada.

 

  1. Semua borang-borang maklumat hendaklah diisi dengan maklumat yang benar dan data-data yang tepat.

 

  1. Semua maklumat dan dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan oleh Penyebut Harga bersama-sama dokumen Sebut Harga sebelum tarikh tutup Sebut Harga dan Penyebut Harga tidak dibenarkan mengemukakannya selepas itu.  Sebarang  maklumat  atau  mana-mana dokumen yang diterima selepas Sebut Harga ditutup, tidak akan diambil kira dalam penilaian keupayaan Syarikat.

 

  1. Sekiranya Penyebut Harga didapati memberikan maklumat palsu atau sengaja menyorok (withold) atau tidak memberikaan mana-mana maklumat yang memberikan kesan negatif terhadap keupayaannya, dokumen Sebut Harganya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan diperakukan terhadapnya seperti berikut:

 

  1. Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;

 

  1. Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi kesalahan kedua; dan

 

  1. Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

 

    1. Pematuhan Kepada Undang-Undang Dan Peraturan Kerajaan

 

Pihak Syarikat adalah dikehendaki mematuhi segala akta, peraturan dan undang-undang Kerajaan Malaysia yang berkaitan dan yang berkuatkuasa semasa perlaksanaan kerja/perkhidmatan. Kegagalan di dalam mematuhi segala akta, peraturan dan undang-undang tersebut sehingga dikenakan tindakan undang-undang, denda atau seumpamanya adalah di bawah tanggungjawab Syarikat sendiri.

 

    1. Harga Tawaran

 

  1. Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang berkaitan seperti pembungkusan, penghantaran dan lain-lain kos yang bersangkutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

  1. Kadar harga yang ditawarkan dalam Jadual Harga di Lampiran G adalah hasil daripada perkiraan yang dibuat berdasarkan spesifikasi yang terkandung dalam lampiran ini. Semua item yang disenaraikan dalam Lampiran ini perlu diisi. Jika terdapat item yang tidak dikenakan bayaran, maka Penyebut Harga perlu menyatakannya sebagai “tidak dikenakan bayaran bagi item ini”.

 

    1. Jika terdapat apa-apa perbezaan dalam pengiraan di dalam Sebut Harga ia akan dibetulkan oleh pihak Pejabat Daerah\ Dan Tanah Klang seperti berikut.

 

  1. Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira; dan

 

  1. Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit yang dicatitkan akan diambil kira.

 

  1. Pihak Urus Setia akan membuat perkiraan semula ke atas perkiraan ini dan sekiranya jumlah yang dikira berbeza dengan jumlah yang dibuat oleh Penyebut Harga maka tawaran Penyebut Harga menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak.

 

    1. Pembetulan Kesalahan

 

Sebarang pindaan atau pembatalan dalam Sebut Harga oleh Penyebut Harga selepas dokumen Sebut Harga dihantar adalah tidak dibenarkan sama sekali.

 

    1. Rasuah

 

  1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

 

  1. Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

 

  1. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Penyebut Harga atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

 

  1. Mana-mana Syarikat atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

 

    1. Perubahan Syarat-Syarat

 

  1. Kerajaan sentiasa berhak mengubah daripada semasa ke semasa syarat-syarat    yang    dinyatakan  dan   mulai   daripada   tarikh  yang dinyatakan oleh Kerajaan, perkhidmatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

 

  1. Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi perkhidmatan tersebut, maka harga yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.

 

    1. Pertikaian

 

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Syarikat mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Syarikat,  dirujukkan  kepada  pertimbangtaraan  dua  orang, seorang  dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh Syarikat. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

 

    1. Penamatan Persetujuan

 

  1. Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan;

 

  1. Jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;

 

  1. Jika Penyebut Harga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Syarikat itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah Pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan - keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.

 

Atau

 

 

Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebut Harga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebut Harga) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik ganti rosak.

 

    1. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

 

Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 26 SK. 7 (3) bertarikh 28 Februari 2009.

 

            1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);

 

            1. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar   atau    diberi   suapan   dikehendaki   membuat aduan dengan segera  ke    pejabat    Suruhanjaya   Pencegahan   Rasuah    Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);

 

            1. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan syarikat atau Penyebut Harga boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694); dan

 

            1. Mana-mana syarikat atau Penyebut Harga yang membuat tuntutan pembayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694).

 

    1. Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan

 

Perkara ini adalah merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 29 SK. 6 (11) bertarikh 16 Disember 2010:

 

Kesemua Penyebut Harga yang menghantar dokumen Sebut Harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa Penyebut Harga tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau adalah individu yang diberi kuasa untuk berurusan dengan pihak Kerajaan bagi urusan perolehan/perjanjian bagi perkara ini.

 

Penyebut Harga yang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak kerajaan juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.

 

 

 

 

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 221502 PERKHIDMATAN > PENYEWAAN DAN PENGURUSAN > MESIN DAN PERALATAN PEJABAT

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
KENYATAAN TAWARAN 349.24 kB application/pdf Muat Turun
DOKUMEN CONTOH SEBUTHARGA PDTK/KP/08/2025 1.60 MB application/pdf Muat Turun
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian