SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN STESEN KAMERA UNTUK PEMANTAUAN DAN AMARAN BANJIR (24 JAM) SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI NEGERI SELANGOR
| Pegawai Bertanggungjawab 1 | Pegawai Bertanggungjawab 2 | ||
|---|---|---|---|
| Nama | Nura Bt . Abdul Raof | Nama | Mohd Khoir Bin Shafie |
| E-mel | nura@waterselangor.gov.my | E-mel | khoir@waterselangor.gov.my |
| No. Tel | 0355447352 | No. Tel | 0355447352 |
| Jabatan | JPS Shah Alam | Jabatan | JPS Negeri Selangor |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| Tiada makluman / ralat | ||
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Jabatan Pengairan dan Saliran |
|---|---|
| No. Sebut Harga | JPS/N/BPM/B(13)/25/2026(SH) |
| Tarikh Iklan | 27 Jul 2026 - 3 Aug 2026 |
| Tarikh Jual | 3 Aug 2026 - 10 Aug 2026 |
| Tarikh Tutup | 10 Aug 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Tingkat 5 Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40626 Shah Alam |
| Tarikh & Masa Taklimat | 3 Aug 2026 10:00 |
| Alamat Taklimat |
Bilik Mesyuarat Pejabat Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal 14, Jalan Sepat 17/57, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Bumiputera Sahaja | |
| Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
| Harga Dokumen | RM 30.00 |
Syarat Sebut Harga
SYARAT-SYARAT
1. Pemborong/kontraktor dianggap telah melawat dan mengetahui akan tempat kerja yang dijalankan dan berpuashati dengan syarat-syarat yang dikenakan dan mengkaji dengan terperinci masalah yang akan timbul bersabit dengan kerja ini supaya tidak menjejaskan kerja. Segala tuntutan yang bersabit dengan kerja ini tidak boleh dibuat dan tidak akan dilayan.
2. Pemborong/kontraktor yang berjaya hendaklah memulakan kerja dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat tawaran dan hendaklah mengikut arahan dan kelulusan Pegawai Penguasa JPS Negeri Selangor atau wakilnya.
a) Jika pemborong gagal memulakan kerja dalam tempoh 7 hari akan dibatalkan dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap pemborong mengikut syarat-syarat pendaftaran.
b) Jika pemborong tidak menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan, tindakan secara pembayaran gantirugi dan penggantungan lesen dan pendaftaran atau apa-apa cara lain yang difikirkan patut oleh Pegawai Penguasa JPS Negeri Selangor atau wakilnya.
3. Semua komponen/instrumen/alat yang dibekalkan dan digunakan hendaklah yang baru dan belum dipakai dan mempunyai mutu yang terbaik dan diperolehi dari dalam negara/luar negara (software, firmware dan hardware hendaklah digunapakai seperti sistem sediada di JPS Negeri Selangor dan seperti tertera pada borang sebutharga) serta mendapat kelulusan Pegawai Penguasa JPS Negeri Selangor atau wakilnya. Pegawai tersebut juga mempunyai kuasa untuk meminta contoh-contoh untuk diperiksa sebelum komponen/instrumen/alat tersebut dibekalkan atau digunakan. Semua komponen/instrumen/alat yang dibekalkan hendaklah mempunyai cetakan (stamping) “HAK MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR” berdakwat kekal.
4. Hanya pekerja-pekerja yang mahir dalam bidang masing-masing sahaja yang patut digunakan. Pemborong dan pekerja-pekerjanya hendaklah menjalankan kerja dengan baik dan cermat. Sebarang kerosakan oleh sebab kecuaian pihak pemborong atau pekerjanya hendaklah dibaiki atau diganti atas perbelanjaan pemborong sendiri.
5. Pemborong adalah dikehendaki mengambil insuran bagi pekerja (Workmen’s Compensation) atau mencarumkan dengan SOCSO bagi semua pekerjanya.
6. Komponen/instrumen/alat sedia ada yang diganti/ditukar hendaklah dipulangkan semula ke JPS Negeri Selangor.
7. Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Maklumat, JPS Negeri Selangor.
8. Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :
NO. SEBUTHARGA : JPS/N/BPM/B(13)/25/2026(SH)
TAJUK SEBUTHARGA : SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN STESEN KAMERA UNTUK PEMANTAUAN DAN AMARAN BANJIR (24 JAM) SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI NEGERI SELANGOR
9. Tawaran adalah dipelawa kepada Pemborong/kontraktor G2 yang sah berdaftar dan masih berkuatkuasa dengan CIDB Pengkhususan Kategori Elektrik (ME) dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
E02 - SISTEM PENGAWASAN DAN KESELAMATAN
DAN
M23 SISTEM SCADA DAN TELEMETRI
10. Taklimat Sebutharga adalah diwajibkan pada 3hb Ogos 2026 (Isnin) pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Hanya PENAMA di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) CIDB sahaja boleh menghadiri taklimat Sebutharga. PENAMA yang tidak hadir ke taklimat tidak layak membeli borang Sebutharga yang akan dijual secara online.
11. Sebutharga boleh didapati melalui Sistem Tender Online 2.0, Laman Web Kerajaan Negeri Selangor (tender.selangor.gov.my) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor mulai 3hb Ogos 2026 (Isnin) . Harga bagi Borang Sebutharga tersebut adalah RM30.00
12. Kontraktor hendaklah memastikan dokumen yang dikemukakan adalah sah dan tindakan keras akan diambil sekiranya Pihak Jabatan mendapati sebarang pemalsuan dokumen yang dikemukakan.
13. Dokumen sebutharga yang telah lengkap, hendaklah dihantar ke Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Tingkat 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40626 Shah Alam, Selangor tidak lewat daripada JAM 12.00 TENGAHARI pada tarikh tutup yang telah dinyatakan.
14. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor tidak terikat untuk memilih sebarang nilai tawaran harga sama ada yang terendah atau yang sebaliknya.
15. Sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima selepas tempoh 90 hari dari tutup tawaran, maka tawaran adalah dianggap tidak berjaya.
16. Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan ke Bhgn Pengurusan Maklumat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor ditalian 03-55447376
Kod-Kod Bidang
| Gred CIDB |
|
|---|---|
| Bidang Pengkhususan CIDB |
E02 KESELAMATAN DAN SISTEM PENGAWASAN
DAN M23 SISTEM SCADA DAN TELEMETRI |
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis | |
|---|---|---|---|
| Dokumen Meja | 121.87 kB | application/pdf | Muat Turun |