Cetak Manual Ini

Terdapat 3 kategori untuk kemaskini maklumat di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 ini. Berikut ialah kategori - kategori pengemaskinian maklumat :-

I)KEMASKINI MAKLUMAT MOF ATAU CIDB : Permintaan kemaskini apa - apa maklumat berkenaan MOF atau CIDB perlu melalui proses pengesahan terlebih dahulu. Maklumat lanjut untuk Cara membuat permintaan kemaskini MOF atau CIDB

II)KEMASKINI MAKLUMAT ALAMAT EMEL ATAU NO PENDAFTARAN SYARIKAT : Tatacara membuat permohonan di terangkan di halaman ini.

III)KEMASKINI MAKLUMAT YANG LAIN :Permintaan kemaskini lain-lain maklumat adalah seperti di pautan ini Cara mengemaskini maklumat syarikat

Berikut merupakan tatacara untuk permohonan menukar alamat emel atau nombor pendaftaran syarikat.

PERTUKARAN ALAMAT EMEL

1. Anda perlu menghantar permintaan dari alamat emel (baru) dengan menyatakan maklumat di bawah :-

Perkara / Tajuk Emel: Pemintaan pertukaran alamat emel

Nyatakan maklumat berikut di dalam kandungan Emel : -

1.No pendaftaran syarikat :
2.Nama syarikat :
3.Nama Pemohon :
4.Alamat emel lama  :
5.Alamat emel baru :

2. Anda perlu lampirkan dokumen di bawah untuk tujuan pengesahan permintaan :-

1. Sijil SSM
2. Kad Pengenalan pemilik syarikat
3. Kad Pengenalan pemohon (jika yang memohon bukan pemilik syarikat)

PERTUKARAN NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT

1. Anda perlu menghantar permintaan dari alamat emel yang berdaftar di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dengan menyatakan maklumat di bawah :-

Perkara / Tajuk Emel: Pemintaan pertukaran nombor pendaftaran syarikat

Nyatakan maklumat berikut di dalam kandungan Emel : -

1.No pendaftaran syarikat lama:
2.No pendaftaran syarikat baru:
3.Nama syarikat :
4.Nama Pemohon :

2. Anda perlu lampirkan dokumen di bawah untuk tujuan pengesahan permintaan :-

1. Sijil SSM
2. Kad Pengenalan pemilik syarikat
3. Kad Pengenalan pemohon (jika yang memohon bukan pemilik syarikat)
undefined