Cetak
JAIS.UPP.400-5/8/3(26/29)

TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (MSSAAS), KUARTERS, DEWAN SYARAHAN DAN MUZAKARAH ISLAM DAN DEWAN JAMUAN MSSAAS, SHAH ALAM

Pegawai Bertanggungjawab
Nama ROSNINA BINTI JAAFAR
E-mel rosnina@jais.gov.my
No. Tel 0355143453
Jabatan JAIS
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Tender

Petender Jabatan Agama Islam Selangor
No. Tender JAIS.UPP.400-5/8/3(26/29)
Tarikh Iklan 15 May 2026 - 15 Jun 2026
Tarikh Jual { \Carbon\Carbon::parse($tender->document_start_date)->format('j M Y') } - { \Carbon\Carbon::parse($tender->document_stop_date)->format('j M Y') }
Tarikh Tutup { \Carbon\Carbon::parse($tender->submission_datetime)->format('j M Y') }
Masa Tutup { \Carbon\Carbon::parse($tender->submission_datetime)->format('h:i A') }
Tempat Hantar UNIT PENTADBIRAN & PEROLEHAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 8
MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40676 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh & Masa Taklimat 19 May 2026 10:30
Alamat Taklimat DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (MSSAAS), SHAH ALAM

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Negeri    SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Tender

Tender ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini.

Petender yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat. Hanya penama dalam pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan sahaja dibenarkan hadir ke sesi taklimat. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat. Kegagalan menghadiri taklimat tender akan menyebabkan petender TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam tender tersebut.

Petender hendaklah menyediakan cop syarikat, salinan Kad Pengenalan Penama, salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seperti kod bidang yang disenaraikan di atas, salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (sekiranya berkaitan) dan Salinan Lesen Kementerian Dalam Negeri (KDN)  yang masih sah tempohnya untuk pengesahan sebelum dibenarkan menghadiri taklimat dan membeli dokumen. Satu (1) set sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan JAIS ini semasa menghadiri taklimat.

Naskah meja tawaran boleh disemak di Seksyen Perolehan, Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 8, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada waktu pejabat bermula 19 Mei 2026 (Selasa).

Harga Dokumen Tender ialah RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja). Dokumen Tender hanya dijual secara dalam talian. Bayaran hendaklah dibuat melalui Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Negeri Selangor di laman http://tender.selangor.my mulai 22 Mei 2026 (Jumaat). Dokumen Tender hanya boleh diambil oleh pemilik syarikat secara fizikal dengan mengemukakan Resit Pembelian Borang Tender ke Seksyen Perolehan, Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 8, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada waktu pejabat. Hanya satu (1) dokumen tender dibenarkan untuk seorang pemilik syarikat.

Dokumen atau Borang Tawaran Tender hendaklah dibuat mengikut format borang yang telah ditetapkan dan diisikan dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dituliskan nombor tender di sebelah atas kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:

Pengarah

Jabatan Agama Islam Selangor

Unit Pentadbiran Dan Perolehan

Tingkat 8, Menara Selatan

Bangunan Sultan Idris Shah

40676 Shah Alam, Selangor

Tarikh tutup tender adalah pada 15 Jun 2026 (Isnin) jam 12.00 Tengahari. Tender yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan  mana-mana permohonan tender yang dikirimkan melalui pos. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pejabat ini di talian 03-5514 3453.

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (MSSAAS), SHAH ALAM MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (MSSAAS) 19 May 2026 10:30

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 220801 PERKHIDMATAN > PERTAHANAN DAN KESELAMATAN > KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN)

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis